Bayangkan jika pada tengah malam anda sedang menunggang motosikal seorang diri, tiba-tiba terserempak pocong bermata merah bersandar di tepi simen jambatan.
Itu antara gangguan misteri yang dialami seorang pemuda yang sedang menaiki motosikal bersendirian melalui di jalan pintas menghala ke Pasir Jelatang bawah jambatan Kampung Pasir Hor malam kelmarin. Memetik laporan Sinar Harian, pemuda dikenali sebagai Nik Afnan itu berkata, ketika kejadian dia hampir terjatuh dari motosikal kerana terkejut melihat pocong muncul di depan mata. “Saya kemudian memecut motosikal ke arah pondok KRT (Kawasan Rukun Tetangga) untuk meminta pertolongan penduduk kampung."
Tambahnya, bagi mengenal pasti kesahihan pocong itu, dia bersama penduduk yang sedang berkawal malam bergegas semula ke tempat pocong ditemui. Dan mendapati pocong yang dilihat itu sebenarnya adalah kayu yang dibalut dengan kain berwarna putih dan diwarnakan cat merah pada mata menyerupai pocong. “Selepas tahu pocong itu hanya mainan 'budak nakal', kami membakar patung itu bagi mengelak orang ramai takut untuk melalui kawasan ini.”- CARI
|
24
Bagus |
24
Marah |
29
Terkejut |
32
Sedih |
15
Lawak |
26
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
manehnya replied at 28-8-2018 02:46 PM
nakal betui sapa yg buat tuuhhh.. x dak keleja
Aerhys replied at 28-8-2018 03:12 PM
Tengok sekali imbas je dah tahu fake... Kayu yg dibungkus kain. Mungkin semasa dia lalu kawasan tu a ...
chazey replied at 28-8-2018 11:01 PM
Takda maknanyaaaaa pocong ropa tu. Ai pernah nampak. Tergolek selamba tengah jalan. Macam takda temp ...
samasam90 replied at 28-8-2018 11:40 PM
Amboi posisi pocong tu.. dah mcm mv rockers dahulu kala mengenangkan gelpren di kg yg hubungannya di ...
ADVERTISEMENT