CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Solat Hanya Berdiri Tegak, Ajaran Sesat Yayi Dari Singapura Mula Masuk Malaysia

20-8-2018 10:39 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 5438| Komen: 19

Sebuah kumpulan ajaran sesat yang dikenali sebagai ajaran Yayi dipercayai mula berkembang di Singapura dan mula menyusup masuk ke Johor.

Antara ajarannya adalah solat sekali dalam sehari, tiada batasan waktu dan tidak perlu menghadap arah kiblat, selain seruan memanggil nama guru.

Harian Metro melaporkan, ajaran ini juga menyifatkan al-Quran sudah dicemari dan mengarahkan semua pengikutnya menghapuskan serta melupakan semua isisnya.


Jawatankuasa Fatwa Negeri Johor (JFNJ) memutuskan ajaran yang diasaskan oleh seorang wanita Singapura, Farida Jayus sebahai menyeleweng dan terkeluar dari Islam.


JFNJ menyeru agar pengikut kumpulan tersebut supaya bertaubat.

Majlis Ugama Islam Singapura (MUIS) membuat keputusan bahawa amalan menerusi ajaran Yayi melanggar syariat Islam.

Namun pihak berkuasa republik tersebut tidak dapat menahan pengasasnya tapi pemantauan terus dilakukan.

Perkara tersebut didedahkan oleh seorang pengadu bernama Amin.

Ajaran berkenaan bukan saja meruntuhkan akhlak malah mendesak pengikut membuat sumbangan tetap untuk membiayai gerakan songsang mereka.

“Ada pengikut bercerai-berai, malah ada isteri menggunakan sihir penunduk kepada suami. Ini saya peroleh daripada beberapa bekas pengikut mereka.

“Bekas pengikut mereka berjumpa saya dan menunjukkan beberapa klip video termasuk ritual solat yang perlu diamalkan pengikut ajaran terbabit."

Bekas pengikut aharan tersebut juga solat mereka hanya berdiri tegak sahaja.

Kredit foto: Facebook
Mereka juga mempunyai anggapan bahawa ketua adalah jelmaan Tuhan dan  turut mengubah suai rukun dalam solat termasuk lafaz dua kalimah syahadah.

“Bacaan di dalam solat ajaran ini disusun ketua mereka yang dipanggil dengan nama Yayi dan pengikut diwajibkan melupakan surah atau doa yang dihafal.

“Saya mengemukakan aduan ini kerana bimbang segelintir masyarakat tertarik dengan kumpulan itu sedangkan apa yang dibawa ketua mereka bertentangan dengan Islam.' -CARI
10

Bagus
12

Marah
9

Terkejut
12

Sedih
5

Lawak
11

Bosan

Friends Rank (59 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote HujanBatuTiga 20-8-2018 11:41 AM
Kalau iye pun nk buat ajaran agama baru yg kau pegi edit solat org Islam tu kenapa. Siap pakai telekung segala.
Quote mjla 20-8-2018 11:43 AM
Ajaran sosek mano lak ni
Quote matkpop 20-8-2018 12:49 PM
Yayi pun boleh. kenapa tak Tayik je
Quote kroit92 20-8-2018 12:50 PM
  ketar lutut baca amalan diorang
Quote samasam90 20-8-2018 12:51 PM
matkpop replied at 20-8-2018 04:49 AM
Yayi pun boleh. kenapa tak Tayik je

bunyi indon gitchew
Quote matkpop 20-8-2018 12:53 PM
samasam90 replied at 20-8-2018 12:51 PM
bunyi indon gitchew

pprt sangat!
Quote reddots 20-8-2018 01:17 PM
ingatkan tadi jemaah Kerajaan Ubur-Ubur kat tanah seberang tu... baru jer 3-4 hari lepas terbongkar ngan kerajaan ubur-ubur ni

Quote cammie1711 20-8-2018 02:24 PM
baik ko sembahyang jenazah je kak. berdiri je xyah rukuk x yah sujud.

kalau dh kalimah syahadah pun ko edit, xyah mengaku islam la kak.
Quote palmolive 20-8-2018 04:56 PM
makan tak cukup sekali sari..
bab solat ikut suka dia
Quote ipin 20-8-2018 05:03 PM
bukan ka memang sudah ada ramai yg sesat di malaysia..
langsung tak semayang..  bangga lagi sbb sesat..

dan perasan macam bagus..
padahal belajar agama di takida kemas sj..  
Quote jcopy 20-8-2018 05:11 PM
palmolive replied at 20-8-2018 04:56 PM
makan tak cukup sekali sari..
bab solat ikut suka dia

apa yang kau merepek ni samdol??

smiskin cma kau je makan sekali sehari.

orang puasa pun makan dua tiga kali sehari.


Quote batmana 20-8-2018 05:13 PM
ni pmpn ke lbgt ? konfuse gua
Quote batmana 20-8-2018 05:14 PM
ni pmpn ke lbgt? konfuse gua
Quote palmolive 20-8-2018 05:23 PM
tak sangka aku pesakit wad psikitri pun leh access internet
Quote jcopy 20-8-2018 05:30 PM
palmolive replied at 20-8-2018 05:23 PM
tak sangka aku pesakit wad psikitri pun leh access internet

kau tu sakit mental kurang

menda ntah makan sekali sehari pi kait dgn solat sesuka hati




Quote palmolive 20-8-2018 05:32 PM
tak sangka ada orang sanggup mengaku...
Quote jcopy 20-8-2018 05:35 PM
palmolive replied at 20-8-2018 05:32 PM
tak sangka ada orang sanggup mengaku...

bodoh kau ni

pembawa ajaran sesat.

kalau makan sehari sekali, dah boleh solat sesuka hati.

ntah sapa la ajar kau agama.


Quote tom2 21-8-2018 03:47 PM
nape la buang nikmat sujud.sujud paling best2. tambah2 time tu berdoa kat Allah
Quote andygila 21-8-2018 04:14 PM
Rujuk balik kepada Al Quran. The definitive word on praying!

Lihat semua komen(19)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

31-10-2024 01:25 PM GMT+8 , Processed in 0.046974 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top