Menurut Kementerian Pengangkutan dalam satu kenyataan hari ini, nombor plat pendaftaran kenderaan khas ‘Malaysia 1’ telah dibida pada harga RM1,111,111 atau RM1.11 juta sekali gus menjadi nombor tertinggi pernah dibida dalam sejarah.
Memetik laporan Malaysiakini, Menteri Pengangkutan berkata jumlah jualan kesemua 10 nombor khas tertinggi bagi ‘Malaysia’ adalah bernilai RM3.6 juta. "Hari ini kita buktikan dengan hanya 10 nombor sahaja, kita boleh raih RM3.6 juta." Anthony Loke berkata demikian di sidang media yang diadakan untuk mengumumkan hasil pembidaan bagi siri nombor pendaftaran khas 'Malaysia', yang dikeluarkan oleh kementerian itu bersempena dengan bulan Merdeka siang tadi.
Tambah beliau, "ketirisan" berlaku apabila kerajaan, ketika di bawah pentadbiran BN sebelum ini mengeluarkan nombor khas itu kepada badan bukan kerajaan dan syarikat untuk dijual dengan harga tender sebanyak RM1 juta bagi setiap siri. "Kerajaan kehilangan kira-kira RM100 juta dari segi pendapatan hasil pembidaan nombor pendaftaran khas kenderaan di bawah pentadbiran BN terdahulu." Sementara itu, beliau berkata, nombor pendaftaran ‘Malaysia 2020’ dikhaskan bagi kegunaan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad untuk kenderaan rasminya.- CARI
|
21
Bagus |
14
Marah |
33
Terkejut |
28
Sedih |
25
Lawak |
18
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
rashiman replied at 24-8-2018 04:33 PM
RM100 juta tak hilang, Itu cara kerajaan nak bantu NGO2 mendapatkan dana untuk memberi khidmat kpd ...
ADVERTISEMENT