CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Urus Jenazah Sepenuh Masa Tanpa Bayaran, Kesanggupan Pemuda Dipuji

12-9-2018 01:32 PM| Diterbitkan: CARI-LTS| Dilihat: 4347| Komen: 25

Pemuda ini bukan siapa-siapa, malahan tiada pertalian darah dengan si mati.

Namun kesungguhannya untuk menguruskan jenazah bermula daripada memandikan hingga ke liang lahad dilakukan secara percuma telah menyentuh hati netizen.


Kredit foto: Facebook Mohd Zulhairi Zainol

Free Malaysia Today melaporkan, bermula sebagai sukarelawan mengagihkan bantuan kepada asnaf, pemuda yang dikenali sebagai Mohd Zulhairi Zainol dilaporkan sanggup berhenti kerja sebagai mekanik kereta untuk menguruskan jenazah sepenuh masa secara percuma.

Menurut pemuda yang berusia 34 tahun itu, dia pernah menerima panggilan daripada seorang lelaki yang tidak dikenalinya, merayu untuk membantu menguruskan jenazah seorang rakan yang meninggal dunia di Ipoh, Perak.

"Pernah satu kes di Ipoh, ada orang minta tolong sangat... sebab dia tiada duit."

"Saya minta waris tunggu sehingga saya sampai dalam tempoh tiga jam kerana memandu dari Kuala Lumpur. Kemudian saya uruskan semuanya termasuk mandikan, kafan dan bawa jenazah ke kubur."

Kredit foto: FMT 

Jelasnya, terdapat juga sesetengah orang bertanya kepadanya bagaimana beliau memperoleh dana dalam menawarkan perkhidmatan pengurusan jenazah secara percuma.

“100% daripada pengikut saya di Facebook mengenali dan percaya kepada saya,” katanya sambil menjelaskan setiap perkhidmatan dan aktiviti yang dilakukan berkaitan jenazah akan dimuat naik di Facebook miliknya.

Selain sumbangan kewangan, mereka juga memberikan sumbangan seperti kain kafan, peralatan urus jenazah, petrol, kad “touch n go” dan sebagainya, tambahnya.

Kredit foto: Facebook Mohd Zulhairi Zainol

Mengulas lanjut, ada pihak mempersoalkan bagaimana beliau mengetahui seseorang itu berkemampuan atau tidak dari segi pengurusan jenazah.

“Senang sahaja, bab mati ini orang tak akan tipu, kalau dia cakap dia mampu dia mampu,” katanya.

Difahamkan sehingga kini beliau mempunyai 3 van di mana 2 digunakan untuk menguruskan jenazah dan 1 lagi untuk menghantar orang sakit secara percuma.- CARI
34

Bagus
31

Marah
25

Terkejut
22

Sedih
17

Lawak
34

Bosan

Friends Rank (163 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote tumpanglalu74 12-9-2018 01:39 PM
Kat MStar kata dia beli Alphard sebab van jenazah tidak seswai katenye..
Quote BoLapciOus 12-9-2018 01:42 PM
Ya Allah besonye pahala dia..semoga Allah permudahkan urusannya
Quote CardiGans85 12-9-2018 01:47 PM
Telus dan baik hati.
Quote Iema5008 12-9-2018 01:51 PM
Aku ada kenal sorang insan mcm dia nih...
Buat amal jariah dr segi bantu org sakit p spital dan sebagainya. Tak bekerja dr mata kasar kita tp sbnrnya dia ckup bz. Malam arinya dia urus bisnes dia,  dan bt kerja hakiki dia. Kcuali pada waktu malam tu ada emergency dia tinggalkan kejap. Rezeki dia berganda2 malah hidup simple saja... dia sanggup berenti kerja sebagai sorang jurutera awam(planner). Tp planner ni mna2 pun laku wlau tak kerja opis hrs..

Yg dia ni pulak aku salute.. mesti dia ada back up kewangan kukuh jgk sblm dia full time kn diri dia. Followers pun donate jgk kn. Apapun tahniah anak muda..
Quote gaara_X 12-9-2018 01:53 PM
moga dipermudahkan segala urusan olehNya....Allahumma aamiin...
Quote Mahathirina 12-9-2018 02:04 PM
Pemuda melayu gigih angkut mayat free pemuda kelen gigih dobikan kucing..
Quote sofiazara 12-9-2018 02:06 PM
kat hospital byk khairat penipu
Quote sarahmirza 12-9-2018 02:09 PM
Calon suami mithali ni..
Tapi klu achik berkarier, kaki window shopping mmg tak sesuai la..
Quote reenz013 12-9-2018 02:12 PM
semoga dipermudahkan urusan insan yg mulia ini
Quote naina 12-9-2018 02:17 PM
Iema5008 replied at 12-9-2018 01:51 PM
Aku ada kenal sorang insan mcm dia nih...
Buat amal jariah dr segi bantu org sakit p spital dan se ...

Yup. Ramai sangat bawah team dia. Team yang sedekah lah. Aku pon join group wasap amal.team dia. Sebulan sedekah rm20 je pon. Tapi ramai je orang2 kaya dermawan hartawan yg sedekah byk2.
Dia sebagai pengantara dan pemudah cara.
Alphard tu utk hantar ambik orang sakit yg tak.mampu. kenapa alphard sbb mudah diubah suai utk yg pakai kerusi roda kerusi tu boleh alih keluar. Pahtu blkng pon sama bole laras keluar utk ambik org yg xleh bangun.
Boleh tengok fb dia Zulhairi bin zainol tak silap.
Quote naina 12-9-2018 02:18 PM
sofiazara replied at 12-9-2018 02:06 PM
kat hospital byk khairat penipu

Betol2. Tak sangka keje2 khairat urus org mati sampai ribu2. Habis orang yg susah xde duit cmne kan? So herry ni la tolong buat semua free hantar smpi rumah even hujung Malaysia pon.
Quote naina 12-9-2018 02:20 PM
sarahmirza replied at 12-9-2018 02:09 PM
Calon suami mithali ni..
Tapi klu achik berkarier, kaki window shopping mmg tak sesuai la..

Dah kawen. Tapi xde anak kandung.
Then dikurniakan anak angkat 3 orang. Anak2 angkat pon anak tak sah taraf. Salah satu maknya beranak sndri potong tali pusat sndri
Quote Themilo 12-9-2018 02:20 PM
iols doakan beliau ni dikurniakan rezki & tubuh badan yang sihat, supaya amal jariah beliau dapat diteruskan lagi.
Quote hadibah 12-9-2018 02:24 PM
budak umno ni

Quote vimash 12-9-2018 02:30 PM
naina replied at 12-9-2018 02:18 PM
Betol2. Tak sangka keje2 khairat urus org mati sampai ribu2. Habis orang yg susah xde duit cmne ka ...

yg ni setuju. pengalaman sendiri, mak meninggal, urus di gh mandi dkt kg baru tu, tp asyik dgr kawan ( team diorg kot) driver van jrnazah tu dok pesan kat kwn die, jgn lupe mintak duit. seribu.. pastu pesan lagi pesan lagi.. ya tuhannnn.... mase tu baru lepas jenazah naik van .. dr hkl ke gombak seribu ++ .... tp dah emergrncy redho jela.
Quote syidasaleh 12-9-2018 02:37 PM
vimash replied at 12-9-2018 02:30 PM
yg ni setuju. pengalaman sendiri, mak meninggal, urus di gh mandi dkt kg baru tu, tp asyik dgr kaw ...

1k ke u. Mak aiii mahei bebenor. Gombak bukan jauh sgt pun
Quote sarahmirza 12-9-2018 02:43 PM
naina replied at 12-9-2018 02:20 PM
Dah kawen. Tapi xde anak kandung.
Then dikurniakan anak angkat 3 orang. Anak2 angkat pon anak tak ...

Melepas la andartu sekalian...


Quote chicozinn 12-9-2018 02:45 PM
Ya Allah mulianya tindakan heollss ni..btul sbnrnya nk uruskn jnazah ni mkan belanja byak gk..
Quote afie_m 12-9-2018 02:47 PM
semoga sentiasa di permudahkan urusan beliau..

Lihat semua komen(25)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 07:35 AM GMT+8 , Processed in 0.064276 second(s), 37 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top