CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Tengok Munafik 2 Waktu Maghrib, Kalau Kau Solat Tak Perlu La Nak Sentap!

7-9-2018 12:57 PM| Diterbitkan: Cari-Zidni| Dilihat: 8795| Komen: 19|Original author: Oleh: Whitney


Siapa sangka, Filem Munafik 2 arahan Syamsul Yusof mendapat sambutan luar biasa daripada peminat-peminat filem di negara ini. Nampaknya, ramai yang sukakan filem yang berunsurkan seram dan dalam masa yang sama mempunyai mesej yang baik yang boleh dijadikan iktibar terutamanya bagi orang Islam. 

Bagaimanapun, bagi orang Islam, perkataan munafik perlu difahami sebaiknya dan ia bukan sekadar tajuk kepada jalan cerita dalam filem tersebut. Oleh sebab itu, seorang ustaz telah memuat naik status yang agak sentap di akaun instagramnya buat penonton filem Munafik 2. Ia sekadar menasihati umat Islam yang ghairah menonton filem Munafik 2 pada tayangan waktu Maghrib dan dengan sengaja meninggalkan solat. 


Nasihat untuk kebaikan semua
Ramai netizen yang bersetuju dan menyokong status yang dimuat naik oleh Ustaz Sharizan ini. Sebagai orang Islam, mereka wajib menunaikan solat apabila masuk waktu solat Maghrib dan tidak sewenang-wenangnya meninggalkan solat atau mengqadakannya semata-mata untuk melihat filem Munafik 2. Teguran yang diberikan adalah atas tanggung jawabnya untuk menasihati sesama Muslim dan tidak perlu ada terasa atau sentap dengan status tersebut. 

Kalau solat, kenapa nak terasa?
Ada netizen yang terasa dan sentap dengan status yang dimuat naik oleh ustaz ini. Komen netizen ini, ustaz tidak layak untuk menghukum seseorang itu sebagai munafik hanya kerana meninggalkan solat maghrib. Malah seorang lagi netizen berharap ustaz ini tidak berburuk sangka dengan mereka yang menonton filem pada tayangan waktu Maghrib.  


Keluar la solat sekejap kat surau
Hakikatnya, tidak salah untuk menonton filem di pawagam pada bila-bila masa tetapi solat perlu ditunaikan dalam waktunya. Seperti komen netizen ini, dia sendiri keluar untuk solat dan meninggalkan seketika filem yang ditontonnya. Jadi, ia terpulang pada diri masing-masing asalkan tidak meninggalkan solat dengan sengaja. 


Bijak pilih waktu sesuai jika hendak menonton filem 
Malah, rata-rata netizen bijak memilih waktu tayangan yang sesuai. Untuk lebih selamat dan tidak mengganggu waktu solat, mereka memilih waktu tayangan selepas masuk waktu solat dan menyelesaikan solat terlebih dahulu. Ia bukanlah satu masalah tetapi bergantung pada diri seseorang itu mengurus masa mereka dengan bijak dan menjadi seorang Muslim yang baik. Barulah tak jadi orang munafik. 

Bagi kalian yang belum lagi menonton filem Munafik 2, bolehlah pergi menonton bersama keluarga atau rakan-rakan. Tetapi pastikan kalian memilih waktu tayangan yang sesuai dan jangan sesekali meninggalkan solat. Tiada guna menonton filem yang sarat dengan teladan dan iktibar tetapi langsung tidak terkesan pada hati. Betul tak? - CARI 

13

Bagus
31

Marah
14

Terkejut
12

Sedih
16

Lawak
16

Bosan

Friends Rank (102 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote CardiGans85 7-9-2018 01:15 PM
Tgk la showtime kol 2pm atau pagi.takpun lps isyak..
Quote prettyuglybabe 7-9-2018 01:21 PM
yangtak tinggal solat pastu pilih timing tak sesuai sampai kena keluar nak solat tu lagi bodoh kot..
pastu acah-acah humblebrag sanggup keluar demi solat..
punya banyak timing yang boleh pilih kan..
Quote nuryakmal 7-9-2018 04:50 PM
bukan banyak time ke nak tgk. kecoh la. ko amik jela pagi or malam pkl 9 onwards. apa ada masalah?

Quote salmon-suki 7-9-2018 09:05 PM
Ada komen ckp "sy sempat solat MAGHRIB sbb movie starts at 4.10pm"........die maksudkn asar or mahgrib tu?maghrib mmg ler smpat,asar caner lak?huhuhu~~

Tp kan,mmg ramai je y duk beratur nk tgk cte munafik tp solat jumaat x pegi..salu gk round2 mall time jumaat,tgk ler ade jgk lelaki2 melayu y xpegi,kte husnuzon,mgkin masjib die pegi tu habes awal kot (wlaupun jelas2 tgk tgh berkapel2)
Quote pokaibanktokyo 8-9-2018 10:49 AM
Sempat je mereka solat maghrib lepas show 6.50pm. Nyanyok ke hape ustaz shahrizan munafik tuh ?
Quote Spicymami 8-9-2018 12:09 PM
Judgemntal society at its best.  
Quote Bangku 8-9-2018 03:09 PM
Syukurlah Ada org tegur...aku Suka je org tegur kalo aku buat salah..hidup jangan sombong sangat...
Quote grouper 8-9-2018 03:33 PM
pokaibanktokyo replied at 8-9-2018 10:49 AM
Sempat je mereka solat maghrib lepas show 6.50pm. Nyanyok ke hape ustaz shahrizan munafik tuh ?

Ko x pernah tgk wyg kot..cnfirm movie abis lepas kul 9 pm... mmg yg jwb sempat maghrib tu geng munafik sungguh sbb menipu. Munafik movie ni 2 jam 1 minit. Movie start paling awal 20min lepas 6.50pm sbb tayang iklan n trailer movie baru. Isyak skang dah awal mmg x akan sempat kecuali dia keluar bila movie x abis lagi.
Quote pokaibanktokyo 8-9-2018 05:35 PM
grouper replied at 8-9-2018 07:33 AM
Ko x pernah tgk wyg kot..cnfirm movie abis lepas kul 9 pm... mmg yg jwb sempat maghrib tu geng mun ...

Ketinggalan zaman tul.Itu cerita munafik-2 la. Cuma sekitar 95 minit. Aku tak tau la engko cuma pernah pergi panggung cap ayam mana. Tapi panggung standard punya bila dikata 6.50 ertinya tayangan filem itu sendiri mula tepat waktu itu. 6.50
Quote whadda 11-9-2018 11:30 AM
salmon-suki: Ada komen ckp "sy sempat solat MAGHRIB sbb movie starts at 4.10pm"........die maksudkn asar or mahgrib tu?maghrib mmg ler smpat,asar caner lak?huh ...


Sempat kot asar klo start kul 4.10.. iklan campur trailer movie lain2 dalam 20 minit.. citer start kul 4.30.. movie 2 jam abeh kul 6.30.. sempat la pastu lari gi surau tuk asar
Quote musafir_665 11-9-2018 04:04 PM
whadda replied at 11-9-2018 11:30 AM
Sempat kot asar klo start kul 4.10.. iklan campur trailer movie lain2 dalam 20 minit.. citer sta ...

Hadis Sunan Abu-Daud Jilid 1. Hadis Nombor 0387.
Dari 'Ala' bin Abdurrahman dia berkata: Kami pernah pergi ke rumah Anas bin Malik R.A. setelah Zuhur. Lalu dia segera mengerjakan solat Asar. Setelah selesai mengerjakan solat Asar, kami menggerutu tentang kesegeraannya mengerjakan solat. kerana itu dia berkata, " Aku mendengar Rasulullah S.A.W. bersabda: "Itulah solat orang-orang munafik, itulah solat orang-orang munafik. Itulah solat orang-orang munafik": iaitu, di antara mereka suka mengintai-ngintai matahari, setelah matahari menguning, berada di antara dua tanduk syaitan, atau di atas dua tanduk syaitan (mulai terbenam), lalu dia berdiri mengerjakan (solat Asar) empat rakaat colat-colet, hanya mengingat Allah dalam solatnya sedikit saja" 2) . 2)Hadis ini juga dikeluarkan oleh Bukhari, Muslim, Tirmidzi, Nasaai dan Ibnu Majah.

Quote esbok 11-9-2018 09:42 PM
Aku kalau jam nak maghrib tu juga tayangan cerita aku nk tgk.mmg panas hati juga. Biasanya aku redhakan aja opening cerita 10 minit awal terlepas. Dah maghrib baru hati manyak sinang
Quote MadameOnion 12-9-2018 09:42 AM
jangan pilih time maghrib la..kan senang..aduhaiii
Quote mamapea 12-9-2018 10:42 AM
kalau nk tgk wyg mmg aku akan ambik time lps zohor, maghrib atau isyak...
kalau nk dekat waktu solat mmg x la...solat mmg kelaut...masa tgh tgk wyg nak pi toilet
pun dok tahan...ni kan pulak nak pi solat...so...pilih time lps solat senang...
Quote putericahaya999 16-9-2018 01:54 PM
dah nak terasa kenapa
yg solat xyah la terasa
Quote MissVixen 16-9-2018 08:15 PM
Yang pilih 6.50 tu memang sah2 memang malas solat. Kalau tak tengok munafik pon, entah solat ke tak. Campur tiada perasaan malu sebab tengok movie masa maghrib. Bolayankan aje. Kalau tegur pon, kena maki balik. Banyak je pilihan nak tengok waktu lain. Nak juga terkejar2 solat akhir waktu dan berebut2. Solat dekat shopping mall pon surau dan telekung hapak je.
Quote wadiunong 16-9-2018 10:43 PM
Ari tu tgk movie hantu kak limah kat Penang time maghrib sebab iols period slot lain dah full. Penuh hall dgn umat2 melayu isle bawak anak bini tgk show kul 7.10pm. Tak nampak sorang pon bangun g solat maghrib
Quote supernaturalee 18-9-2018 11:45 AM
xpegi tgk lg munafik 2 ni
xsure lh nk tgk waktu maghrib ke asar



Quote sofiazara 18-9-2018 03:19 PM
lepas subuh lah nak pegi.

kosser asistant tuhan ni seme

Lihat semua komen(19)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 01:58 AM GMT+8 , Processed in 0.061734 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top