Di kala rakyat Malaysia masih dirundung kesedihan tentang adik Adam Rayqal yang menjadi mangsa pengasuh kejam, Fynn Jamal mengemaskini diarinya berkenaan Arjuna Sakti. Mengimbas kembali segala momen serta dokumen berkenaan pengambilan Juna sebagai anak angkat serta menjawab persoalan netizen/forumner yang pernah mengejinya dahulu. 'Anak tak sah taraf' - perkataan ini yang menjadikan netizen galak mengecamnya dengan pelbagai kata nista. Namun, bagi Fynn, dia sudah melakukan yang terbaik. Bukannya aib dengan menyebut perkataan itu. Fynn juga menceritakan kisahnya pernah menjadi jenaka di Twitter berkenaan rumah anak haram. Akhir sekali Fynn menjelaskan yang kita sendiri menentukan hala tuju anak kita, bukannya semata-mata dengan ungkapan 'anak tak sah taraf'. Para pengikut Fynn berkongsi rasa yang sebenarnya semua bayinya semua bersih kerana itu fitrah. Yang bersalah adalah ibu bapanya. Jadi, jangan menghukum anak tersebut. Ada juga guru sekolah yang berkongsi mengenai ramainya kes anak tidak sah taraf di sekolah ini. Lebih menyayat hati apabila ada yang membuat pengakuan bahawa dia juga adalah anak tak sah taraf. Tentang kesedihannya dan malu pada orang sekeliling. Ada juga pengikutnya yang menyamakan perjuangan Fynn seperti aktivitis Syed Azmi. Isu yang diperkatakan sebenarnya sangat banyak di alam realiti. Moga-moga lebih ramai sedar dan tidak melabelkan anak-anak yang suci bersih ini. - CARI
|
5
Bagus |
9
Marah |
10
Terkejut |
5
Sedih |
5
Lawak |
6
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Themilo replied at 5-7-2018 12:49 PM
wujud lagi kau ninja .. satu malaysia dah tahu la.. takyah la nak upkan lagi status juna tu.. ke kau ...
ADVERTISEMENT