Seorang budak lelaki berusia dua tahun mencetuskan kebimbangan orang ramai selepas beberapa keping gambar dirinya menghisap rokok tular di media sosial.
Aksi Rapi Ananda Pamungkas yang selamba memegang rokok sambil menghembus asap itu dirakam di gerai milik ibunya di Sukabumi, Indonesia. Laporan media tempatan menyatakan budak tersebut mengalami ketagihan dan mampu menghisap sehingga satu kotak dalam sehari. Ibunya, Maryati, 35 berkata, "Pada mulanya, dia kutip puntung rokok di lantai, sekarang dia dah pandai hisap pula. "Saya beri sahaja sebab tak mahu dia meragam dan mengamuk.
"Dia tak akan tidur dan mengamuk serta menangis sehinggalah saya beli rokok untuknya setiap hari." Setiap kali mahu menghalangnya, Maryati dan suami, Mishabudin terpaksa berdepan dengan amukan anaknya. Sementara itu, si bapa yang juga seorang perokok kagum dengan kebolehan anaknya. "Saya pun tak merokok sebanyak itu. Saya merokok di tempat kerja sahaja." Bagaimanapun pasangan tersebut memohon bantuan orang ramai dan pakar kesihatan untuk mengatasi ketagihan anaknya. -CARI
|
15
Bagus |
14
Marah |
25
Terkejut |
24
Sedih |
21
Lawak |
26
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
missDollie replied at 16-8-2018 10:58 AM
Tengok mak nya teringat gambar senyum ngeri zuraida.. budak ni aku tengok pun rasa nak lempang
ADVERTISEMENT