CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Ramai Netizen Nak Makan Mi Segera Setelah Baca Status Doktor Ini, Tetapi...

3-8-2018 03:40 PM| Diterbitkan: Cari-Zidni| Dilihat: 7986| Komen: 19|Original author: Oleh: Whitney


Siapa tidak suka makan mi segera? Tidak dapat dinafikan, ramai yang suka makan mi segera kerana rasanya yang sedap selain mudah dan cepat untuk disediakan. Di pasaran, ada bermacam-macam jenis mi segera dengan pelbagai jenama dan perisa. Ia amat mudah didapati kerana dijual di mana-mana sahaja. 

Bagaimana pun, ramai juga sedar yang mi segera adalah makanan yang tidak berkhasiat dan boleh mengundang pelbagai penyakit jika selalu dimakan. Tetapi, masyarakat juga sering dimomokkan bahawa memakan mi segera boleh menyebabkan seseorang itu menjadi bodoh.


Seorang doktor perubatan telah memuat naik status di twitternya tentang mi segera dan mitos yang dipercayai sejak dari kecil lagi iaitu makan mi segera boleh menjadikan seseorang itu bodoh dan kebotakan kepala.  Sedangkan mi segera telah menjadi antara makanan yang sering di makan oleh para pelajar ketika belajar di universiti. Tetapi, jika kerap memakan mi segera , ia boleh mendatangkan pelbagai penyakit. 




Ramai netizen teringin makan mi segera
Walaupun status doktor ini bertujuan untuk tidak menggalakkan netizen memakan mi segera, tetapi gambar mi segera yang cukup menyelerakan yang dimuat naik itu telah menarik perhatian netizen untuk memakannya. Lebih-lebih lagi, doktor ini memberitahu mi segera boleh dimakan sekiranya dalam keadaan 'darurat' atau di makan sekali sekala sahaja. 


Macam-macam soalan netizen tanya pasal penyakit disebabkan mi segera

Netizen turut megambil peluang bertanyakan soalan yang berkaitan. Ini kerana, netizen rata-rata menggemari mi segera tetapi dalam masa yang sama risau jika ia memudaratkan kesihatan mereka. 



Suka makan mi segera tetapi selalu dapat dean list

Beberapa orang netizen percaya yang makan mi segera tidak menjadikan seseorang itu bodoh kerana ada ahli keluarga, rakan-rakan malah netizen itu sendiri yang gemar makan mi segera tetapi cemerlang dalam pelajaran. Tetapi, mereka sedar yang ia memudaratkan kesihatan dan ada yang sudah mendapat penyakit darah tinggi di usia yang masih muda. 


Bukannya tidak boleh makan mi segera tetapi berpada-padalah kerana ia bukanlah makanan yang berkhasiat tetapi sekadar untuk menghilangkan kelaparan. Jika mampu tinggalkan mi segera dalam pemakanan seharian, itu lebih baik kerana ia dapat menjaga kesihatan kita. Setuju tak?  - CARI 

24

Bagus
25

Marah
22

Terkejut
11

Sedih
13

Lawak
18

Bosan

Friends Rank (113 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Foxey 3-8-2018 03:46 PM
hmm... agaknya dah banyak ngat makan megi time study kt U dulu, skrg ni takde la nk mkn ngat... hanya mkn bila teringinnn sgt or bila kena travel on work purposes... tu pun bawak tak banyak...
Quote haryatie 3-8-2018 04:17 PM
betul...mmg x jdkan bodoh
contohnya ank sedara aku suka mkn ni dr umur 3@ 4 tahun
bukan main petah lg berckp naik aku menyampah
sbb aku rasa x sesuai dgn umur dn cra percakapan dia
da sekolah pun mmg pandai..pandai belajar, aktif bersukan
sekarang da darjah 6...
x tau la kut ikut otak ayh dia (china)..
Quote tri-max 3-8-2018 05:53 PM
makanan segera ni bukan ke tinggi kandungan asid utk perut kita
dulu2 mak pak sgt taboo nak bg anak2 mkn maggi sbb takut bodoh
skrg ni seawal 3 tahun da start makan
ntahlar... semoga aku tabah berpuasa maggi dari awal tahun... hu hu
Quote Ferr_Remy 3-8-2018 06:29 PM
Patutla diet aku x menjadi dulu makan cintan jer.. sbb ade org cakap Cintan ni sumber protein bodybuilder. Tp tgk2 badan makin gemuk plak lepas tu kah3
Quote kivio 3-8-2018 07:10 PM
Alhamdulillah dah tiga tahun tak hadap megi.
Baik makan nasi putih telur kosong daripada megi.
Quote farhana008 3-8-2018 09:17 PM
Iols makan mee segera masa travel je.
Quote aderaderker 3-8-2018 11:04 PM
Hasil pemakanan tegar maggi masa dok hostel dulu, sekarang aku makan maggi dua tiga kali je setahun.

Time kelaparan dan kemalasan memuncak saja.
Quote nobrightside 4-8-2018 12:32 AM
Dulu teringat masa kt asrama ketagih maggi ayam bijan. Satu bilik ketagih! Sampai satu hari iols ckp kita kena stop stock maggi dlm bilik supaya x rasa nak makan. Satu malam yg hening, tiba2 craving. Kmi semua ketuk pintu bilik ke bilik menagih utk beli maggi dr kwn2  Apa la dorang letak dlm maggi tu ek
Quote LautBiru52 4-8-2018 11:25 AM
Aku makan megi time keje menimbun dkt ofis. Dkt rumah mmg tak sentuh langsung la. Kira megi ni bg aku makanan darurat
Quote matkpop 4-8-2018 12:27 PM
mat baru je lepas melantak maggi yum
Quote debab76 4-8-2018 04:39 PM
meols makan samyang je.
Quote dani-rox 5-8-2018 06:08 AM
menyesal masuk thread nih... tetiba pulak mengidam. dahlah berbulan ai tak beli megi.
Quote buapakperut 5-8-2018 06:39 PM
bukan mati atau bodoh.cuma garam tinggi dan takda nutrisi la. apa pun makan bersederhana . megi pun dah mahal lani huhuhu
Quote palmolive 6-8-2018 01:48 PM
tak makan meggi tp pergi taman nak jogging berebut nak parking depan pintu pagar
Quote seri_mawr 6-8-2018 02:38 PM
dulu kat U makan time darurat jek...

dah keje2 ni ,...jarang2 sgt teringin nak mkn mee segera....

bnyk MSG kan....pening kepala aku klu mkn bnyk2...

pernah terbaca dulu2...wax kat meggie amik masa 3 hari nak digest...

malas dah nak cari artikel tu balik....
Quote seri_mawr 6-8-2018 02:48 PM
dulu kat U makan time darurat jek...

dah keje2 ni ,...jarang2 sgt teringin nak mkn mee segera....

bnyk MSG kan....pening kepala aku klu mkn bnyk2...

pernah terbaca dulu2...wax kat meggie amik masa 3 hari nak digest...

malas dah nak cari artikel tu balik....
Quote dhiakandar 6-8-2018 02:53 PM
makan time teringin nak makan je. tapi masalahnya setiap hari teringin...camne tu
Quote fifie_olin 8-8-2018 08:10 AM
ms kecik2 dulu...slu gak iols blasah meggi ni beramai2 dgn kazen
nsb baik skg xde penyakit seruis jadi kat iols ...alhamdulillah
Quote anisanim 8-8-2018 09:16 PM
Makan sekali sekala no harm done.. Selalu pujuk diri gitu sbb teliur dgn macam2 jenis perasa skrg wujud di pasaran.

Lihat semua komen(19)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-10-2024 03:21 PM GMT+8 , Processed in 0.052264 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top