CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Wanita UMNO B'jaya Kutip RM261,286 Berserta 2 Utas Gelang Emas Untuk Bantu Najib

9-7-2018 11:14 AM| Diterbitkan: CARI-LTS| Dilihat: 3814| Komen: 27


Dalam usaha membantu bekas Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak menyediakan wang ikat jamin yang perlu dibayar hari ini, sebanyak RM261,286 beserta dua utas gelang emas berjaya dikutip Pergerakan Wanita UMNO semalam.


sumber : carian internet

Memetik laporan Astro Awani, Ketua Wanita UMNO, Datuk Dr. Noraini Ahmad berkata, sumbangan kutipan itu adalah usaha bersama yang dilakukan oleh ahli-ahli pergerakan di seluruh negara.

" Yang paling istimewa, Ketua Wanita UMNO Bahagian Jasin, Datuk Zaleha Bujang dengan rela hati melelong gelang emas miliknya dan kemudiannya telah dibeli oleh seorang individu dengan harga RM3,000 dalam menyumbang kepada usaha tersebut," jelas Datuk Dr. Noraini.

“Ini bukan kali pertama Wanita UMNO berkorban harta peribadi untuk membantu pemimpin parti. Semangat Allahyarhamah Datuk Siti Rahmah Kassim yang menyerahkan gelang emasnya untuk membiayai perjalanan Almarhum Tunku Abdul Rahman ke London pada tahun 1957 untuk menuntut kemerdekaan negara terus membara dalam jiwa setiap ahli Wanita UMNO,” tambahnya.

Rabu lalu, Najib mengaku tidak bersalah di Mahkamah Tinggi di sini atas tiga pertuduhan melakukan pecah amanah dan satu pertuduhan menyalahgunakan kuasanya berhubung dana SRC International Sdn Bhd berjumlah RM42 juta.

Beliau dibebaskan selepas dua anaknya membayar sebahagian daripada jaminan RM1 juta yang ditetapkan mahkamah. Ia turut membenarkan bayaran itu dibuat secara ansuran iaitu dibayar pada hari pendakwaan dan hari ini sebelum jam 3 petang.- CARI



7

Bagus
11

Marah
12

Terkejut
8

Sedih
5

Lawak
7

Bosan

Friends Rank (50 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote slavehunter 8-7-2018 11:05 PM
Murah hatinye uollss. Kosser la . Baik derma kat anak yatim dan fakir.
Quote MarryPottet 8-7-2018 11:27 PM
tobby sumbang lagu "tolongggg kami, bantuuuu kami, anak aristokrat nak bayar ikat jamin"
Quote chinta89 9-7-2018 08:35 AM
“Semangat Allahyarhamah Datuk Siti Rahmah Kassim yang menyerahkan gelang emas untuk membiayai perjalanan Almarhum Tunku Abdul Rahman ke London pada 1957 untuk menuntut kemerdekaan negara terus membara dalam jiwa setiap ahli Wanita UMNO,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.


cikgu ak selalu cakap, bukan UMNO je yg berjuang nak memerdekakan Tanah Melayu dulu2.
Quote Bedah.Cun 9-7-2018 08:38 AM
Ai beg to differ dengan kemerdekaan Tanah Melayu tue. Negeri2 Melayu kena jajah dengan Persekutuan pulak selepas tue.
Quote kecimpret 9-7-2018 08:49 AM
selagi ada org umno yg sapot najib, selagi tu laa umno jd pembangkang
Quote misscendol 9-7-2018 11:24 AM
wowwwwwwwwwww
Quote buapakperut 9-7-2018 11:45 AM
meanwhile dalam sorokan masih berjota2 duit beliau.meanwhile anak kandung helok jr cikcur di taiwan takde heran bapak mintak bail. yang sebenonye duit dan emas tu tak heran pun najib. bestnye aku masih ada penyokong tegar
Quote Travelo 9-7-2018 11:48 AM
curious nak tanya, jika duit ikat jamin tiada atau belum cukup seperti yg ditetapkan,ada kah boleh si tertuduh tu balik kerumah? bukan ke perlu dilokap sementara mendapat cukup duit jaminan?
Quote Mbak_oya 9-7-2018 11:49 AM
Sure ke dia tak ada duit.
Sedangkan dia adalah anak bekas PM.
Quote rosasen 9-7-2018 03:40 PM
akaun kena beku daa
Quote pavlovachoc 9-7-2018 03:53 PM
eleh ... mse dia jadi pm duit dia berjuta2 xde lak dia nk sedekah kat rakyat marhaen macam iolss ni ..
Quote geligak 9-7-2018 03:57 PM
pavlovachoc replied at 9-7-2018 03:53 PM
eleh ... mse dia jadi pm duit dia berjuta2 xde lak dia nk sedekah kat rakyat marhaen macam iolss ni  ...

dia shopping beratus birkin bagi kakmah
duit keringat rakyat yang dicurik
2.6bilion



Quote belilies 9-7-2018 06:59 PM
What a bunch of idiots!
Quote giyomi 9-7-2018 07:24 PM
stupid to the max...dah suluh lg bercahaya. terang2 gelang tu jd milik semah. Ko rasa dia takder duit lg ker? lbh afdal dan bijak klu ianya di derma kat org yg betul2 memerlukan yg ramai diluar sana gara2 org yg ditolong ni.
Quote geligak 9-7-2018 07:27 PM
seharusnya kerajaan PH rampas semua duit derma untuk jibby ni sebelum kakmah guna duit tu untuk beli beg birkin
rampas dan gantikan balik duit derma itu pada mana2 rakyat yang duit kena curik oleh jibby

Quote cik_chili 9-7-2018 07:43 PM
Doa supaya satu hari nanti bila kebenaran terbukti...acik smua masih kekal positif mcm ni...dan tidak mencarut...
Quote geligak 9-7-2018 07:49 PM
cik_chili replied at 9-7-2018 07:43 PM
Doa supaya satu hari nanti bila kebenaran terbukti...acik smua masih kekal positif mcm ni...dan tida ...

kebenaran terbukti atau tidak tidak menjadi masalah
kerajaan akan pastikan jibby bersalah walau terpaksa pinda undang2.
acik2 nak psotif ke negatif ke lantak pi


Mengulas keputusan kerajaan hari ini, Dr Mahathir berkata jika mahkamah membuat keputusan yang tidak selaras dengan apa yang difikirkan wajar oleh kerajaan, undang-undang boleh dipinda.
malaysikini 9/7/2018
Quote cik_chili 9-7-2018 07:57 PM
geligak replied at 9-7-2018 07:49 PM
kebenaran terbukti atau tidak tidak menjadi masalah
kerajaan akan pastikan jibby bersalah walau t ...

Utk kes ni jer..yg melibatkan jibur ni...hehehe..apa shj utkmu Tun M...
Quote geligak 9-7-2018 08:01 PM
cik_chili replied at 9-7-2018 07:57 PM
Utk kes ni jer..yg melibatkan jibur ni...hehehe..apa shj utkmu Tun M...

ini baru kerajaan yang hebat yang boleh diyakini untuk menyelamatkan malaysia
sanggup pinda undang undang asal kekal berkuasa untuk menyelamatkan tanahair



Lihat semua komen(27)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 10:24 AM GMT+8 , Processed in 0.050468 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top