Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seri Setia, Prof. Dr. Shaharuddin Badaruddin telah menghembuskan nafas terakhir di Hospital Putrajaya pada kira-kira 6.28 petang semalam.
Memetik laporan FMT, perkara tersebut disahkan oleh anak Allahyaham, Atiqah Shaharuddin melalui satu kenyataan yang dikeluarkan semalam juga. "Jenazah akan dibawa pulang ke rumah selepas Maghrib di Desa Pinggiran Putra, Kajang dan disembahyangkan di Masjid Kampung Limau manis pagi hari ini." Allahyarham Shaharuddin yang berusia 56 tahun, dikatakan menghidap kanser usus (Colon Cancer) tahap empat. Beliau merupakan Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Agama Islam, Pendidikan dan Pembangunan Modal Insan, Kerajaan Negeri Selangor Darul Ehsan dan juga Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR).
Pengarah Komunikasi PKR, Fahmi Fadzil mewakili parti itu menyampaikan ucapan takziah kepada keluarga naib presiden PKR itu. Allahyarham Shaharuddin dilantik menjadi Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (AMMKN) Selangor selepas memenangi kerusi DUN Seri Setia pada Pilihanraya Umum ke-14 (PRU14) yang lalu.- CARI |
28
Bagus |
41
Marah |
58
Terkejut |
49
Sedih |
27
Lawak |
63
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
lazim replied at 2-8-2018 07:19 PM
Salam takziah..Lecturer iols dulu... dah agak arwah sakit.. terkjut msa zaman stdy duly bdn heols be ...
zehra2 replied at 2-8-2018 08:24 PM
Lecturerku jugek dulu.. sgt lembut berbicara. Agak terkilan sbb bulan lps ex classmate dah bg tau k ...
shamsadis replied at 2-8-2018 07:30 PM
calon2 ni takder tapisan kesihatan ke, tapisan mental pun kena buat jugak
pyropura replied at 2-8-2018 08:25 PM
My former lecturer juga, salam takziah ...
ADVERTISEMENT