CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Ibu Tak Mampu Urus, Anak-Anak Hidup Dalam Rumah Penuh Sampah Busuk

27-8-2018 01:04 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 19260| Komen: 194|Original author: Myra Rozi

Keadaan luar rumah tidak terurus dan dipenuhi sampah yang busuk mengundang reaksi kurang senang kepada jiran sekeliling.

Rumah yang didiami lima beranak di Taman Melur, Padang Serai di sini menjadi perhatian apbila penghuninya pasrah tinggal dalam sampah.


Tinjauan Sinar Harian mendapati, tiga beradik berusia dua, lima dan lapan tahun bergadai nyawa tinggal dalam keadaaan jijik sebegitu.

Terdapat tilam lusuh yang dipenuhi sisa sampah dihampar di ruang tamu selain pakaian tidak dibasuh penuh di setiap ruang rumah.

Kredit foto: Facebook
Ruangan dapur juga dipenuhi dengan pakaian, periuk dan pinggan mangkuk yang tidak dibasuh.

Bagaimanapin penghuninya, Sariah Ahmad, 38, mempunyai alasannya yang tersendiri.

"Saya tak mampu nak uruskan rumah sendiri, selain kurang berkemampuan untuk menghias rumah.

"Nak beli tilam baru untuk anak-anak tidak mampu. Kami hanya makan beli dari kedai sahaja, tidak masak.

"Kadang-kadang air pun tak ada, susah saya nak basuh atau masak,"

Sementara itu, Pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Kulim, Mohamad Zarir Mohamad Khozali berkata, 

"Kita ada bagi bantuan elaun sara hidup setiap bulan untuk bantu ringankan beban, tapi mereka ini suka berpindah.

"Aktviti bergotong-royong di rumah mereka telah dilakukan beberapa kali namun keadaan kembali kotor semula kerana tidak dijaga."

JKM juga memberi tempoh satu minggu untuk ibu bapa kepada tiga anak itu memastikan rumah mereka bersih selepas gotong-royong diadakan.

"Kalau mereka gagal kita akan ambil dan letakkan anak mereka di bawah jagaan JKM sepenuhnya.

"Anak sulung mereka yang berusia lapan tahun juga akan dihantar ke sekolah."

Penyelaras Parlimen Padang Serai, Hazim Selimin pula"Kita dengan bantuan sukarelawan, Pejabat Kesihatan Daerah Kulim dan JKM telah bersama membersihkan rumah keluarga ini supaya ia bersih dan selesa dihuni.

"Kita harap keluarga ini mempunyai sikap untuk menjaga kebersihan diri bagi mengelakkan pelbagai penyakit." -CARI
27

Bagus
34

Marah
19

Terkejut
31

Sedih
32

Lawak
23

Bosan

Friends Rank (166 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote nenekglamer 27-8-2018 01:09 PM
Ambik je la budak2 tu. Mak macam ni mmg xlayak ada anak.
Quote taikor 27-8-2018 01:12 PM
Mana bapak
Quote helle 27-8-2018 01:15 PM
Loye tekak tgok pic..pengotor pemalas
Quote raxief 27-8-2018 01:19 PM
bole plak duduk dlm sampah sarap mcm tu... eiii, aku seboleh-boleh nak cantikkan umah ala2 showroom ikea
Quote HanaAmani 27-8-2018 01:20 PM
Ni 2x5 dengan kes aritu..yang ni, rumah sewa besar, bukan tinggal kat pondok pun..

Ada beza antara susah dan pengotor
Quote MeMeimei 27-8-2018 01:21 PM
ni kes pemalas.. bknnya oku tak mampu urus rumah
Quote HanaAmani 27-8-2018 01:22 PM
Tak mampu hias rumah, takpe..takkan tak mampu buang sampah, kumpul dalam plastik, letak kat luar ke..bakar ke..humban dalam lubang sampah ke..
Mula lah i nak mencarut..haisshhh
Quote joy_ah 27-8-2018 01:24 PM
Kurang kemampuan tapi makan kedai.
Pemalas.
Amik je anak depa tu
Quote jcopy 27-8-2018 01:26 PM
sariah ahmad ni mesti antara yg setuju br1m dihapuskan, biar susah janji najib tumbang fikirnya

Quote famri7 27-8-2018 01:28 PM
Yahudi lah kan ni sister? Sebab katanya dlm isle kebersihan seapruh drpd iman..ahh pening saya fikir..tgk nama mcm ummah firdausi tapi ..eh..adoi eh..pah geno ?
Quote aechae 27-8-2018 01:30 PM
Astaghfirullahalazim....ingatkn maknya lumpuh ke apa... baik lah ko duk bwh jambatan kak oiii
Quote missDollie 27-8-2018 01:30 PM
Remind of me berita kat serambi yang rumah penuh sampah tu..anak pulak main lopak air ke ape ntah..mak pulak penagih..ntah2 cikki ni pun sama penagih jugak..lain macam jer pemalas nye..
Quote aechae 27-8-2018 01:33 PM
Mohon check mental parents tu skali..smbil pisahkn aje anak2 letak kt JKM

Pastu bg probation kt parents smpai dh ada tmpt tggal senonoh sket bru dpt amek blk anak

X paham aku org cenggini boleh plak kawin beranak pinak. Laki nya nk plak bini cmni??
Quote minguk 27-8-2018 01:33 PM
Edited by minguk at 27-8-2018 01:34 PM

dia lain tau tak mampu dengan malas dan pengotor!!!!
Quote aechae 27-8-2018 01:34 PM
famri7 replied at 27-8-2018 01:28 PM
Yahudi lah kan ni sister? Sebab katanya dlm isle kebersihan seapruh drpd iman..ahh pening saya fikir ...

Animisme mgkin...sembah pokok ke busut ke..
Quote Artemesiaa 27-8-2018 01:35 PM
Kalau dah beberapa kali kemas tapi kembali jadi teruk sebegitu semula terserlah kemalasannya disitu
Quote K_Lily 27-8-2018 01:38 PM
dasar pemalas.. amik jer la anak-anak tu..
Quote kikuri 27-8-2018 01:38 PM
ni pemalas namanya... rumah aku pun takdelah hias cecantik tapi rajinlah kemas kemas apa yang patut... ni memang dasar pengotor pemalas
Quote matkpop 27-8-2018 01:39 PM
pengotor nya. geli seh

Lihat semua komen(194)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-11-2024 09:06 AM GMT+8 , Processed in 0.119439 second(s), 51 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top