CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

67 Peratus Rakyat Malaysia Puas Hati Dengan Kerajaan PH

16-8-2018 10:35 AM| Diterbitkan: CARI-LTS| Dilihat: 2743| Komen: 23

Sempena genap 100 hari pentadbiran Pakatan Harapan pada hari ini, satu tinjauan pendapat yang dijalankan Merdeka Center baru-baru ini mendapati seramai 67 peratus rakyat Malaysia berpuas hati dengan kerajaan pilihan mereka.


Kredit foto:  carian internet

Setakat Ogos 2018, 67 peratus akui mereka berpuas hati dengan prestasi kerajaan. Namun perangkaan itu jauh lebih rendah berbanding peringkat awal peralihan kuasa, apabila 87 peratus berasa puas hati.

Memetik laporan Astro Awani, penerimaan rakyat terhadap Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad menunjukkan 71 peratus setuju dengan pentadbirannya namun jumlah itu lebih rendah berbanding 83 peratus selepas Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) pada Mei.

Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Dr Wan Azizah Wan Ismail mendahului senarai menteri yang diterima baik oleh rakyat pada kadar 75 peratus.


Ia diikuti dengan Menteri Hal Ehwal Ekonomi Mohamed Azmin Ali (64 peratus), Menteri Dalam Negeri Muhyiddin Yassin (62 peratus) dan Menteri Kewangan Lim Guan Eng (60 peratus).

Astro Awani turut melaporkan, kos sara hidup kekal sebagai kebimbangan utama. 55 peratus responden tidak berpuas hati dengan cara kerajaan menguruskan aspek itu.

Turut menjadi kerisauan adalah hal berkenaan melindungi hak dan kepentingan Melayu dan Islam yang membabitkan kurang 50 peratus responden menyatakan mereka tidak berpuas hati.- CARI
18

Bagus
16

Marah
13

Terkejut
13

Sedih
14

Lawak
19

Bosan

Friends Rank (93 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote grouper 16-8-2018 10:59 AM
Jgn buat pitnah.. ramai org dh x suka ph x sabar nk tggu next pru nak pangkah bn balik amik najib jd pm..
Quote dizekni 16-8-2018 11:03 AM
Edited by dizekni at 16-8-2018 11:04 AM

Sebut 67 peratus RESPONDEN  dah la

kebetulan yang diselidik tu sebahagian kecil rakyat malaysia

bukan mewakili keseluruhan RAKYAT

agak2 la nak syok sendiri pun
Quote zamzam 16-8-2018 11:04 AM
kalau minyak turun aku puas hati. xsabar nak pangkoh ph pru 15.
Quote lalasahaja 16-8-2018 11:49 AM
Edited by lalasahaja at 16-8-2018 11:51 AM

Merdeka Center ni dapat dana daripada Soros. Gang2 yang berusaha nak menaikkan PH. Gang2 IRI gk.
https://www.thestar.com.my/news/nation/2016/11/01/soros-kept-tabs-on-our-polls-leaked-document-shows-controversial-tycoons-interest-in-msian-politics/
Quote rospinki 16-8-2018 11:51 AM
sapa 65% yg diorg servey tu ya?

aku pasti mata sepet tu je yg beriya2
Quote alesandra 16-8-2018 11:54 AM
eleh selama ni merdeka centre tu tak jadi masalah bagi macai umngok.dah ph skrg jadi kerajaan..haruslah survey pasal ph.apa barang survey psl bn,najib lagi
Quote julia5094 16-8-2018 12:02 PM
Tak tau pun pasal survey tu...i don't buy it...
Quote kerunai 16-8-2018 12:24 PM
Quote JohnnySins 16-8-2018 12:33 PM
tak pernah pun sapa2 survey aku...pahal lak aku termasuk dalam 67 percent tu? wakakakakakakkaaka
Quote precious_chicas 16-8-2018 12:48 PM
grouper replied at 16-8-2018 10:59 AM
Jgn buat pitnah.. ramai org dh x suka ph x sabar nk tggu next pru nak pangkah bn balik amik najib jd ...

i tau ini sarcasm
Quote pyropura 16-8-2018 12:48 PM
dizekni replied at 16-8-2018 11:03 AM
Sebut 67 peratus RESPONDEN  dah la

kebetulan yang diselidik tu sebahagian kecil rakyat malaysia

Jek, cer bagi aku contoh badan survey independent mana kat dunia ni yang buat survey pada semua penduduk negara itu
Quote rosasen 16-8-2018 02:49 PM
survey mana weh..awat xtau ponnn
Quote akusukaq 16-8-2018 03:11 PM
dizekni replied at 16-8-2018 11:03 AM
Sebut 67 peratus RESPONDEN  dah la

kebetulan yang diselidik tu sebahagian kecil rakyat malaysia

kalu libatkan seluruh rakyat mungkin 30% je yg sokong gomen ph kaki kenceng ni
Quote tri-max 16-8-2018 03:15 PM
apsal aku tak terima apa2 polls pon
aduhhhh kebasahan lagi aku petang ni
Quote harisbee 16-8-2018 03:21 PM
macam mana nak participate dlm survey ni...dpt gift tak?
Quote dizekni 16-8-2018 03:43 PM
akusukaq replied at 16-8-2018 03:11 PM
kalu libatkan seluruh rakyat mungkin 30% je yg sokong gomen ph kaki kenceng ni

biasa la PHitnah survey sembang lebat syok sendiri

babi pun boleh terbang


Quote RatuDunia94 16-8-2018 08:42 PM
Responden 100 orang pastu dan2 mewakili semua rakyat malaysia..
Quote mjla 16-8-2018 09:53 PM
Lam porum ni temasuk tobi semua sokom PH
Tak perlu buat poll pung
Quote noor2 18-8-2018 07:04 AM
Aku yakin kalau depa survey pasal umno dan najib. ...90% atau 100%  rakyat suka. ...



Haha. ...

kesian betul aku dgn penyokong umno ni...

Lihat semua komen(23)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

31-10-2024 07:30 PM GMT+8 , Processed in 0.050592 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top