CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Ada Rakan Busuk Hati, Suruh Elvina Tinggalkan Suami

16-7-2018 12:46 PM| Diterbitkan: Cari-Amirah| Dilihat: 6954| Komen: 18|Original author: Oleh: Amirah

Datin Elvina Mohamad berasa kecewa apabila dirinya dikecam disebabkan berita suaminya, Datuk Mohd Haniff ditahan polis pada bulan Mei yang lalu.

Hanya dia dan keluarga sahaja yang mengetahui apa yang terjadi sebenarnya dan mereka hanya endahkan sahaja kata-kata kecaman netizen.

Foto: IG Elvina
“Sudah tentu saya dan keluarga menangis dan sedih dengan kata-kata yang dilemparkan netizen.

"Tapi sekarang saya tak ambil tahu apa yang mereka nak katakan. Paling penting saya dan keluarga tahu kebenarannya," kata Elvina kepada mStar Online.


Kes suaminya ditahan adalah untuk menjadi saksi bagi siasatan yang sedang dijalankan ke atas rakan baiknya itu.

"Dia bukanlah tertuduh seperti yang diperkatakan. Tapi hanya sekadar menjadi saksi bagi membantu siasatan.

"Kebetulan pihak tertuduh itu adalah rakan baiknya. Jadi, polis hanya ingin soal siasat rakan terdekat dan kes pun sudah selesai," ujarnya.


Dia juga tidak menyangka sejak perkara ini terjadi, ada rakan-rakannya yang busuk hati meminta meninggalkan suaminya.

"Apabila perkara ini terjadi baru saya tahu mana satu kawan dan mana lawan. Ada kawan yang baik dan busuk hati.

"Yang busuk hati tu siap cakap padan muka dan minta saya tinggalkan suami. Sedangkan mereka tak tahu cerita sebenar," katanya.


Kes tersebut melibatkan seorang Datuk yang dikatakan ditahan untuk membantu siasatan tentang penipuan pelaburan forex (GWGFX) dan Bitcoin Bitkingdom yang telah mengalami kerugian RM13.9 juta.

Sejak berita itu tular, netizen telah salah faham dengan kenyataan media dan menganggap itu adalah suami Elvina.

Sudah menjadi lumrah ada saja yang akan bercakap buruk. Harap Elvina bersabar dengan kecaman netizen dan rakan yang menjadi duri dalam daging. - CARI
23

Bagus
31

Marah
18

Terkejut
13

Sedih
11

Lawak
23

Bosan

Friends Rank (119 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Victorioussss 16-7-2018 01:04 PM
Lantak kau la labuuu.. setakat lelaki naik ex5 mcm i u xpandang pn kan. At least i xdipanggil polise untuk jadi saksi atau seksi
Quote bottombikini 16-7-2018 01:38 PM
yelah...sume org busuk ati nengok ko datin kan
Quote AshkieLa 16-7-2018 01:39 PM
Edited by AshkieLa at 16-7-2018 02:04 PM

ntah2 member tu tau je perangai sebenar suami ko belakang ko Elvina..
baru kenal.. baru kahwin.. patut diam2 je dalam masa yg sama kena berhati hati sambil selidik sendiri kalau tak nak dengar cakap2 orang.
kang kot one day kantoi depan mata tak leh sorok dah.. sendiri malu dgn member tu...
Quote MadameOnion 16-7-2018 01:45 PM
ko kikis dulu ssmpai tinggai spenda pastu ko tinggalkan je dik..pandai2 la nak hidup..esok lusa ke dalam la laki ko tu
Quote nishikido 16-7-2018 01:46 PM
In denial ke sis..laki kaki belit sebab tu orang suruh tinggalkn..kang laki masuk dalam,harta kena sita u terkontang kanting sara diri sorg2 dgan anak..
Quote whadda 16-7-2018 02:05 PM
dah mengandung kot.. takkan dia nak tinggalkan laki dia
Quote GigaMom 16-7-2018 02:16 PM
Boleh lah jd kan wife heols sbg proksi reta hasil penipuan tu
Quote bukan_ustazah 16-7-2018 02:44 PM
Apak fadza laki vivy yusoff tu scammer terulung hidup dan kaya jee. siap buat rumah agam besar pakai title dato datin padahal scammer  MLM.
Quote umbut 16-7-2018 03:02 PM
Scammer pun sacammerlah.. janji title datin
Quote prettyuglybabe 16-7-2018 03:07 PM
in denial betul

Quote dutch_lady 16-7-2018 03:14 PM
patut nye kau diam je dik....nti bile laki kau kantoi ramai je tgu nak padan kan muke
Quote notsospecial007 16-7-2018 04:38 PM
sabooo ja la dik oiii.. tapi mmg byk datuk segera ni.. opss
Quote giyomi 16-7-2018 05:45 PM
who r yusss...bt anyway, ofkos lar xnk tinggalkan, kang hilang status datin tu. As @MadameOnion ckp, kikis dulu sblm pergi.
Quote misscendol 17-7-2018 08:40 AM
sabar ya........
Quote chinta89 17-7-2018 10:48 AM
kite tunggu,... dan lihat!
Quote nakkomenjugak 19-7-2018 04:01 PM
aku rasa banyak je lelaki yang helokkk kat luar sana tu. nvm. apa2 pun, cakar sebelum terlambat
Quote Jajabeans 19-7-2018 04:09 PM
Tak pernah lgi rasanya scammer kena tangkap malahan aman2 hidup n semakin kayo. Untung kau azlina
Quote tomaz 19-7-2018 04:11 PM
Sheolss mengandung khen skrg. Job pon x ambil

Lihat semua komen(18)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-12-2024 04:02 AM GMT+8 , Processed in 0.046396 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top