CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Wanita Kesunyian Terpedaya Janji Manis Kekasih Siber, Rugi RM83.6 Juta

18-9-2018 12:08 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1998| Komen: 6|Original author: Oleh: Myra Rozi

Sepanjang lapan bulan pertama jatuh dalam perangkap kekasih siber, wanita tempatan kerugian sebanyak  RM83.6 juta.

Ini membuktikan cinta telah membuat wanita sanggup berkorban apa sahaja untuk lelaki yang tidak dikenali sepenuhnya.


Harian Metro melaporkan, golongan wanita masih terpedaya dengan taktik sindiket Love Scam walaupun sering diberi pendedahan dan kesedaran tentangnya.


Anggota sindiket Love Scam, Foto: NSTP
Timbalan Pengarah (Siasatan Jenayah Siber dan Multimedia) Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK)Bukit Aman Datuk Ahmad Noordin Ismail berkata,

“Pada 2017, sebanyak 1,652 kes Love Scam dilaporkan dengan kerugian RM61.9 juta di seluruh negara. Bagaimanapun, jumlah kes direkodkan bagi tempoh Januari hingga Ogos lalu menunjukkan angka membimbangkan apabila mencatatkan 1,301 kes dengan kerugian RM83.6 juta.


“Angka kes yang dilaporkan bagi tempoh lapan bulan tahun ini amat menggusarkan terutama jumlah kerugian direkodkan semakin meningkat meskipun jumlah kes diterima masih rendah berbanding tahun lalu."

Tambahnya, modus operasi yang digunakan adalah sama iaitu berkenalan melalui media sosial dengan berbekalkan ayat cinta.

“Kebanyakan mangsa sindiket ini membabitkan golongan wanita yang memiliki karier profesional mahupun suri rumah. Pemilihan mangsa secara rawak, namun kebanyakan mereka adalah wanita kesunyian.

“Sindiket bijak menggunakan kata-kata bagi memperoleh kepercayaan mangsa sebelum diarah untuk memberikan wang sama ada secara terus atau melalui panggilan telefon daripada individu lain yang kononnya mahu memberi bungkusan, namun barangan itu berada dalam tahanan pihak berkuasa sebelum diminta membuat pembayaran."

Ahmad Noordin juga meminta orang ramai supaya tidak mudah menyerahkan wang kepada individu yang dikenali di media sosial.

“Apabila individu dikenali melalui media sosial meminta wang, orang ramai perlu lebih peka dan tidak bertindak memindahkan wang seperti diarahkan. Selidik terlebih dulu latar belakang individu berkenaan bagi mengelak menjadi mangsa sindiket love scam.

“Mereka yang pernah berdepan situasi seperti mangsa love scam diminta tampil membuat laporan bagi membantu siasatan termasuk individu yang memberikan akses kad ATM kepada individu dikenali media sosial." -CARI
8

Bagus
15

Marah
12

Terkejut
14

Sedih
12

Lawak
5

Bosan

Friends Rank (66 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote BoLapciOus 18-9-2018 12:24 PM
Ya Allah mintak jauhla aku daripada terjebak ngan nate beruk ni..power of love kekdahnye
Quote Foxey 18-9-2018 12:44 PM
Kenapa dicensored muka2 penjahat ni? Biar semua orang nampak.

To all women out there (reminding myself as well), kalau men dah mula minta duit either for pinjam or sad stories, please belah cepat2.
Quote shernazz 18-9-2018 12:45 PM
Kalau.lah depa.bleh tgk.disebalik muka.mat salleh dlm fb email.etc tu
Sure depa termuntah..tp disebabkan depa x bleh.nampak.n diselitkan ayat love love bagai...cayorrr
Quote Orgkgdukobesi 18-9-2018 02:06 PM
Foxey replied at 18-9-2018 12:44 PM
Kenapa dicensored muka2 penjahat ni? Biar semua orang nampak.

To all women out there (reminding m ...

Sbb sume orang innocent till proven guilty kekdahnya.

Quote buapakperut 18-9-2018 02:28 PM
banyaknya sampai 83 juta... kaya negrito tersebut bermodalkan ayat2 manis
Quote imransulaiman 18-9-2018 02:34 PM
Ingatkan 83j tu seorang wanita sahaja.. {:thief

Lihat semua komen(6)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 03:41 AM GMT+8 , Processed in 0.198839 second(s), 25 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top