Meriahnya Minggu Fesyen Kuala Lumpur yang berlangsung sepanjang minggu lalu. Dapat dilihat artis sedaya-upaya ingin menonjol dengan rekaan fesyen terkini supaya kelihatan luar biasa dan menjadi perhatian. Bukan sahaja hadir sebagai penonton, ramai selebriti terkenal turut menjadi pereka yang mewarnai pentas peragaan. Tidak pernah tercicir dari senarai Minggu Fesyen Kuala Lumpur, Fazura yang menggunakan jenama House Of Doll beberapa tahun dahulu kini tampil sebagai fazbulous dengan tema Euphoria pada tahun ini.
Euphoria bermaksud kegembiraan yang mengujakan ditampilkan oleh Fazura pada rekaan sofistikated dan pemilihan warna terang seperti jingga, kuning dan merah pada rekaannya. Menurut Fazura, dia cuba menyampaikan perasaan gembira, ceria dan teruja yang dirasainya saat ini pada koleksi pakaian yang dipamerkan. Peragaan koleksi Fazura pada malam tersebut mendapat tepukan gemuruh daripada hadirin apabila gimik akhir yang dilakukan berjaya mengejutkan audiens. Ramai yang melabelkan gimik tersebut sebagai seperti tahap antabangsa dan ada yang mahu Fazura terus maju sehingga ke pentas fesyen New York!
|
11
Bagus |
13
Marah |
34
Terkejut |
16
Sedih |
25
Lawak |
26
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
kucingitam replied at 13-8-2018 03:28 PM
yang komen tak sanggup nak tengok tu, pi tgk buat apa? bak kata abil..please unfollow
ADVERTISEMENT