CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Baki 5 Orang Termasuk Jurulatih Masih Terperangkap

10-7-2018 03:51 PM| Diterbitkan: CARI-LTS| Dilihat: 3194| Komen: 18

Empat lagi remaja yang terperangkap di Gua Tham Luang dalam wilayah Chiang Rai, Thailand berjaya dibawa keluar petang semalam.

The Telegraph melaporkan pada 11 pagi waktu tempatan semalam, seorang remaja disahkan berjaya dibawa keluar, kemudian diikuti remaja keenam yang berjaya diselamatkan.


sumber : carian internet

sumber : carian internet

Sejam kemudian, usaha menyelamat memasuki hari kedua operasi, penyelamat berjaya membawa keluar dua lagi remaja menjadikan semuanya lapan daripada 13 mangsa, berjaya dibawa keluar setakat ini.

Ketua operasi menyelamat, Narongsak Osottanakorn memaklumkan, pasukan penyelamat berjaya membawa keluar kumpulan kedua pelajar dua jam lebih awal, berbanding kumpulan pertama, walaupun berdepan pelbagai halangan ketika berada di dalam terowong.

sumber : carian internet

Selain itu, menurut Setiausaha Tetap Kementerian Kesihatan Awam Thailand, Jesada Chokedamrongsuk, kesemua lapan pelajar yang berjaya diselamatkan berada dalam keadaan baik dari segi fizikal dan mental.

"Mereka dibawa keluar dihantar ke hospital untuk menjalani pemeriksaan perubatan dan dikuarantin selama seminggu serta tidak dibenar bersentuhan dengan saudara-mara mengelak berlaku sebarang jangkitan."


sumber : carian internet

Sepanjang dua minggu, 12 remaja bersama jurulatih bola sepak pasukan Wild Boars terperangkap di dalam gua sejauh hampir empat kilometer perjalanan, terletak satu kilometer di bawah tanah.- CARI


8

Bagus
8

Marah
4

Terkejut
16

Sedih

Lawak
12

Bosan

Friends Rank (48 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote samasam90 10-7-2018 03:01 PM
ne dengan bantuan elon musk ka?
Quote manehnya 10-7-2018 03:44 PM
smoga di permudahkan jalannya
Quote moonbug 10-7-2018 03:51 PM
Gigih kaka ngengade buka thread. Sambung aje lah thread sedia ada tu. Udah menang raja post pun kan?
Quote manehnya 10-7-2018 04:00 PM
giler jauh

thai-cave-length.jpg

2.5 miles lebih kurang 4km... tersangat lah bahaya misi ni

hanya yg pakar ja bleh buat
Quote Supersirap 10-7-2018 04:08 PM
Syabas kepada penyelamat yang bertungkus lumus
Quote RatuDunia94 10-7-2018 04:12 PM
X dpt pergi tgok world cup final kt russia sbb kena kuarantin..
Quote pittjie 10-7-2018 04:13 PM
moonbug replied at 10-7-2018 03:51 PM
Gigih kaka ngengade buka thread. Sambung aje lah thread sedia ada tu. Udah menang raja post pun kan? ...

ntahnya kan moon. oo kak @modngengade ... kita org dah berkuntum kat thread dari hari pertama dia org dijumpai laaa.

nah ni threadnya
https://bm.cari.com.my/forum.php ... ;extra=&page=32

Quote axl_bach 10-7-2018 04:16 PM
samasam90 replied at 10-7-2018 03:01 PM
ne dengan bantuan elon musk ka?

Yg Elon Musk tu bkn baru siap ke submarine dia tu
Quote tomaz 10-7-2018 04:20 PM
axl_bach replied at 10-7-2018 04:16 PM
Yg Elon Musk tu bkn baru siap ke submarine dia tu

Baru siap dan dah mendarat kat gua tu. Tp mcm x guna pon. Elon tinggalkan je submarine dia tu kot2 ada kegunaan akan dtg

Quote Modngengade 10-7-2018 04:27 PM
pittjie replied at 10-7-2018 08:13 AM
ntahnya kan moon. oo kak @modngengade ... kita org dah berkuntum kat thread dari hari pertama dia  ...

tered lama dah mendap...kakak malas nk korek sis

Quote pittjie 10-7-2018 04:44 PM
Modngengade replied at 10-7-2018 04:27 PM
tered lama dah mendap...kakak malas nk korek sis

ada je kita org berkuntum kat situ dari masa ke semasa la sis. mendap apa pulak.
Quote ninja boy 10-7-2018 05:03 PM
agak berabad2 lamanya mereka paling awal tiba di gua tersebut? xde fosil ka tengkorak ka tulang2 lukisan2 dinding ka.
agak2 letak submarine di sana.
spt film purbakala apa nama journey to center earth capten nemo 20000 under sea submarine disangka sea monster gituh. antara novel/ film sainfiksin yg bagus
Quote lovenothate 10-7-2018 05:51 PM
semoga smua selamat
Quote 234126 10-7-2018 09:29 PM
manehnya replied at 10-7-2018 04:00 PM
giler jauh



nampak mcm mudah je kan tapi sempit ya Allah, dengan batu tajam lagi nya. Belum lagi current kat dlm air. Moga selamat la semua yang trapped. Dah lama sangat dah rasanya.
Quote misskepoci101 11-7-2018 12:51 AM
Agak2 ada x yg ckp diorg ni kna sembunyi dek buniann...
Quote susukambingbest 11-7-2018 01:13 AM
kagum sbb dorang boleh survive slma 2 mggu dlm gua tu, ok fizikal n mental. hrp smuanya dipermudahkn. moga ada filem tntg dorang ni satu hari nti
Quote mongoose_kidz 11-7-2018 03:07 AM
bukan semua da berjaya keluar ke??
tgk awani td kata semua da keluar.
termasukla rescuer yg jg diorg kat dlm gua tu
Quote misscendol 11-7-2018 03:43 PM
standing oviation to all the rescuers

Lihat semua komen(18)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-11-2024 11:05 AM GMT+8 , Processed in 0.070274 second(s), 37 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top