CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Kemaskini : Najib Dibenarkan Pulang Setelah Selesai Beri Keterangan

7-8-2018 03:28 PM| Diterbitkan: CARI-LTS| Dilihat: 5290| Komen: 32


Kemaskini : 6.30pm
Najib Dibenarkan Pulang Setelah Selesai Beri Keterangan 



Kredit Foto: Malay Mail

Setelah selesai memberi keterangan, bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak meninggalkan Akademi Pencegahan Rasuah Malaysia (MACA) yang bertempat di Persiaran Tuanku Syed Sirajuddin, Bukit Tunku kira-kira pukul 5.47 petang.

Difahamkan, Najib diminta hadir ke MACA bagi diambil keterangan selain mengambil notis perintah hadir ke Mahkamah esok.



Kredit foto: FMT

Memetik laporan The Utusan Online, bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sekali lagi diminta hadir ke pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) untuk lanjutan soal siasat pada pukul 5 petang ini.

Manakala Malay Mail melaporkan, Najib berkemungkinan ditahan reman dan terpaksa bermalam di pejabat SPRM pada malam ini. 

Dijangkakan beliau akan dibawa ke Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur esok untuk berdepan pertuduhan bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001.

4 Julai lalu, beliau telah ditangkap dan dihadapkan ke mahkamah atas tiga pertuduhan pecah amanah dan satu pertuduhan salah guna kuasa.- CARI
33

Bagus
16

Marah
22

Terkejut
42

Sedih
22

Lawak
30

Bosan

Friends Rank (165 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote hyie 7-8-2018 02:29 PM
acik2 dah boleh lah standby duit derma yach
Quote EJALTI 7-8-2018 02:46 PM
Edited by EJALTI at 7-8-2018 06:48 AM

Najib dipanggil SPRM lagi
http://www.mstar.com.my/berita/b ... 8/08/07/najib-sprm/

Diterbitkan: Selasa, 7 Ogos 2018 2:04 PM


Gambar fail Najib Tun Razak. Foto Reuters

PUTRAJAYA: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sekali lagi memanggil bekas perdana menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk disoal siasat.

Sumber SPRM mengesahkan bahawa mereka meminta Najib untuk hadir ke pejabat mereka di Jalan Duta, Kuala Lumpur pada pukul 5 petang Selasa.

Bagaimanapun, mereka enggan mengulas ketika ditanya mengapa bekas perdana menteri itu dipanggil sekali lagi.

Tidak dipastikan sama ada beliau diminta hadir ke pejabat SPRM untuk disoal siasat berhubung siasatan membabitkan dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB) atau kes SRC International.

Terdahulu pada Selasa, beberapa gambar kenderaan Najib meninggalkan kediamannya di Langgak Duta tular, sehingga menimbulkan pelbagai spekulasi di media sosial.

Pada 4 Julai lalu, Najib didakwa dengan tiga pertuduhan pecah amanah dan satu pertuduhan salah guna kuasa, membabitkan wang dari 1MDB.

Beliau mengaku tidak bersalah terhadap semua pertuduhan tersebut.

Pertuduhan berkenaan membabitkan wang berjumlah RM42 juta yang didakwa dari SRC International disalurkan ke akaun bank peribadi Najib.
Quote pyropura 7-8-2018 03:47 PM
So ok yer penyesal2 Umngong yang dok sebok tanya bila nak dakwa, bila nak dakwa... pitenah pitenah .... Puas ati?  .... @tobby @harizs @JohnnySins @jcopy
Quote jcopy 7-8-2018 03:50 PM
basi

wartawan pun dah malas nak berkampung kat simpang jln rumah najib

Quote dodolgemokgila 7-8-2018 03:50 PM
Syukur kena panggil lagi, boleh tgok cacai berkumpul depan opis SPRM.
Quote ResellerMaxis 7-8-2018 03:50 PM
Kes pipeline ar ni
Quote dodolgemokgila 7-8-2018 03:51 PM
pyropura replied at 7-8-2018 03:47 PM
So ok yer penyesal2 Umngong yang dok sebok tanya bila nak dakwa, bila nak dakwa... pitenah pitenah . ...

Mereka menyesal undi pakatan katanya. Kahkahkah
Quote jcopy 7-8-2018 03:51 PM
yg wang haram tu dana freemason support pakatan tumbangkan BN


“Amerika Salur Dana Kepada Parti Pembangkang Sejak Tahun 2002”

Quote pyropura 7-8-2018 04:05 PM
Edited by pyropura at 7-8-2018 04:06 PM
jcopy replied at 7-8-2018 03:50 PM
basi

wartawan pun dah malas nak berkampung kat simpang jln rumah najib


Jangan lupa kutip tabong tin milo yer, duit lebih nanti boleh pakai untuk anak Najib Umno liberal  togok red wine dan nutoh amoi Tewan berak tak cebok @tobby @harizs @JohnnySins
Quote Maideen. 7-8-2018 04:06 PM
dodolgemokgila replied at 7-8-2018 03:51 PM
Mereka menyesal undi pakatan katanya. Kahkahkah

Prrrrrrrrrrrrrrrrpfffftght
Quote jcopy 7-8-2018 04:07 PM
basi la

fitnah kes 1mbd, masuk mahkamah kes ntah apa apa ntah

dokumen pun tak siap

lalat taik tul la

Quote zidane_ziege 7-8-2018 04:09 PM
So macai dh boleh buat tabung percuma najib yg baru..
Quote badaksumbu 7-8-2018 04:11 PM
isu najib dah tak laku utk divert attention. kesian kerajaan ph yg bodo dgn menteri2 kabinet yg bodo

Quote badaksumbu 7-8-2018 04:12 PM
esok sebutan kes src 42 juta kan?
Quote Maideen. 7-8-2018 06:35 PM
Edited by Maideen. at 7-8-2018 06:43 PM

Kita harap Lokman Noor Adam yang baru sahaja kalah di Sungai Kandis akan sekali lagi hadir di mahkamah untuk memimpin choir UMNO menyanyikan lagu:

"Allah selamatkan kamoooo....Allah selamat kan kamoooooooooo....Allah selamatkan Haji Najib Razak....Allah selamatkan kamoooooooooooooooooooooooo....."

Kita juga berharap OCPD Sentul Tuan Munusamy akan suroh Lokman Noor Adam diam dan menghalau mereka!

Tuan Munusamy menceritakan kepada anggotanya bagaimana dia menghalau Lokman Noor Adam dan choir UMNO semasa Najib pertama  kali dituduh dimahkamah dahulu.
Quote dodolgemokgila 7-8-2018 06:53 PM
badaksumbu replied at 7-8-2018 04:11 PM
isu najib dah tak laku utk divert attention. kesian kerajaan ph yg bodo dgn menteri2 kabinet yg bodo ...

Shuhhh pergi kutip derma la woi. Pergi korek emas lagi utk bagi kat najib. Plsssss
Quote R2D2 7-8-2018 06:58 PM
tak pakai tshirt oren?
Quote nbtech78 7-8-2018 06:59 PM
drama panggilan SPRM aje ni lebih...
Quote Maideen. 7-8-2018 09:51 PM
Esok nak kena dakwa lagi.....mungkinkah malam ini tok bomoh akan dipanggil untuk membaca jampi serakah untuk Najib seperti ini? Sama samakita renungkan.

Lihat semua komen(32)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 12:24 AM GMT+8 , Processed in 0.057363 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top