CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Patutlah Tak Dapat Jemputan, Alyah Tak Tahu Digam Stesen TV

27-7-2018 02:07 PM| Diterbitkan: Cari-Amirah| Dilihat: 14338| Komen: 48|Original author: Oleh: Amirah

Sejak kebelakangan ini, penyanyi Datin Alyah mengakui dirinya kurang mendapat jemputan untuk mana-mana program hiburan dan mengadakan persembahan di stesen televisyen.

Dia telah lama menyedari perkara itu berlaku namun tidak tahu pula dirinya digam stesen televisyen jika perkara ini benar berlaku.

Foto: IG Alyah
"Soal digam oleh stesen televisyen, jujurnya memang saya tidak tahu menahu tetapi kebelakangan ini memang kurang mendapat liputan atau jemputan bagi menjayakan program TV.

"Sebelum ini kalau diundang, saya pasti akan memberikan kerjasama sepenuhnya kerana belum pernah lagi saya tolak sekiranya dipanggil untuk muncul dalam mana-mana program," katanya.


Tiada undangan diterima berkemungkinan disebabkan oleh kelantangan suara suaminya, Datuk Ramli MS yang mengkritik beberapa stesen televisyen sebelum ini hingga dia juga terkena tempiasnya.

Apa pun dia masih berfikiran positif dan jika benar namanya telah digam maka itu adalah hak stesen televisyen tersebut.


"Saya mula kurang mendapat undangan sejak awal tahun lagi namun sepanjang tempoh itu saya tidak pernah berfikir negatif dan menganggap ia peluang untuk saya memperbaiki diri.

"Jika benar saya digam oleh mana-mana stesen televisyen, saya tidak dapat berbuat apa-apa kerana itu adalah hak mereka," jelasnya.


Sungguhpun dia kecewa namun dia percaya pada rezeki yang telah ditetapkan untuk dirinya.

"Alhamdulillah meskipun jarang muncul di televisyen tetapi persembahan pentas saya masih berjalan.

"Sepanjang hidup takkan kita nak orang sanjung kita saja... Ada waktu kita kena dapat pengajaran juga," katanya.

Terbaru, Alyah melancarkan muzik video untuk single yang berjudul Jutaan Purnama dengan berlatarbelakangkan suasana kampung di Keriang Hill.

Remy Ishak juga turut terbabit dalam pembikinan muzik video tersebut dan Alyah memang dari dulu lagi senang bekerjasama dengan aktor ini.


"Remy sudah saya anggap seperti sahabat saya. Dia merupakan seorang rakan yang baik.

"Senang untuk saya bergandingan dengan Remy," katanya.

Kalau isu digam ini benar, memang menyedihkan! Tidak mengapa Alyah, banyak lagi cara lain untuk mendapat rezeki dan kembangkan bakat. Asalkan tidak putus asa. - CARI
23

Bagus
32

Marah
18

Terkejut
28

Sedih
28

Lawak
39

Bosan

Friends Rank (168 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote kiah_mai_pulak 27-7-2018 02:10 PM
X berkenan betul ngn gaya sheolss acah2 hijuboster urban...
Quote de_ikea 27-7-2018 02:18 PM
Iols rasa sbb tinyah dah kurenggg menyengat nyanyiannya. Kan @mizlynn
Quote kaseh80 27-7-2018 03:21 PM
Tak kuar tv pun lagi elok dah tak relevan pung
Quote multinicky 27-7-2018 03:25 PM
tok ram kritik ape?? ko sndr pon suara hauk dengan pesen rambu ramba plus dgn pakej kesenduan lg, sape je nk jmpt..lagu baru pon taraf who are yusss ja... klu ko bukan bini tok ram, lg mereput karier ko.. org kenal pon sebab ko bini heols..ade la tempias2 skit bau tempoyak tu klu org citer pasal tok ram..
Quote babycc 27-7-2018 03:33 PM
Benci tgk org pakai tudung tp kaler kuku mcm tu..
Quote MadameOnion 27-7-2018 03:36 PM
tak perasan pun tin yah takde keluar tv dah..so maknanyaaa??
Quote Orix 27-7-2018 03:39 PM
Dh sheols sendiri pun semedang nyanyi on off haukkk
Quote hotmak 27-7-2018 03:43 PM
mcm takde kena mengena pulak, sebab ramli ms org lain kena gam, ke mmg takde jemputan
Quote AshkieLa 27-7-2018 03:44 PM
aritu nampak dia nyanyi promote lagu jutaan purnama ni kat TV1... selamat pagi malaysia kot.
nyanyi miming.. tak celen laa misha nyanyi live kat meletop sambil duduk je tinyah..

nyway.. dia ni kalau nyanyi live macam deaf tone sikit.. tu yg makin kureng kot orang panggil..
Quote mieymiey 27-7-2018 04:21 PM
Tok laki kemain kritik orang nyanyi sumbang bagai, bini sendiri?
Quote mixed 27-7-2018 04:56 PM
mieymiey replied at 27-7-2018 04:21 PM
Tok laki kemain kritik orang nyanyi sumbang bagai, bini sendiri?

berani ke tok ram nk kritik bini heols
mau kena langgar lg kete heols

ritu baca kt ig tok ram
tin yah ada drop komen
sheol perli tok ram dok kata busy
tp ada masa edit gambar
Quote dekmieDandy 27-7-2018 04:58 PM
first time nampak artis walaupun usia masih dalam peak age skill turun

kalau yang evergreen tu paham ler

rasa dulu2 tak teruk sgt off key dia
Quote haiku 27-7-2018 05:03 PM
Mohon Alyah masuk vocal class dgn Datuk Syafinaz.

MO nampak perubahan bila masuk vocal class.

Ernie yang belajar & mengajar vocal pun still masuk vocal class masa nak bertanding AJL.
Quote fadz84 27-7-2018 05:10 PM
Haus sgt vokal live sheols skrg.. that’s why TV x panggil..
Quote cmf_raudah 27-7-2018 05:19 PM
encemnyeeee remyy
Quote scrocth 27-7-2018 05:25 PM
Lagu hauk vokal pn hauk. Mmg layaklah xdipanggil stesen tv. Lagu alyah ni satu jer yg best iaitu kisah hati. Lagu2 lain tmasuk sesal separuh nyawa tu pn xbrp menyengat.
Quote inspektoremos21 27-7-2018 05:37 PM
Bahasa yg paling mudah is dah tak laku lerrr Pastu nyanyian pulak makin lama makin kehauk-kan so memang tidak la stesen tv nak undang nyanyi. Padahal suara si alyah tu sedap. Sayang je..
Quote Tukul.Besi 27-7-2018 05:40 PM
I lagi suka zaman dia free hair dulu. Fesyen lagi berani tapi stylish. Fesyen dia sekarang mcm makcik2 so yesterday. Maybe terkesan sebab dulu pernah gaduh dgn RR dan HD kot
Quote Tukul.Besi 27-7-2018 05:41 PM
Tapi honestly, suara dia makin hauk. Mohon masuk kelas vokal yach

Lihat semua komen(48)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-11-2024 11:07 PM GMT+8 , Processed in 0.928869 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top