Tidak dapat dinafikan kos sara hidup sekarang semakin meningkat. Harga rumah melambung tinggi, dan masih ramai yang masih belum mampu untuk membeli rumah rumah dan terpaksa menyewa. Sewa rumah juga bukanlah murah lebih-lebih lagi apabila tinggal di bandar. Kereta pula menjadi keperluan apabila sudah berumah tangga dan mempunyai anak. Itulah orang kata, apabila sudah berkahwin, tanggungjawab dan komitmen semakin besar demi memenuhi keperluan seisi keluarga. Seorang pengguna twitter telah memuat naik status tentang hakikat yang perlu diterima apabila seorang itu sudah dewasa lebih-lebih lagi apabila sudah berkahwin. Sekiranya pendapatan bulanan tidak begitu besar tetapi keperluan hidup semakin mahal, seseorang itu terpaksa berkorban dari pelbagai segi dan perlu mencari pendapatan sampingan bagi memenuhi segala keperluan hidup. Duit gaji bulanan yang baru diterima boleh habis dalam masa beberapa minit sahaja.
Rata-rata netizen sama ada yang sudah berkahwin ataupun belum berkahwin bersetuju dengan status twitter lelaki ini. Setiap orang mempunyai komitmen tersendiri dan dalam beberapa minit sahaja, gaji yang mereka dapat boleh habis kerana membayar komitmen setiap bulan. Itulah hakikat yang terpaksa netizen terima dan berusaha untuk mendapatkan lebih wang. Ada netizen yang belum berkahwin mula takut untuk mendirikan rumah tangga. Mereka risau sekiranya mereka tidak mampu menunaikan tanggungjawab sebaiknya kepada isteri dan anak-anak mereka. Iyalah, semasa hidup bujang pun duit mereka hanya cukup-cukup untuk keperluan dirinya, inikan pula untuk menanggung keperluan seisi keluarga. Orang bergaji besar pun masih tak cukup duit Gaji yang besar juga belum tentu cukup bagi sesetengah netizen kerana ada pepatah "semakin besar periuk, semakin besar keraknya". Apa-apa pun kenalah bersyukur dengan rezeki yang ada dan sentiasa berusaha untuk memperbaiki tahap kehidupan kepada yang lebih baik. Setuju tak? - CARI |
14
Bagus |
19
Marah |
15
Terkejut |
7
Sedih |
8
Lawak |
13
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
nishikido replied at 8-8-2018 01:55 PM
Normal lah ni..lagi sadis,ko anak sulong..hari pertama gaji separuh bagi parents and adik2, another ...
eyansss replied at 8-8-2018 05:28 PM
insya Allah, akan dapat nanti tu rezeki terpijak kat ko...
teringat Dr Fadzilah Kamsah cerita n ...
nishikido replied at 8-8-2018 06:11 PM
Hehe.. insha'Allah sis..tak mintak balasan pon cuma mintak dorang banggakan dan limpahkan kesenang ...
nishikido replied at 8-8-2018 01:55 PM
Normal lah ni..lagi sadis,ko anak sulong..hari pertama gaji separuh bagi parents and adik2, another ...
ADVERTISEMENT