CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Mas Kawin Syiah: Selipar, Sudu

9-9-2013 10:54 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 9815| Komen: 43

Kuala Lumpur, 8 September : Selipar terpakai, duit RM2, sudu, buku atau apa saja barang yang ada ketika majlis akad nikah dijalankan, boleh dijadikan mas kahwin. 


Lebih memalukan, ada antara pernikahan itu hanya sah selama 30 minit. Selepas tempoh itu, pasangan berkenaan akan bercerai secara automatik.

Majlis pernikahan secara mutaah (kontrak) ini mungkin perkara biasa di negara yang majoriti penduduknya pengikut Syiah seperti Iran dan Iraq. 

Bagaimanapun, pernikahan yang sekadar mahu menghalalkan zina ini turut berlaku di Malaysia.  


Ini diakui Suhana, 34, yang pernah tiga kali bernikah secara mutaah sepanjang dua tahun menjadi pengikut Syiah sebelum bertaubat setahun lalu.

Katanya, kali pertama dia berkahwin secara mutaah untuk tempoh empat bulan, kedua tiga minggu dan kali ketiga bagi tempoh dua bulan.

Suhana berkata, dia yang sebelum itu janda anak tiga, dipelawa mengikuti kumpulan Syiah itu menerusi kenalan lelakinya yang juga rakan perniagaan

suhana


5

Bagus
11

Marah
5

Terkejut
8

Sedih
5

Lawak
5

Bosan

Friends Rank (39 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote jonlabu 8-9-2013 07:47 AM
Janji dapat mencelup gamaknya...bgitu rendahnya maruah pempuan..
Quote tongkatwaran75 8-9-2013 07:57 AM
Hinakan wanita bagai pelacur
Kuala Lumpur 8 September: “Pengikut Syiah yang menghalalkan nikah mutaah (kontrak) umpama meletakkan tahap wanita sebagai pelacur kerana bebas bertukar-tukar pasangan tanpa menghiraukan nafkah lain yang sepatutnya diperoleh seseorang isteri.


“Tentulah tiada nilai bagi seorang wanita apabila lelaki mengahwininya sekadar untuk memuaskan nafsu. Itu sama seperti melayan pelacur tanpa menjalankan tanggungjawab diamanahkan dan ia jelas haram di sisi Islam,” kata Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria.

   Menurutnya, nikah mutaah tidak sah di sisi Islam dan undang-undang negara, manakala anak yang dilahirkan hasil perkahwinan itu juga tak sah taraf.
   Katanya, lelaki yang mengamalkan pernikahan secara mutaah umpama menyeksa wanita kerana tiada langsung pembelaan diberi terhadap golongan itu bagi membolehkan mereka menjalankan rutin kehidupan sebagai isteri.

   “Kalau nikah pun menggunakan syarat serta menetapkan tempoh, ia salah dari segi agama dan mereka yang mengikut ajaran kumpulan ini jelas terpesong akidah kerana meletakkan kepentingan nafsu dalam ajaran.

   “Agama menetapkan perkahwinan untuk mendapatkan zuriat serta membela wanita, bukan suka-suka kahwin apabila hendak dan terbatal sendiri selepas kontrak habis,” katanya ketika dihubungi Metro Ahad.
   Harussani berkata, perbuatan itu bertentangan dengan ajaran Islam kerana setiap amalan dilakukan kumpulan berkenaan jelas melanggar hukum serta amalan yang disyariatkan.- Harian Metro


Last edited by tongkatwaran75 on 8-9-2013 08:00 AM

Quote tongkatwaran75 8-9-2013 07:59 AM
Mutaah punca  zina
Kuala Lumpur 8 September : Perkahwinan mutaah yang dibolehkan dalam ajaran Syiah boleh menyebabkan masalah zina dalam kalangan umat Islam hingga membawa kepada lahirnya anak tak sah taraf.


   Penolong Setiausaha Kementerian Dalam Negeri (KDN) Bahagian Keselamatan Awam Zamihan Mat Zin berkata, mutaah antara rukun kumpulan itu yang jelas bertentangan dengan ajaran Islam, namun dibolehkan apabila mengikuti ajaran mereka.

Katanya, rukun itu jelas membuktikan ajaran kumpulan Syiah terpesong akidah dan boleh menimbulkan masalah kepada masa depan anak yang dilahirkan hasil pernikahan itu.


   Menurutnya, ahli Syiah akan menggunakan apa cara untuk menarik ahli baru, termasuk memudahkan waktu solat melalui jamak yang turut menjadi rukun kumpulan itu.

“Mutaah adalah contoh paling jelas pemesongan akidah dibawa kumpulan itu dan ia jelas antara daya penarik utama kepada golongan muda untuk menyertainya kerana boleh berkahwin dengan sesiapa dikehendaki dalam tempoh dipersetujui.

   “Mereka tidak fikir kesan terhadap anak yang dilahirkan dan tidak mustahil akan berlaku pernikahan sesama saudara, termasuk antara bapa dengan anak, kerana mereka sendiri tidak tahu itu anak mereka,” katanya ketika ditemui Metro Ahad.


   Zamihan berkata, pihaknya kini memantau operasi gerakan berkenaan, namun mengakui sukar mengumpul bukti bagi membuat pendakwaan terhadap golongan terbabit.     Berikutan penularan ajaran Syiah yang semakin membimbangkan, Zamihan menggesa kerajaan mewujudkan undang-undang khusus mengekang penularan fahaman itu yang turut disifatkannya sebagai jenayah terancang.

   “Fahaman ini sudah serius di negara ini. Kita bimbang kerana ia membabitkan akidah disebabkan amalan mereka berbeza dengan umat Islam lain, sekali gus boleh menggugat perpaduan rakyat negara ini.



   “Jika tidak dibendung, ajaran ini dikhuatiri menular sehingga membawa kepada perpecahan beberapa kumpulan dan seterusnya berlaku persengketaan akibat perbezaan fahaman. Yang jelas, ajaran ini jauh terpesong,” katanya.

   Zamihan turut melahirkan kebimbangan terhadap penularan ajaran itu dalam kalangan pelajar Institusi Pengajian Tinggi (IPT) berikutan ada antara pengikut kumpulan berkenaan adalah ahli akademik seperti pensyarah.

   Katanya, ribuan pelajar Iran berfahaman Syiah yang menuntut di negara ini dikhuatiri turut menjadi ejen menyebar fahaman itu kepada pelajar tempatan dan jika tidak dibendung, tidak mustahil mereka akan dipengaruhi - Harian Metro



Quote tongkatwaran75 8-9-2013 08:03 AM
Minum air liur ‘wali’ jadi ‘sunnah’ pengikut Syiah
Kuala Lumpur, 8 September :  “Ajaran kami adalah ajaran Islam yang sebenar. Kami berkahwin secara sah dengan akad yang diwajibkan dalam Islam. Bukan hidup berpasangan secara haram.” Itu dakwaan seorang ‘Syeikh’ sebuah kumpulan Syiah di Lembah Klang mengenai perkahwinan secara mutaah (kontrak) yang diwajibkan kepada pengikut mereka.


   Syeikh yang dianggap bertaraf ‘wali’ dalam kalangan pengikut kumpulan itu berkata, nikah mutaah yang diamalkan pengikut kumpulan itu sama seperti nikah lain kerana mengikut rukun nikah seperti dinyatakan dalam Islam iaitu pengantin lelaki dan perempuan, wali, saksi dan ijab kabul.

  Katanya, perkahwinan mutaah bukan dilakukan secara paksaan, sebaliknya berdasarkan persetujuan bersama antara lelaki dan wanita yang ingin bernikah bagi mengelak mereka membujang, terutama dalam kalangan janda dan duda.


  “Mutaah ini sebagai pemudah cara kerana Islam sebenarnya sangat mudah. Daripada mereka hidup tanpa nikah, lebih baik hidup bermutaah mengikut perjanjian yang dipersetujui bersama.

  “Lagipun, kita tidak melihat ia sebagai ketidakadilan kerana kedua-duanya mendapat manfaat yang diperlukan masing-masing,” katanya.

  Dia mendakwa pernikahan mutaah tidak boleh dilakukan sembarangan orang, kecuali menerusi imam atau syeikh yang diiktiraf.


  Bagaimanapun, katanya, bagi imam atau syeikh tertentu, mereka boleh melafazkan akad nikah mutaah untuk diri sendiri hanya dengan kehadiran pasangan tanpa perlu jurunikah dan saksi.

  Selain nikah secara mutaah, dia mendakwa meminum air liur ‘wali’ Syiah menerusi ciuman juga antara syarat wajib untuk bergelar pengikut Syiah.

  “Air liur bukan sesuatu yang kotor. Selagi ia di dalam mulut, ia air bersih lagi suci. Ia jadi kotor apabila kita meludahnya.

  “Minum air liur adalah ‘sunnah’ dan sesiapa yang mengambilnya (menelan), terutama air liur wali, akan masuk syurga,” dakwanya.

  Dia mendakwa tidak wujud perbezaan antara penganut Ahli Sunnah Wal Jamaah (ASWJ) dengan Syiah kerana mereka masih memperakui Allah sebagai Tuhan dan Nabi Muhammad SAW sebagai rasul.

  Katanya, yang membezakan fahaman Syiah dengan Sunni hanya disebabkan mereka lebih mengagungkan Saidina Ali RA, menyambut Hari Asyura secara besar-besaran dan mengamalkan jamak solat fardu iaitu Zohor dan Asar, Maghrib dan Isyak pada bila-bila masa (tanpa perlu bermusafir) bagi memudahkan umat Islam beramal.

  “Setiap amalan ini bukan rekaan, tapi berdasarkan hukum yang diputuskan ulama kami. Nampak memang berbeza, tapi kami masih tetap dengan pegangan Islam.

   “Terpulang kepada orang lain untuk menerimanya atau tidak. Cuma kami menjalankan kegiatan keagamaan tanpa menyusahkan orang lain atau melancarkan perang terhadap sesiapa,” katanya. - Harian Metro



Quote biosfree 8-9-2013 08:10 AM
PAS bangga tu, ramai totok syiah ...konon pakai jubah, pakai sarban...semua ny maksum...
Quote micha 8-9-2013 08:59 AM
biosfree posted on 8-9-2013 08:10 AM
PAS bangga tu, ramai totok syiah ...konon pakai jubah, pakai sarban...semua ny maksum...

Xphm, apa kaitan pasdgn syiah?
Quote kakiputaralam 8-9-2013 09:04 AM
Maknanya sepanjang idup..banyak lah faraj yang dicelup


Quote rosasa 8-9-2013 09:09 AM
abatar tongkatwaran

nti kena repot polis
Quote MissNigga 8-9-2013 09:22 AM
Kaka @Vakuro  or @Changa

komen plsssss...
Quote azharpac2 8-9-2013 09:55 AM
biosfree posted on 8-9-2013 08:10 AM
PAS bangga tu, ramai totok syiah ...konon pakai jubah, pakai sarban...semua ny maksum...

apa kena mengena PAS dan syiah?? tolong explain!!
Quote buttergal 8-9-2013 10:19 AM
azharpac2 posted on 8-9-2013 09:55 AM
apa kena mengena PAS dan syiah?? tolong explain!!

kannn tolong ekspelen skit
Quote ringcat 8-9-2013 10:30 AM
sexually, Syiah is a good religion.
Quote lompatikam 8-9-2013 10:36 AM
pong pang pong pang...tapi takde sorang syiah pun tak tangkap atau dakwa...

dlm akhbar duk ckp "mengancam negara, bla bla bla...haram bla bla bla...murtad bla bla bla..." mufti ini berkata....blablabla....

cerita byk tak guna...pi tangkap la woi.

kalau setakat nak kaitkan dgn pas...tapi yg ada kuasa tak tangkap...tak guna jugak.
Quote marumaru 8-9-2013 11:39 AM
betul ke ajaran ni wujud dalam ajaran syiah?
dan sejak bila diamalkan ye?
saje nak clarify sama ade ia competely direka oleh manusia untuk menghalalkan tuntutan nafsu depa...

Quote PerKasa 8-9-2013 11:47 AM
sekrang baru aku tahu sbb
pompuan guna purdah tutup muka
mcm al alkam

rupanya dah banyak kali kene cot cit cut.
dgn pelbagai jantan.

padanlah kat negeri arab ramai tup muka
takut org kenal.
Quote AdamBillionaire 8-9-2013 11:52 AM
sebenarnye isu mutaah ni terdapat di iran dan negara proxy syiah je. tp diperbesarkan media massa seolah olah nak menarik orang ramai mengetahui mutaah?

sebenarnye apa tujuan media metrosex gembar gemburkan? adakah bertujuan bg pengajaran? atau lariskan akhbar? atau nak org ramai mutaah? lepas tu ada modal cerita sex nak di jaja? aku tak faham betul dgn metro ni..tiap2 hari mabuk lemang..
Quote saifulms 8-9-2013 12:04 PM
PerKasa posted on 8-9-2013 11:47 AM
sekrang baru aku tahu sbb
pompuan guna purdah tutup muka
mcm al alkam

Apa yang ko merepek ni??
Quote tyrande_81 8-9-2013 12:18 PM
Kena ada  perundangan, wanita shiah nak kahwin mutaah sila ambil ubat perancangan keluarga... sedap dan dijamin tidak buncit
Quote mitnick 8-9-2013 12:31 PM
iskh3... mcm nie pon ade... asal boleh je diorg nie. tanggungjwb letak tepi

Lihat semua komen(43)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-11-2024 09:38 PM GMT+8 , Processed in 0.170015 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top