CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Potong Elaun Menteri 'Kaki Ponteng': Bagi Peluang Mereka Jelaskan Sebab - Salahuddin

25-7-2018 10:06 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1921| Komen: 8

"Cara terbaik adalah potong elaun mereka dan siarkan nama anggota 
yang malas hadir dalam akhbar atau media sosial."


Tan Sri Dr Rais Yatim menerusi akaun Twitternya mencadangkan agar elaun Ahli Parlimen yang 'liat' hadir ke Persidangan Dewan Rakyat dipotong mengikut kadar Jawatankuasa Pilihan Dewan.


Foto: IG Rais Yatim

Rais mencadangkan perkara itu susulan keputusan Speaker Datuk Mohamad Ariff Md Yusof mengarahkan Persidangan Dewan Rakyat selepas waktu makan tengah hari ditangguhkan selama 10 minit kerana tidak cukup korum.

Memetik BH Online, beberapa Ahli Parlimen kerajaan dan pembangkang bagaimanapun mendakwa mereka berada di dalam bangunan Dewan Rakyat tetapi tidak tahu persidangan terpaksa ditangguhkan selama 10 minit kerana ahli tidak mencukupi.




"Saya tidak tahu pula waktu itu tidak cukup korum sehingga loceng kedua dibunyikan dan saya terus bergegas memasuki dewan," kata Datuk Azizah Mohd Dun (BN-UMNO Beaufort) yang menjelaskan beliau sedang bersiap untuk memulakan sesi sidang sebelah petang sebaik sahaja loceng pertama dibunyikan.

Sementara itu, Datuk Johari Abdul (PH-PKR Sungai Petani) berkata, mereka terdengar loceng kedua dibunyikan ketika sedang mengadakan taklimat ringkas pada waktu rehat sebelum bergegas menuju ke dewan yang mungkin mengambil masa kira-kira enam minit.

Manakala, Khairy Jamaluddin Abu Bakar (BN-UMNO Rembau) mengakui tiada ketika persidangan berlangsung.

"Malangnya saya pun tiada waktu itu jadi saya rasa semua kita perlu lebih beringat lepas ini," katanya.

Sementara itu, Astro AWANI melaporkan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Salahuddin Ayub bersetuju dengan cadangan berkenaan.


Foto: Astro AWANI

"Itu saya setuju, jika betul tanpa sebab kukuh saya rasa munasabah untuk parti mereka sendiri ambil tindakan. Kalau ada perancangan pemotongan elaun itu terpulang kepada peraturan Parlimen," katanya.

Bagaimanapun, Salahuddin menegaskan keadilan perlu diutamakan sebelum hukuman dijatuhkan.

"Jangan hanya keluar gambar Dewan (Rakyat) kosong, kita terus buat kesimpulan tetapi berilah peluang kepada mereka untuk menjelaskan mengapa mereka tak hadir. Dalam masa dua tahun ini mungkin kita boleh mengukur siapa yang sengaja tidak hadir, dari situ kita boleh ambil tindakan," tegasnya. - CARI
21

Bagus
15

Marah
19

Terkejut
18

Sedih
22

Lawak
22

Bosan

Friends Rank (117 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote akusukaq 25-7-2018 05:51 AM
cakap kosong nak tunjuk hero tak guna. ujung ujung tak ada apa tindakan . tiada bezanya dgn budaya ahi parlimen dulu. nanti siap bagi berbagai alasan mengapa ponteng dewan.alaun tetap jalan bahkan melonjak naik lg. nak berjimat lah sgt konon.
Quote Mina2215 25-7-2018 06:30 AM
Potong je elaun. Aku stuju sangat.
Quote jaja8 25-7-2018 11:11 AM
setuju..baru kerja rajin sikit..haha
Quote harizs 25-7-2018 11:20 AM
hari ni mahathir warning, esoknya lagi ramai menteri & timbalan tak datang.  maknanya apa?  maknanya tiada siapa takut yg dgn PM 12 kerusi.
Quote tri-max 25-7-2018 11:24 AM
tahun lepas aku ingat ada isu viral parlimen kosong
semua salahkan ahli parlimen, makan gaji buta, pemalas, tak disiplin, habiskan beras
then tahun ni masih berulang lagi?
kesimpulannya ... masih valid lagi ke sidang parlimen sedangkan ahlinyer pon tak ada hati nak datang
Quote zidane_ziege 25-7-2018 11:30 AM
Pada pembangang sibuk bantah kasut hitam putih..baik usulkan isu ni..baru nmpk bijak sikit..

Tak berani la tu..pasal dia pun 2x5..
Quote Burong_Hantuk 25-7-2018 11:33 AM
muka tak tau malu,elauan kau sapu,tapi malas & kaki ponteng
Quote kiambang 25-7-2018 04:51 PM
Setuju  .. tak kira kerajaan atau pembangkang ...

Lihat semua komen(8)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 04:01 AM GMT+8 , Processed in 0.044080 second(s), 25 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top