CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Tengah Bawa Motor, Tiba-tiba Ada Botol Terbang Libas Muka. Sampah Betul!

6-8-2018 11:43 AM| Diterbitkan: Cari-Zidni| Dilihat: 3951| Komen: 18|Original author: Oleh: Whitney


Kesedaran rakyat Malaysia dalam menjaga kebersihan masih lagi rendah dan ramai yang tidak mengambil peduli tentang kebersihan. Kebanyakannya tidak rasa bersalah membuang sampah merata-rata dan langsung tidak memikirkan kesan buruk yang bakal menimpa. Sebelum ini sudah ramai yang menjadi mangsa akibat sikap netizen yang tiada kesedaran sivik kerana membuang sampah dari tingkat atas rumah flat yang didiami. 

Apabila berada di jalanan pula, sampah sarap yang dibuang di tepi-tepi jalan turut menyakitkan mata. Bukan hanya sampah sarap yang ringan dan berterbangan, malah yang berbahaya seperti botol, tin minuman dan puntung rokok yang masih menyala turut dibuang melalui tingkap kereta. 

Seorang pengguna twitter memuat naik status dan gambar tentang kejadian yang baru berlaku ke atas dirinya. Dahinya luka akibat pemandu kereta dihadapannya telah membuang botol dari tingkap kereta ketika dia sedang menunggang motorsikal di sebuah lebuh raya. Bagaimana pun dia bersyukur kerana tidak berlaku perkara yang lebih teruk kerana begitu terkejut ketika itu.




Buang sampah pun masih nak kena ajar ke?
Ramai netizen yang marah dan tidak berpuas hati dengan sikap segelintir rakyat Malaysia yang mementingkan diri ketika berada di jalan raya. Sepatutnya sampah di dalam kereta perlu dikumpul dan dibuang ke dalam tong sampah. Bukannya dibuang merata-rata sehingga boleh mencederakan pengguna jalan raya yang lain. 


Tak pakai topi keledar ke?
Ada netizen yang keliru dan bertanya sama ada lelaki ini memakai topi keledar atau tidak ketika menunggang motorsikal kerana botol tersebut tepat terkena pada dahinya. 


Berlubang baju kena puntung rokok
Bukan sahaja botol dan sampah sarap yang dibuang dari tingkap kereta,tetapi ramai netizen yang pernah terkena puntung rokok sehinggakan baju mereka berlubang. Malah abu rokok yang terkena mata cukup memedihkan dan mengganggu pemanduan mereka. 


Semua pengguna jalan raya perlulah mempunyai sikap bertimbang rasa, tidak mementingkan diri dan menjaga keselamatan pengguna yang lain. Sampah dari dalam kereta jangan dibuang merata-rata tetapi perlu dikumpul dan dibuang ke dalam tong sampah agar tidak mencederakan orang lain. - CARI 

16

Bagus
14

Marah
8

Terkejut
18

Sedih
18

Lawak
13

Bosan

Friends Rank (87 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote kikuri 6-8-2018 11:53 AM
eh yelah memang jilake betol orang macam nih... aku penah kene kete depan buang tin redbull... kena cermin depan kete aku sampai aku boleh tau tu tin redbull... hampeh...
Quote kucingitam 6-8-2018 12:11 PM
pernah nampak driver lori buang bungkus nasi lemak..makan nasi lemak sambil bawa lori ke hapa....
Quote shernazz 6-8-2018 12:26 PM
Iols.penah tgk video yang org ni buang sampah...
Ada org jalan kaki ke apa...amek sampah tu masuk dlm kete org tu balik..hahaha
Hoi..simpan la dlu..lipas jerman x membiak la.kalaumko.buang sampah kat stesen minyak..brenti kejap.la..
Lain la tinggal.berhari hari
Quote Foxey 6-8-2018 01:08 PM
heish... kenapa mesti litter? takleh ke buang sampah di tempat sepatutnya? cukup tak suka tengok orang buang sampah merata, nak2 lg campak keluar dari tingkap kete...
Quote palmolive 6-8-2018 01:15 PM
dorang yg perangai camni memang sejenis khinzir
Quote Eva_yy_Ellin 6-8-2018 02:41 PM
Saya ada kenal seseorang. Kalau dia merokok, makan gula-gula ke, makan coklat ke...bekas puntung rokok, plastik pembalut gula-gula tu dia memang suka buang keluar tingkap.
Alasan? Tak nak kereta kotor.
Alasan lain? Alah, kalau kita tak buat, orang lain pun buat juga.
Attitude yang memang tak boleh diubah walau gaduh macam mana sekalipun
Quote Artemesiaa 6-8-2018 02:58 PM
Masaalah sikap yang menyusahkan dan membahayakan orang ramai.  Bukannya tak boleh dikumpulkan sampahnya tu dulu supaya boleh di buang bila sampai ke destinasi atau waktu berhenti dikawasan rehat.
Quote BoLapciOus 6-8-2018 04:14 PM
sivik xde!!mmg jenis orang xde perasaan..klu kena kat dia taw plak hangin
Quote beeeee 6-8-2018 05:03 PM
memang wey tak de hotak
Quote emelia1509 6-8-2018 05:24 PM
Nasib la tak jadi yang lebih teruk pada mat motor tu..
Senangnya hidup pakai campak segala sampah luar tingkap
Quote MarryPottet 7-8-2018 02:07 AM
it's about time mat & minah moto pasang kamera kat motor masing2. then bila ada kejadian sebegini, kasi viral plate no kenderaan pelaku & boleh aku join semangkuk cerca umat tak bertamadun itteewww
Quote chinta89 7-8-2018 09:06 AM
ramai yg jenis mcm ni
Quote MissVixen 7-8-2018 09:43 AM
Thread ni takde sambutan. Mesti ramai dalam forum ni yang ada buat macam ni. Tu diam je.
Takde sivik. Simpan la. Jumpa tong sampah baru buang!
Quote zuuu 7-8-2018 12:47 PM
Haram snggt manusia perngai mcam ni
Quote CardiGans85 7-8-2018 12:55 PM
Penah naik motor tetiba ada tisu hingus melekat kat visor. Nasib la pakai visor, kalau tak....

Quote kroit92 7-8-2018 02:30 PM
bahaya betul.. kalau brader tu goyang motor sikit je lagi, entah2 dah arwah

orang yang buang sampah kat highway ni, tak pernah terfikir kut maybe sampah dia yang dia fikir kecik dan tak significant tu, mungkin meragut nyawa orang lain?
kau buang sampah, kau bunuh orang.

btw, apekehal bersih benor kulit brader tu, mata pun coklat sihat
ni camera trick ka?
jeles tengok, huhu
Quote ninjago 7-8-2018 03:00 PM
attitude and mentality problem. kadang dah berkarat cakap apa kt org2 camnie pun tak jalan punya. unless saman or penjarakan baru dia rasa.
Quote diss69 7-8-2018 08:23 PM
Memang geram nengok org cmpk smph dari tngkap kete.. Bnyk kali jugak nmpk dpn mata.. Selalunya plastik n tisu..

Lihat semua komen(18)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-10-2024 05:21 PM GMT+8 , Processed in 0.075694 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top