CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

'Suka Lelaki Hisap Rokok'- Status Twitter Wanita Ini Dikecam Netizen!

29-8-2018 12:30 PM| Diterbitkan: Cari-Zidni| Dilihat: 7916| Komen: 28|Original author: Oleh: Whitney

Kredit foto: Google

Ramai yang sedar dan tahu bahawa tabiat merokok tidak mendatangkan apa-apa faedah malah boleh mengundang pelbagai penyakit. Walaupun pelbagai kempen yang dibuat, tetapi tabiat merokok dalam kalangan masyarakat sukar dibuang dan seolah tidak berkesan. 

Merokok bukan sahaja membahayakan si perokok tetapi sesiapa sahaja yang menghidu asap rokok atau yang berada berdekatan dengan perokok. Si perokok pula seakan bangga menghembus asap rokok ketika berada di tempat awam tanpa menghiraukan orang sekeliling. Lebih kasihan jika ada dalam ahli keluarga yang merokok dan mereka yang tidak merokok terpaksa menelan asap rokok setiap hari. 

Walau pun ramai dalam kalangan wanita yang benci dan tidak suka kepada perokok dan menetapkan syarat dalam pemilihan calon suami, tetapi ada juga yang sebaliknya. Seorang pengguna twitter telah memuat naik status yang mengakui dirinya amat sukakan lelaki perokok.



Wanita bertudung memang suka perokok ke?
Nampaknya, selain wanita ini rupanya ada juga beberapa orang wanita lain yang menyokong dan sukakan lelaki perokok. Mereka sukakan lelaki perokok kerana kelihatan seksi dan hebat di mata mereka. Sedihnya, wanita-wanita ini kebanyakannya bertudung. 


Netizen pelik wanita suka perokok

Ada netizen yang merasakan wanita yang sukakan lelaki perokok ini begitu bodoh dan menjengkelkan. Sedangkan mereka tahu merokok membahayakan kesihatan mereka dan boleh membawa kepada kematian disebabkan penyakit kesan daripada merokok. 


Lelaki sendiri nak berhenti merokok
Netizen lelaki sendiri memuat naik komen yang mereka sedar akan bahaya merokok dan sedang berusaha untuk berhenti merokok. Sekali sudah terjebak dengan tabiat merokok, mudah mudah untuk berhenti. Bagaimanapun, kerana sayangkan diri dan orang tersayang, mereka sanggup berhenti merokok. 


Sakit dan mati akibat merokok

Ada netizen yang turut berkongsi kisah sedih yang mana ada dalam ahli keluarganya yang sakit dan meninggal akibat tabiat merokok. Biarpun sedih, tetapi mereka berharap apa yang terjadi kepada ahli keluarganya yang merokok dapat dijadikan iktibar buat netizen.


Jagalah kesihatan badan dan jangan mementingkan diri. Jika kalian sakit akibat menghisap rokok atau suka menghidu asap rokok, bukankah ia akan menyusahkan diri dan ahli keluarga kelak? Menjaga kesihatan diri adalah amanah yang perlu dijaga dan jangan memudaratkan kesihatan orang lain yang ada di sekeliling disebabkan tabiat merokok. Betul tak? - CARI 

34

Bagus
26

Marah
21

Terkejut
31

Sedih
24

Lawak
40

Bosan

Friends Rank (176 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote chinta89 29-8-2018 12:44 PM
lapar perhatian.
Quote kucingitam 29-8-2018 12:52 PM
lantak dia la...
Quote Foxey 29-8-2018 12:59 PM
i am allergic to cigarrette smoke. so memang tak suka la perokok
Quote shernazz 29-8-2018 01:15 PM
Tapi mmg ada org gini uols...
Kawan iols mmg soh laki dia.merokok..sebab dia suka...iols pon x paham kenapa...
Iols.mmg xbleh dekat dgn.perokok..batuk serta merta....
Biasanya kalau perokok merokok dekat iols...mmg.iols.batuk x tutup mulut...bior org tu merengsa
Quote cahaya_emily 29-8-2018 01:19 PM
Bdk nuraina tu ckp dia suke laki isap rokok tp kalau kiss rasa mcm haram.dia penah kiss perokok ke??halahhh halahhhh....gelenyar
Quote gummiebear 29-8-2018 01:24 PM
For me its a major turn off
Quote swimswim 29-8-2018 01:51 PM
No-brainer bak kata shilojlh
Quote Catpaw 29-8-2018 01:53 PM
Yang perempuan merokok laki suka tak
Quote fixit 29-8-2018 02:11 PM
herherherrrr
Quote prettyuglybabe 29-8-2018 02:13 PM
esok dah dapat laki merokok 24 jam up status tak suka laki merokok pulak..
Quote RatuDunia94 29-8-2018 02:17 PM
Baik ko ckp suka laki hisap dadah.  Nampak sexy gitu tengah cucuk jarum kat lengan..
Quote wandacoffee 29-8-2018 02:25 PM
galok nye dengar…..menyampah tgk smoker...bau pon…

Belum Kawin sembang la berapi…

Kan ko dah Kawin time preggy ,bau rokok pon ko dah hamper nak nazak…..
Quote merrissa 29-8-2018 02:50 PM
lerrr ritu ada minah tuh ckp x suke laki hisap rokok...x suka laki bermisai kene kutukk

ni suke merokok pon kene kutuk

facepalm
Quote Artemesiaa 29-8-2018 03:56 PM
Lantak ler dia nak macam mana sendiri punya pilihan jangan Uturn pulak kemudian hari sudah
Quote azimodin 29-8-2018 04:01 PM
bila ahli keluarga ko mati awal bahana rokok baru kau tahu rasa kebencian aku pada perokok. aku bukan benci dorang as a person yang dengki tapi aku benci dengan kebodohan mereka.  laki aku pon ada bebrapa kali hisap sebab bos2 besar offer, tapi balik tu aku mmg amuk la sebab anak beranak ada asthma
Quote palmolive 29-8-2018 04:03 PM
status budak2 baru kenal dunia
Quote grizz 29-8-2018 04:25 PM
xsuke laki isap rokok..husband iolls dulu isap rokok..pstu slow2 benti..skang xde dh rokok..klu isap je msti batuk xbenti2..so bek jgn isap..yeahh..
Quote salmon-suki 29-8-2018 04:52 PM
Nmpk budak tu mcm dah barai dr segi percakapan die...kompem ada ler tu bf kaki perokok tegar..n y setuju tu nmpk sespesis ngn die..mohon kawin cpt2 ngn heavy smokers ler korg and mampus cpt2!
Quote Megikari 29-8-2018 04:56 PM
Bimbo sangat ayat ko dekkk. Terserlah kebodohannya di situ

Lihat semua komen(28)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-11-2024 03:07 AM GMT+8 , Processed in 0.041854 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top