CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

"Malaysia Anjing!"- Penyokong Indonesia Biadab, Hina Skuad Kebangsaan

31-7-2018 12:23 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2000| Komen: 2

Penyokong Indonesia macam tak serik apabila terus melakukan provokasi melampau kepada sukuad bola sepak negara.

Belum reda dengan insiden serangan balingan botol, kali ini skuad B-16 pula menjadi mangsa.


Harian Metro melaporkan, mereka 'didendangkan' dengan sorakan kata-kata kesat dan menghina pada aksi Kejuaraan B-16 Persekutuan Bolasepak Asia Tenggara (AFF) 2018 di Stadium Joko Samudro, Surabaya.

Foto: AFF
Walaupun ianya aksi antara Malaysia bertemu Thailand, namun penyokong Indonesia yang berlebihan melaungkan  ‘Malaysia itu anjing’ dan juga ‘Amirul itu anjing’ pada perlawanan tersebut.

Tambah sumber provokasi itu adalah susulan dari pemain muda negara, Amirul Ashrafiq Hanifah yang dituduh menghina bendera Indonesia apabila meletakkan bendera terbalik dalam Instagram Story miliknya.


Walau bagaimanapun Amirul sudah membuat permohonan maaf secara terbuka dan menjelaskan ia bukan provokasi sebaliknya hanya kesilapan meletakkan bendera Poland.

Provokasi itu mengundang hukuman terhadap Persatuan Sepakbola Seluruh Indonesia (PSSI) memandangkan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) pernah didenda atas kesalahan sama sebelum ini.

Sementara itu FAM didenda AS$30,000 (RM121,000) oleh Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) apabila penyokong Malaysia melaungkan sorakan ‘anjing’ kepada penyokong Brunei dan Singapura pada Sukan SEA 2017.

Penyokong Malaysia melaungkan sorakan ‘Brunei anjing dibunuh saja’ pada aksi bertemu Brunei, 4 Ogos 2017 dan sorakan berbentuk sama ketika bertemu Singapura dua hari kemudian sekali gus menyaksikan AFC mengenakan denda sebanyak AS$15,000 (RM61,000) bagi setiap kesalahan. -CARI
5

Bagus
8

Marah
11

Terkejut
12

Sedih
9

Lawak
22

Bosan

Friends Rank (67 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote JohnnySins 31-7-2018 12:24 PM
sama perangai je dengan dodoigemok...wakakakkakakkaa
Quote Skuau 31-7-2018 12:46 PM
bot karam indon mati lemas,pastu 'digempa bumikan' di Lombok....rakyat Msia x perlu balas...Tuhan itu Maha Kuasa dan Maha Adil.....

Lihat semua komen(2)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 01:15 AM GMT+8 , Processed in 0.051810 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top