CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Terlalu Panjang Dan Kadang-Kadang Tiada Makna, Nama Anak-Anak Kini Tidak Menepati Panduan Islam?

13-8-2018 01:17 PM| Diterbitkan: awanearisu| Dilihat: 14104| Komen: 75|Original author: Oleh: CSuy

Sumber Foto: Pixabay / Facebook Nik Nizam Nasir

Panjangnya nama! Nak kena sebut semua ke?


Menerusi satu perkongsian di Facebook, seorang kakitangan Pejabat Agama Jajahan Tumpat, Kelantan telah menegur beberapa kecenderungan ibu bapa kini dalam menamakan anak.

Sumber Foto: Facebook Nik Nizam Nasir

Secara ringkasnya, berikut merupakan beberapa kesalahan yang kerap berlaku:

1. Letak nama Nur untuk anak perempuan. Sebenarnya Nur ni nama untuk lelaki.

2. Letak nama dlm isim faeil atau memberi erti nama. Pekerjaan. Contohnya macam Masyitah. Masyitah ini ertinya tukang sikat rambut atau halwani yang ertinya orang jual kuih.

3. Nama Zaleha. Zaleha ini sebenarnya tiada makna pun. Nama asalnya mungkin Zulaikha.

4. Nama yang dipendekkan boleh bertukar makna. Sebagai contoh,  Azani / Izani. Ada sahabat memanggilnya sebagai Abang Zani. Zani tu sendiri membawa erti yang tidak elok.

5. Ada juga nama yang membawa erti lain kalau salah sebut pendek atau panjang, seperti Jamaluddin dan Jamaaluddin. Kalau Jamaluddin ertinya unta agama /جمل الدين, kalau jamaaaludin جمال الدين pulak, dipanjangkan sikit jamaaal tu barulah maknanya kecantikan agama. Kes ni sama juga kalau salah sebutan seperti kadir dan qadir. Kalau kadir maknanya keruh tapi kalau Abdul Qadir maknanya hamba yangg Maha berkuasa. Kena ada beza antara qaf dan kaf.

6. Tak perlu letak nama seperti Bukhari, Nawawi, Baihaqi, Tirmidzi dan sebagainya. Itu semua nama tempat. Mungkin suatu hari org akan letak nama kelantani.

7. Nak letak nama tu bukan sahaja asalkan bahasa arab. Ada satu kes dulu nama dia muhammad alkhannas. Alkhannas ni bunyinya memang cantik, tapi maknanya anak syaitan. 

Meskipun perkongsian Facebook ini bertarikh Disember 2017, ia telah ditimbulkan semula di laman sesawang Reddit, r/malaysia.

Seorang pengguna Reddit berkongsi pengalamannya ketika menguruskan kertas peperiksaan pelajar Tahun 2. Nama yang terlalu panjang telah menyebabkan segelintir pelajar cilik memilih untuk tidak menulis nama penuh mereka. Beliau turut berkongsi satu insiden yang berlaku semasa pernikahan seorang kawan kepada adiknya yang menggunakan dua kad pengenalan.


Sumber Foto: Reddit

Selain itu, seorang lagi pengguna Reddit telah mendedahkan kesukaran yang sering dihadapi apabila berurusan dengan organisasi kerajaan asing di luar negara.


Sumber Foto: Reddit
Macam-macam hal! Jadi sebelum mengisi borang pendaftaran kelahiran, cuba fikir-fikirkan dahulu nasihat ini. Nanti anak-anak juga yang susah. -CARI


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Nana_Man 13-8-2018 01:29 PM
Ada yg nama anak panjang sgt tapi bin/binti Ali jer.. mcm nama anak sedara aku...
Ada nama anak panjang, pronounce mcm nama mat saleh tapi takde makne langsung..
Tapi nama yg paling panjang aku nmpk nama kawan aku yg kawin mualaf cina.
Ada nama melayu + nama cina.. = 6 perkataan in total..
Quote Mina2215 13-8-2018 01:32 PM
Jamaluddin ni common name. Maksudnya unta agama pulak ..
Quote evlinne 13-8-2018 01:42 PM
Percayalah ramai makpak trigger bila baca artikel ni sebab nama anak2 rupa desa dorang semua adalah seperti diatas pastu nanti alasan sama digunapakai "aku yg beranak ko yg panas"
Quote evlinne 13-8-2018 01:43 PM
Teringat ada forummer taknak namakan anak2 lakinya pangkal Muhammad sebab nanti kena tahan kat airport disangka terrorist

Hakikatnya mmg ramai meleis pangkal nama muhammad ni perangai hauk
Quote matkpop 13-8-2018 01:50 PM
ada sorang kawan mat, nama anak kemain. bebelit lidah nak sebut. urban sangat kalah nama2 anak sultan
Quote buapakperut 13-8-2018 01:54 PM
anak buah iols kemain nama sampai 4 perkataan maknya siap amik nama pelakon jendul delisha, sekali pangil baby ya saja.
Quote Foxey 13-8-2018 02:00 PM
Nama panjang2 ni kesian kat anak2 tu nanti, time exam nak tulis nama je, dah amik masa. Kan dah kurang tu masa untuk fikir jawapan exam...

Pastu, bila travelling, nak isi borang imigresen kat negara lain, payah woo...
Quote mieymiey 13-8-2018 02:05 PM
Makcik iols namakan anak bongsu sheols hasil gabungan nama 2 retis perempuan. Iols rasa mak budak tu mengaratkan retis ittewwww
Quote Sazida 13-8-2018 02:17 PM
Kawan iols letak nama ank dia mira filzah sbb bapak dia peminat tegar mira filzah. Aduduuu.,, meluat iols tgk, ada tu zara felisha la. Daniel rayyan la. Rayyan rizki la..,, ehh kdg tu sampai rasa mcm nk unfriend je.,, mujur  Husband iols   nanti nk tarukk nama anak yg  sesuai diguna sampai tua. Dia sendiri geli tgk nama budak2 skrg
Quote Sazida 13-8-2018 02:17 PM
mieymiey replied at 13-8-2018 02:05 PM
Makcik iols namakan anak bongsu sheols hasil gabungan nama 2 retis perempuan. Iols rasa mak budak tu ...

Uqasha dgn mira filzah ke chuolssss hihi
Quote mieymiey 13-8-2018 02:44 PM
Sazida replied at 13-8-2018 02:17 PM
Uqasha dgn mira filzah ke chuolssss hihi

Bukan chuols. Kalau iols sebut sini dan acik tu baca forum, confirm sheols tau
Quote fish 13-8-2018 02:48 PM
nama laki aku ada Nor
anak lelaki dia letak nur... lelaki je, anak perempuan takde
mula2 aku rasa mcm tak best je, tp lps baca artikel ni aku redha
Quote Sazida 13-8-2018 03:09 PM
mieymiey replied at 13-8-2018 02:44 PM
Bukan chuols. Kalau iols sebut sini dan acik tu baca forum, confirm sheols tau

HIHIHI..buat iols teruja nk tahu apa nama budak tuhhh.. mak dia mesti ngarok kalau retis pujaan dia kena kutuk...   
Quote CardiGans85 13-8-2018 03:15 PM
Nama saya dan adik beradik semua satu perkataan.

Tapi nama saudara terutamanya anak kakak saya, sampai 3 perkataan. Jenuh nak ingat masa mula2.
Quote mieymiey 13-8-2018 03:21 PM
Sazida replied at 13-8-2018 03:09 PM
HIHIHI..buat iols teruja nk tahu apa nama budak tuhhh.. mak dia mesti ngarok kalau retis pujaan di ...

Maunya dia tak ngarok, dah nama anak pun diinspirasikan dari nama retis retis itu
Quote zameyla 13-8-2018 03:45 PM
fish replied at 13-8-2018 02:48 PM
nama laki aku ada Nor
anak lelaki dia letak nur... lelaki je, anak perempuan takde
mula2 aku rasa  ...

hahaha....
bagus..bagus...
mesti laki ko dah khatam baca habis dah...

Quote Sazida 13-8-2018 05:15 PM
mieymiey replied at 13-8-2018 03:21 PM
Maunya dia tak ngarok, dah nama anak pun diinspirasikan dari nama retis retis itu

hahaha cer bg klu sikit. pelakon ke penyanyi ke hahaa,,ehh gigih beno nk tau retis yg jd sumber inspirasi tuu
Quote RatuDunia94 13-8-2018 06:03 PM
Letak je lah nama melayu x payah nk arab2 sgt..

Cthnya Baik Budi, Perkasa, Jujur, Amanah, Setia, Jelita etc..
Quote Kak-Leen 13-8-2018 06:05 PM
fish replied at 13-8-2018 02:48 PM
nama laki aku ada Nor
anak lelaki dia letak nur... lelaki je, anak perempuan takde
mula2 aku rasa  ...

Nama anak2 lelaki akak ada Nur. Dulu semua pertikaikan sbb diaorg kata tu nama perempuan. Akak buat x faham je sbb Ustaz yg akak rujuk tu kata itu nama lelaki. Name tag pun letak juga Nur. Ada kawan2 ejek diaorg. Yg bongsu pernah balik menangis sbb ada classmate dia dok la ejek kata nama perempuan mcm pondan. Akak ckp, dia jealous kot nama kita ada Nur.. Hehehehe

Lihat semua komen(75)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-11-2024 08:01 PM GMT+8 , Processed in 0.126455 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top