CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Macam Ni Ke Standard Menteri Nak Jumpa Mahasiswa, Hantar Jemputan Kat Whatsapp Je?

12-9-2018 11:17 AM| Diterbitkan: Cari-Zidni| Dilihat: 11966| Komen: 43|Original author: Oleh: Whitney


Kredit foto: Google
Ramai yang bercita-cita untuk melanjutkan pelajaran di peringkat institusi pengajian tinggi sebaik sahaja tamat persekolahan. Gelaran mahasiswa universiti dipandang hebat dan menjadi kebanggaan lebih-lebih lagi ia dilihat dapat menjamin masa depan yang lebih cerah. 

Bergelar seorang mahasiswa bukan sahaja wajib mempelajari ilmu dalam bidang pengajian sahaja tetapi mahasiswa juga perlu memantapkan kemahiran dan nilai tambah dalam diri seperti sifat kepimpinan serta cakna tentang isu-isu semasa dan politik negara. Sebab itulah mahasiswa digalakkan untuk melibatkan diri dalam aktiviti kelab dan persatuan agar dapat melahirkan mahasiswa yang bijak dan berfikiran matang. 

Seorang mahasiswa universiti telah memuat naik status mengkritik satu mesej yang diterima melalui aplikasi whatsapp daripada seseorang yang tidak dikenalinya. Dia yang merupakan Pengerusi Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (GAMIS) di sebuah universiti merasakan jemputan sedemikian sangat tidak formal dan tidak berprotokol serta menjatuhkan imej kerajaan pemerintah.


Mesej jemputan yang diterima 

Jemputan yang kurang ajar dan tiada adab!

Ramai juga netizen yang bersetuju dengan status dan pendapat lelaki ini. Sepatutnya jemputan yang dihantar perlu lebih formal sama ada dalam bentuk surat atau e-mel. Jemputan melalui whatsapp dilihat seperti tidak serius lebih-lebih lagi apabila penghantar mesej tersebut tidak memperkenalkan diri terlebih dahulu. 



Berlagak, kau ingat kau raja!

Bagaimanapun, ada netizen yang mengecam lelaki ini kerana dilihat begitu sombong dan berlagak kerana memuat naik status sedemikian. Sikap seorang mahasiswa sebegini dianggap tidak professional dan matang kerana seakan menolak jemputan daripada wakil Menteri Pendidikan untuk berjumpa menteri itu sendiri dan berbincang tentang isu yang berbangkit di sebuah restoran mamak. Sepatutnya lelaki itu mengambil peluang yang ada kerana bukan mudah untuk bersua muka dengan golongan menteri yang sentiasa padat dengan jadual kerja mereka.  


Salah ke jemput melalui whatsapp?

Tetapi ada netizen yang lebih matang dan berfikiran terbuka. Perkara sebegini tidak sepatutnya dijadikan isu yang perlu diperbesarkan. Lelaki ini boleh sahaja berhubung dengan lebih lanjut dengan penghantar mesej tersebut agar ia lebih jelas tentang jemputan tersebut. Netizen juga merasakan jemputan sebegitu akan membuatkan lelaki itu berasa tidak kekok dan lebih mesra lebih-lebih lagi dengan karenah birokrasi negara yang kadang-kala menyukarkan dirinya untuk bertemu dengan Menteri Pendidikan bagi membincang permasalahan berkaitan isu pendidikan dan gerakan mahasiswa.  


Apa pendapat kalian? - CARI 

21

Bagus
28

Marah
20

Terkejut
7

Sedih
34

Lawak
14

Bosan

Friends Rank (124 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Spicymami 12-9-2018 11:29 AM
Zaman da berubah, kot dia nk tanya dulu boleh hadir ke x before dia hantar email rasmi.  Tupun nk menggelupur ke.
Quote Themilo 12-9-2018 11:30 AM
proper sikit boleh tak since ini jemputan dari YBM kot.. tak boleh ke sender tu mintak alamat emel ke, then hantar emel properly.. imej YBM kena jaga jugakk dekkk, walaupun teruk dihentam netizen..
Quote belilies 12-9-2018 11:42 AM
Naper recipient tu sentap cam xdpt gula2? Memula iols baca tu rasa sender berniat nak invite guna cara approach young people. Hence iols stujuk ngan reason yg dberi oleh tukang komen yg last. Try to think natural. Malu iols baca rentanan, tak profesional, tak melambangkan budak bljr di uni.
Quote nuryakmal 12-9-2018 11:44 AM
mahasiswa kan. so 12 sept hari rabu . adakelas or tutorial kot. so maybe nak rasmi sebab nak ponteng kelas senang?
Quote kyleril 12-9-2018 11:45 AM
restoran amjal? restoran tu juga yang dipilih diantara banyak banyak restoran...padaiyapaaa... mohon laa paling cikai pon di podium ker...baru laa boleh discuss.. artisan coffee ker. baru la mereka tu nak jumpa.... x hipstur sungguh
Quote insulin 12-9-2018 11:48 AM
Kalau aku, sudah tentu aku rasa tak senang sebab penghantar mesej tidak memperkenalkan diri.
Quote buapakperut 12-9-2018 11:58 AM
nasib baik penghantar mesej tak tersalah antar gambar spender amoi
Quote haliamerah 12-9-2018 12:21 PM
hantu yg hantar wasap tu eh..

kenalkanlah diri tu..explen betul2..kalau kate nak anta emel ke,panjangkanlah sikit ayat tu...x kol ke cakap nak anta jemputan melalui emel ke wasap ke..
Quote palmolive 12-9-2018 01:01 PM
kalo mesej tu sampai apa salahnya...
buat surat rasmi bagai tapi tak baca..tarak guna juga
Quote EncikRhoma 12-9-2018 01:31 PM
sensitif sangat. Ni pun nak viral. Reply la balik suruh hantar invitation rasmi melalui surat atau email
Quote CardiGans85 12-9-2018 01:35 PM
What's wrong with that?

Nanti follow by formal letter la.
Quote Joannalee 12-9-2018 01:53 PM
hello ko siapa beb nk suh menteri sembah ratu kt ko... org skrg guna whatapp je... tu pun bgs die nk send ke ko... patut ko yg pg ke die..
Quote chanteksekali 12-9-2018 02:51 PM
Zaman skrg ni ultra fast. Nak berantar2 surat hatta email pun dia tak tau ke gomen kalau anta surat/email sok acara dah settle baru surat sampai bodoh. Lgpun sng kalau jawab terus boleh dia tick nama. Kalau taknak berlambak lg org nak join yg blh bg immediate confirmation. Puihh
Quote dekmieDandy 12-9-2018 03:20 PM
dah ada cara lagi senang nak jugak guna cara lambat

lepastu kalau lambat dapat reply meroyan balik

siap buat karangan lagi

Quote cikrosienona 12-9-2018 03:37 PM
mesra rakyat , tanpa protokol and tanpa kerenah birokrasi..

nak apa lagi? nak sembah ratu ke pegi jemput?

Quote Nonones 12-9-2018 03:55 PM
Sikit2 nak viral. zaman skg ni, invitation mmg nak laju je. pakai whatsapp or email je. informal pun takde masalah, jgn buang masa sgt lah. byk lagi benda nak buat. u take it or leave it
Quote MadameOnion 12-9-2018 03:58 PM
hantaq watsapp camtu je macam nak ajak lepak isap rokok minum kopi dgn member..boleh je guna whatsapp tapi macam takdak mukadimah yg proper..bukan salah menteri tu..salah assistant menteri la yg dok hantaq..tapi menteri pun kena pantau la kerja2 staff dia
Quote MrsYaya 12-9-2018 04:11 PM
EncikRhoma: sensitif sangat. Ni pun nak viral. Reply la balik suruh hantar invitation rasmi melalui surat atau email

True.. reply by WA juga that u required the formal invitation. So many things nowadays..please make it simpler
Quote kawahapi 12-9-2018 04:58 PM
Hannan tu ...
Begitulah standard lantikan politik ya tuan2 dan puan2

Lihat semua komen(43)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-11-2024 05:32 PM GMT+8 , Processed in 0.147666 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top