Tidak lengkap kehidupan artis tanpa kehadiran peminat dan 'haters' yang menjadi pemangkin kerjaya mereka. Tidak kira sama ada positif atau negatif, semuanya itu adalah asam garam dunia seni. Sementelah mempunyai kelab peminat adalah satu kebiasaan yang dilakukan oleh peminat yang meminati artis pujaan mereka. Namun, jarang sekali mendengar sekelompok 'haters' bergabung membentuk kelab bagi melaporkan segala kesilapan artis tersebut di media sosial. Tetapi, ini yang berlaku terhadap penyanyi Haqiem Rusli yang sangat popular dengan 'mild depression'nya. Apakah tujuan puak 'haters' ini sebenarnya? Pelbagai profil diwujudkan demi memastikan kelab Lembaga Aduan Haqiem Rusli (LAHAR) berjalan lancar. Sampai macam tu ya? Antara agenda mereka ialah membuat bantahan. Dah kenapa? Bagi ahli Lahar mereka sudah jemu dengan kisah Haqiem yang tidak berkesudahan. "Menegur jangan sampai menghina." - Itu teguran peminat Haqiem yang merasakan kewujudan Lahar ini sengaja mahu menjatuhkan kerjaya Haqiem Ya, gerakan anti Haqiem Rusli digiatkan secara besar-besaran di Twitter. Sedikit kesilapan yang dilakukan penyanyi 'Tergantung Sepi' ini pasti dibincangkan di dalam kelab. Ia agak kasar bagi peminat Haqiem sendiri namun jika Haqiem boleh mengatasi cabaran ini, pastinya dia mampu menangkis dakwaan tersebut dan lebih maju ke hadapan. - CARI |
7
Bagus |
5
Marah |
9
Terkejut |
13
Sedih |
11
Lawak |
16
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
kakasotong2 replied at 9-8-2018 03:13 PM
Baca kt igs kakbamsepit psl LAHAR ni. So heshe la founder nya?
Orix replied at 9-8-2018 03:55 PM
Tak pasal2 tokpit lantik iols jd wakil LAHAR di porem cari yach
EvieWanKenobi replied at 9-8-2018 03:45 PM
sibuk je cari salah orang..
kakasotong2 replied at 9-8-2018 03:13 PM
Baca kt igs kakbamsepit psl LAHAR ni. So heshe la founder nya?
ADVERTISEMENT