CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

'Jangan Kacau, Dah Lama Aku Buat Kerja Mengintai Ni!'

31-7-2018 10:24 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 4639| Komen: 21

Seorang lelaki 'kantoi' mengintai jirannya yang tinggal hanya selang sebelah rumahnya di Taman Insaniah di Kuala Ketil.

Memetik Sinar Harian, mangsa yang juga penuntut sebuah universiti itu mendakwa dalam kejadian jam 12.30 tengah malam, Sabtu, suspek mengintainya melalui cermin bilik selepas menceroboh masuk melalui halaman belakang rumah sewanya.


Bagaimanapun, suspek kemudian disergah dan dikejar selepas jiran lain menyedari perbuatan terkutuknya itu.


Foto: Sinar Harian

“Selama ini semua sangka dia jiran prihatin sebab selalu jalan sekitar deretan rumah di sini, sangkaan kami dia jaga keselamatan penghuni di sini, rupanya lain yang jadi,” kata Syafiqa, 24.


Tambahnya, lelaki terbabit sempat memberi amaran kepada jiran lain yang mengejarnya.

“Berlaku pergelutan di antara mereka. Kemudian, lelaki itu berkata, 'jangan kacau aku, dah lama aku buat kerja ni, hampa baru duk sini'.

“Kata-katanya memberi gambaran sudah berapa lama dia buat kerja terkutuk itu, malah kami pun sudah setahun tinggal di taman ni.

“Sejak malam tu kami dibantu Majlis Perwakilan Mahasiswa untuk tidur di rumah lain. Malam semalam (Sabtu) saya dan lain-lain tumpang tidur di sebuah premis perniagaan,” katanya.

Lebih mencurigakan, Syafiqa mendakwa suspek membina sebuah pintu di atas balkoni rumah.

“Dia seorang saja yang buat pintu di balkoni, tapi ramai jiran lain tak perasan. Cuma kami yang tahu sebab pernah nampak lelaki berkenaan hisap rokok atas tu.

“Balkoni tersebut menyambung ke balkoni rumah orang lain termasuk kawasan kami,” katanya. 

Difahamkan, satu laporan polis sudah dibuat, namun masih belum ada tindakan diambil terhadap lelaki terbabit. - CARI
26

Bagus
21

Marah
35

Terkejut
23

Sedih
32

Lawak
21

Bosan

Friends Rank (158 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote batmana 31-7-2018 07:08 AM
Teringat kes mengintai cmni..tapi intai bini org mandi.laki dia berang.pi letak wayar hidup keliling bilik air tu..si pengintip panjat. trus Kene Letrik..
Mati trus kt situ.

Mgkin. Laki dia berang.psl mmg xde tindakan kt kaki pengintai ni..
Quote ultra78 31-7-2018 07:10 AM
Apa kata intai lelaki tu balik dan upload ke internet.
Quote BoLapciOus 31-7-2018 08:50 AM
psiko..psiko everywhere...hanat
Quote SWORKS27 31-7-2018 08:58 AM
mula2 intai..lepas tu rogol..bahaya spesis nih
Quote Supersirap 31-7-2018 09:18 AM
Jangan jadikan nafsu sebagai akal anda, akhirnya badan sendiri yang merana
Quote mieymiey 31-7-2018 09:48 AM
Dah lama buat kerja intai mengintai?? Dah kantoi, pi cucuk mata dia guna garfu!
Quote precious_chicas 31-7-2018 10:31 AM

“Berlaku pergelutan di antara mereka. Kemudian lelaki tu kata, “jangan kacau aku, dah lama aku buat kerja ni, hampa baru duk sini.”


Seriously cara dia ckp camtu mcm jin afrit atau syaitan yg tgh merasuk mangsa nak kena halau dari badan manusia.
Quote mjla 31-7-2018 11:25 AM
Musti geng parti succi
Tumngok
Quote mjla 31-7-2018 11:25 AM
Musti geng parti succi
Tumngok
Quote Artemesiaa 31-7-2018 11:31 AM
Betul2 mental dah kantoi masih gigih nak warning  orang pulak
Quote MsKoreanfanatic 31-7-2018 01:39 PM
patut kena belasah ramai2
Quote Pink_Purple 31-7-2018 02:07 PM
harap buta mata dia
Quote insulin 31-7-2018 02:20 PM
mieymiey replied at 31-7-2018 09:48 AM
Dah lama buat kerja intai mengintai?? Dah kantoi, pi cucuk mata dia guna garfu!

Tiba-tiba teringat adegan Dharma mengintai Norlia Ghani dalam "Sikit Punya Gila".
Quote insulin 31-7-2018 02:20 PM
BoLapciOus replied at 31-7-2018 08:50 AM
psiko..psiko everywhere...hanat

Kat mana-mana pun memang ada manusia jenis begini.
Quote BoLapciOus 31-7-2018 02:24 PM
insulin replied at 31-7-2018 02:20 PM
Kat mana-mana pun memang ada manusia jenis begini.

taw xpe..skali lastik berbenjol kpale!
Quote fushimi 31-7-2018 02:28 PM
kunonya cara intai intai lagi

helo ni zaman 2018 ok

mohon pengintai tengok porn sajok
Quote insulin 31-7-2018 02:28 PM
BoLapciOus replied at 31-7-2018 02:24 PM
taw xpe..skali lastik berbenjol kpale!

Kalau lastik je x cukup untuk orang2 macam ni bertaubat. Kena beduk biar dia rasa sikit.
Quote BoLapciOus 31-7-2018 02:35 PM
insulin replied at 31-7-2018 02:28 PM
Kalau lastik je x cukup untuk orang2 macam ni bertaubat. Kena beduk biar dia rasa sikit.

hehehe..xpon ikat kat pokok mangga la..baru fear factor!
Quote mieymiey 31-7-2018 03:07 PM
insulin replied at 31-7-2018 02:20 PM
Tiba-tiba teringat adegan Dharma mengintai Norlia Ghani dalam "Sikit Punya Gila".

Alaaa i tak tengok. Hot tak Norlia Ghani masa muda?

Lihat semua komen(21)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-11-2024 03:20 PM GMT+8 , Processed in 0.055738 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top