Seorang tukang emas borong terkenal dari Lubnan memfailkan saman AS$14.79 juta (RM59.831 juta) terhadap isteri mantan Perdana Menteri, bulan lalu, lapor MalaysiaKini.
Global Royalty Trading (GRT) memfailkan saman terhadap Datin Seri Rosmah Mansor selepas 44 barangan kemas yang dihantar kepadanya pada Februari, dirampas pihak berkuasa pada Mei lalu. Menurut MalaysiaKini, GRT memfailkan saman itu di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 26 Jun lalu melalui firma Tetuan David Gurupatham dan Koay. Pengurusan kes mengenai tuntutan itu akan diadakan hari ini.
Selain membeli, firma itu mendakwa Rosmah juga adakalanya meminjam barangan kemas yang disertakan dengan memorandum penyerahan. Barangan kemas itu, kemudian akan diterima ejennya atau dia sendiri di Kuala Lumpur, Singapura atau Dubai. Dakwa firma itu, Rosmah mengakui menerima 44 unit barangan kemas termasuk kalung berlian, anting-anting, cincin, gelang dan tiara, setiap satu bernilai antara AS$124,000 (RM499,000) dan AS$925,000 (RM3.7 juta). "Beliau mengakui secara bertulis mengenai penerimaan konsainan itu, tetapi tidak lagi dalam jagaannya kerana ia dirampas oleh pihak berkuasa Malaysia," kata kenyataan tuntutan itu. Dalam tuntutannya, GRT memohon pengisytiharan mahkamah bahawa mereka adalah pemilik sah kesemua barangan kemas terbabit. Jika tidak dapat dipulangkan, mereka memohon perintah mandatori supaya Rosmah membayar jumlah yang dinyatakan berdasarkan nilai barangan kemas itu. - CARI
|
36
Bagus |
30
Marah |
21
Terkejut |
21
Sedih |
15
Lawak |
35
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
samasam90 replied at 10-7-2018 10:05 AM
kiranya barang kemas ala2 hadiah kemenangan pru yg tak kesampaian ke acahne ni?
ADVERTISEMENT