Foto : Butterkicap.com Menjelang hujung bulan, gaji pun dah semput-semput untuk minyak kenderaan pergi balik kerja. Dengan tolnya lagi, makan lagi. Waktu-waktu begini mulalah otak menjadi kreatif mereka resipi baru. Jom kita tengok senarai makanan TOP ketika hujung bulan! 1. Mi Segera
Foto - teach,travel & think Resipi yang tidak asing lagi untuk pelajar khususnya. Pelbagai resipi boleh diolah dari mi segera, seperti mi segera goreng, berkuah, dan murtabak mi segera pun ada tau! Foto - Living life soul Menu paling hebat sepanjang zaman! Sedap pun sedap. tak perlu tunggu hujung bulan pun boleh berselera makan, sedap sangat! 3. Nasi Bujang Foto - Berita Harian Teringat pula zaman mengaji di institusi pengajian tinggi, ketika duit habis untuk fotostat kerja kursus. Jika bertuah, dapatlah kaki ayam atau daging seketul dua. Jika tidak, daun bawang sajalah. 4. Biskut Kering cecah teh, milo atau kopi Foto - sahabat syurga Selalu dijamu ketika minum petang ketika berduit, tetapi boleh juga dijamah ketika hujung bulan. Sedap juga. Manis manis mcm tu. 5. Nasi goreng Foto - Nasi goreng Menu paling mudah serta datang dalam pelbagai variasi. Nasi goreng kampung, nasi goreng cina, nasi goreng belacan, pilih saja nak yang mana. 6.Telur Bistik Nasi Putih Foto - telur bistik Ada orang panggil telur bistik, ada juga panggil telur bungkus. Resipi pun mudah sangat, letak sayur-sayur sikit terus jadi menu sihat. Mudah sangat! 7. Sambal goreng ikan bilis Foto - Sambal ikan bilis Sambal ikan bilis ini kalau digoreng sehingga kering boleh tahan berminggu-minggu lamanya. Sangat membangkitkan selera makan dan memang ralit apabila dimakan bersama nasi putih serta telur goreng. 8. Sosej Foto - Sosej Sosej, kalau pandai dibeli boleh dapat murah saja! Contohnya di pasaraya Giant, boleh dapat satu pek dalam RM3 saja. Kemudian, boleh dibuat sambal sosej, sosej kicap, roti sosej. Memang enak dan jimat berbaloi-baloi! Pelbagai resipi boleh kita buat ketika kekurangan duit. Tiba-tiba otak menjadi terlebih kreatif. Kongsikan menu hujung bulan anda di ruangan komen! - CARI |
22
Bagus |
12
Marah |
13
Terkejut |
6
Sedih |
8
Lawak |
20
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ADVERTISEMENT