CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Gosip Socmed Lihat artikel

"Penat Jadi Hamba Seni, Terima Kasih YB - Erma Fatima

3-8-2018 10:55 AM| Diterbitkan: Cari-Azza| Dilihat: 9811| Komen: 42|Original author: Oleh: Azza





"Kami dah letih jadi hamba hiburan semata-mata."

Itu keluhan Erma Fatima yang sudah penat dan muak dengan nasib golongan artis sepertinya yang cuma dianggap sebagai hiburan rakyat Malaysia serta penyeri pentas politik sahaja. Tidak lebih dari itu.

"Orang seni dah macam peminta sedekah, hanya kerana menuntut kebajikan kami dibela."

Oleh itu, apabila Ahli Parlimen Kapar, Abdullah Sani Abdul Hamid mengutarakan isu tersebut sekaligus meminta kerajaan baru memandang industri seni dengan lebih serius, Erma berasa sangat terharu kerana ia akhirnya dibincangkan di Dewan Rakyat akhirnya.




Isu seperti pelakon tiada royalti tidak seperti penyanyi, harga pembelian drama tidak pernah naik adalah masalah yang berterusan membuatkan golongan seni hidup melarat hingga ke akhir hayat mereka. Ia telah dinyatakan oleh Abdullah Sani lalu meminta agar pihak berkenaan melaksanakan dasar baharu supaya pengkarya seni tidak lagi hidup melarat.

Lebih menyedihkan ialah contoh yang diberikan iaitu Allahyarham Seniman Tan Sri P Ramlee dan Allahyarham Khalid Salleh langsung tiada harta.

Ramai yang turut berasa terharu dengan cadangan di Dewan Rakyat tersebut termasuklah golongan artis.





Namun, adatlah pasti ada yang memandang serong terhadap permintaan insan seni ini.


https://www.instagram.com/p/BjTE-gyngVm/?taken-by=ermafatima


Akan tetapi, lebih ramai yang membangkang hujah tersebut, malahan Erma Fatima sendiri menjawab kekeliruan yang timbul.

Kredit foto: Carian Internet

Ternyata luahan tersebut dijawab oleh Menteri Komunikasi dan Multimedia, Gobind Singh Deo yang menyatakan kementeriannya komited menyelesaikan masalah ini.

Moga-moga hasrat Erma Fatima dan anak seni lain untuk mendapat pembelaan yang sewajarnya tercapai. - CARI 
33

Bagus
34

Marah
25

Terkejut
33

Sedih
26

Lawak
18

Bosan

Friends Rank (169 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote laksmanabentan 3-8-2018 11:02 AM
hamba la sangat kan.... tgk artis juga yg pergi bercuti kat obersea tu....
rakyat marhaen ada ker bercuti2 ni... kalau ada maybe dalam malaysia aja la
tak pun tunggu tiket air asia murah...

bagi aku kena adil la... ramai lagi rakyat malaysia yg belum terbela, gaji masih di bawah minimum salary, masih tak punya rumah, masih sewa dengan anak ramai.... betul mungkin ini rezeki mereka tapi mungkin ada cara camna nak tingkat kan ekonomi mereka....

bab artis nak tuntut royalti tu silakan... sbb itu karya hangpa kot....
artis takde harta tu lak...... ermmm.... susah nak komen sbb ramai gak org mesia ni yg takde harta... masih kais pagi makan pagi, kais petang buat makan esok....
Quote newyork 3-8-2018 11:21 AM
Time2 ni hamba sgtt, bila ada peminat bergambar ada yg muka cemuh cehh.. peminat pun padan muka nak gambo sgtt..
Quote Lorra2411 3-8-2018 11:29 AM
walhal diorg ni jenis yang masa senang, taknak pun menyimpan. kaya kot diorg ni, tapi tak menabung. jenis perabis duit asal ada. dah tua tua bila takde job, baru nak menyesal. ada yang cerdik tu bolehlah buat business takpun sambar orang kaya jadi pasangan hidup. realiti okay, walaupun pahit.
Quote MsKoreanfanatic 3-8-2018 11:32 AM
kalau penat rehat je buat keje lain...
Quote kucingitam 3-8-2018 11:44 AM
jgnlah kata  menyedihkan artis tak berharta.. tu patut sendiri punya usaha simpan la..kalau penghargaan, yes, aku setuju kerajaan ambil berat soal penghargaan pada karyawan seni yang benar2 berseni.. hal simpanan, harta tu, sendiri usaha la..
Quote tomaz 3-8-2018 11:52 AM
Cissss. Padahal nya geng2 retis ni la yg byk kehulu kehilir gi oversea. Barang branded head to toe. Kereta rumah kemain gah. X berharta apa nya. Tp golongan yg tua2 ni maybe xde simpanan sbb jenis dpt duit enjoy. Yg muda baru2 join je cerdik sikit dah pandai cari side income lain. Buat simpanan. Buat investment. Bkn bergantung jd pelakon je. Yg retis dedulu igt roda x berputar kot. Dduk kat atas x ke bawah. Igt org akan sanjung dia smpai ke sudah. Last2 nya terpinggir x de job





Quote rospinki 3-8-2018 11:59 AM
hek eleh...diri sendiri yg gatai nak jadi retis..toksah nak drama sgt la ema oiii...wekk
Quote damian_lee 3-8-2018 12:10 PM
Choiii .. kerja opis .. gaji ciput ... hadap semua kehanatan ... pun ... xdrama mcm ko
Koseeeee
Quote cik_kembong 3-8-2018 12:28 PM
Ada orang letak pistol kat leher suruh ko jadi artis ke?

Pleaseeeeee laa.....
Quote scrocth 3-8-2018 12:43 PM
Dilema hidup seorang artis. Kalau pakai mcm org biasa pakai fake kena kecam. Beli brg mahal nnt xda duit simpanan hari tua. Nk pg mana2 naik myvi or lrt nnt dikecam jgk. Lg satu kalau xpakai mahal2 produser or company xnak ambik blakon or jd duta produk. Last2 tua2 xda duit hidup melarat. Iols sokong pekerja seni mst diberikan gaji mengikut sistem merit dan pengalaman. Semua artis wajib didaftarkan epf dan waktu kerja maksimum 12 jam sehari dan bershift.  Kalau call time mula pukul 8 pagi blk kerja mst 8 malam. Kalau shootingnya kena waktu tgh2 malam, bagi depa mula kerja pukul 6 pm sbg contohnya.
Quote Nenasketum 3-8-2018 12:59 PM
Diorang ni macam tamak aku tengok.. Berlakon dia, dapat sponsorship dia, jadi duta dia, meniaga kat expo pun dia padahal ntah apa2 jual.. Macam sambal goreng tu, rasa ok tapi daging keras macam batu pastu ada bendasing putih entah apa dalam tu.. Bila dimasak pun tak tau bila.. Haloba sangat.. Kalau ambil hak orang lain, korang takkan senang.
Quote kaseh80 3-8-2018 01:03 PM
So berhentilah jadi anak seni

Its a free country nobody is FORCING YOU
Quote Andyscenes 3-8-2018 01:15 PM
Artis dorg byr tinggi kot. Please la..
Quote newyork 3-8-2018 01:27 PM
maksud hamba tu kerja kena paksa tak dpt duit..ayattt dramaaa sangattt
Quote fushimi 3-8-2018 02:08 PM
newyork replied at 3-8-2018 01:27 PM
maksud hamba tu kerja kena paksa tak dpt duit..ayattt dramaaa sangattt

peling duduk korea utara agaknya jadi hamba

duk terkinja kinja atas pentas pun orang bayar ok

kalau penat behenti sajok habis cerita

artis merempat bila tua tu salah diri sendiri

masa tengah laku duit banyak lupa diri

bilik miskin tagih simpati dengan alasan banyak berjasa

helo askar pun tak merempan macam ko tau
Quote Burong_Hantuk 3-8-2018 02:42 PM
Adik kao si umi aida pipi kembong Kan kaki penjilat kerajaan baru??
Quote azimodin 3-8-2018 02:57 PM
adui, sampai ke level HAMBA comparison dia ni. Banyak lagi pekerja yang gaji di paras minima yang perlukan perhatian kerajaan. retis sejuk senduu buat paid review pon dah masyuk, lepas nak jalan2 oversea. kelek beg mahal ke hulu hilir, baju sentiasa berjenama.  xkisah la retis ke bukan retis, live within your means. masa tengah laku belajar la invest on hartanah or gold. tapi iouls rasa banyak jugak retis muda2 yang peka bab kewangan , mungkin retis2 zaman 90an yang xbuat persediaan hari tua
Quote azimodin 3-8-2018 02:58 PM
kaseh80 replied at 3-8-2018 01:03 PM
So berhentilah jadi anak seni

Its a free country nobody is FORCING YOU

betul, kalau rasa jadi anak seni tu menjurus ke arah slavery boleh la mintak kerja jadi cashie pasaraya eco
Quote Shirley23 3-8-2018 03:02 PM
Hamba kunun. Golongan retis ni payment untuk satu drama je  dah beribu. Shooting beberapa hari je pun. Nak dibanding gaji akak gomen w29 sebulan tak sampai pun amount payment berlakon satu drama korang tu.

Susah nak kesian kat retis-retis acah diperhambakan lah sangat. Menyampah.

Lihat semua komen(42)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-10-2024 01:24 PM GMT+8 , Processed in 0.192180 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top