CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Suami Projek Bersama Rakan Isteri

12-9-2013 10:32 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 21329| Komen: 53


Pasangan kekasih disiasat anggota penguatkuasa Pejabat Agama Daerah Kuala Muda.


SUNGAI PETANI - Kepulangan isteri ke kampung halaman memberi peluang si suami melakukan adegan 'mesra' bersama kekasih yang juga rakan kepada isterinya.

Malangnya, perbuatan tidak senonoh itu berjaya dihidu orang ramai yang bertindak menyampaikan maklumat kepada pihak berkuasa Pejabat Agama Kuala Muda, sebelum serbuan dijalankan jam 2 pagi baru-baru ini.

Pegawai Penguatkuasa Agama Daerah, Zaiferi Zainul Abidin berkata, seorang wanita berusia 20-an warganegara Indonesia ditahan bersama seorang lelaki berusia 40-an yang dipercayai suami kepada rakannya sendiri dalam operasi banteras maksiat itu.


Menurutnya, ketika serbuan, lelaki itu dipercayai sedang leka menghabiskan masa dengan kekasih gelapnya melakukan perbuatan tidak senonoh dalam keadaan separuh bogel.

“Anggota penguatkuasa menunggu agak lama sebelum pintu dibuka oleh lelaki ini setelah diketuk beberapa kali.

“Kita juga menemui tilam dan beberapa bantal yang sedia diletakkan di hadapan televisyen dipercayai digunakan pasangan tersebut,” katanya.

Zaiferi berkata, wanita terbabit cuba bersembunyi di sebalik pintu dengan hanya memakai pakaian dalam serta berseluar pendek manakala lelaki tersebut hanya memakai seluar paras lutut.

Menurutnya, hasil soal siasat mendapati, isteri lelaki terbabit yang juga rakan kepada kekasihnya turut berasal dari Indonesia dipercayai sudah beberapa hari pulang ke kampung halaman.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 9 Enakmen Kanun Jenayah Syariah Kedah 1988," katanya.

Sementara itu, Pegawai Agama Daerah, Sheikh Radzi Abd Mutlib mengucapkan terima kasih kepada masyarakat yang berkongsi maklumat bagi membantu membanteras kegiatan maksiat di kawasan masing-masing.

Beliau turut menasihati orang ramai yang mengetahui atau menyaksikan sebarang kegiatan mencurigakan supaya menghubungi imam, pejabat agama atau agensi berkaitan sekiranya mempunyai sebarang maklumat berhubung kejadian.
3

Bagus
5

Marah
4

Terkejut
5

Sedih
2

Lawak
4

Bosan

Friends Rank (23 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote gaara_X 12-9-2013 08:50 AM
sangap laa pak....hehehehee
Quote namirulmukminin 12-9-2013 08:53 AM
Isteri rakan atau rakan isterinya??
Quote the_killer 12-9-2013 08:59 AM
namirulmukminin posted on 12-9-2013 08:53 AM
Isteri rakan atau rakan isterinya??

lebey kurang ja kot
Quote namirulmukminin 12-9-2013 09:02 AM
the_killer posted on 12-9-2013 08:59 AM
lebey kurang ja kot

Lain tu boh... Kalu isteri rakan maknanya kompom bini orang... tapi kalu rakan isteri ada kemungkinan anak dara...
Quote the_killer 12-9-2013 09:04 AM
namirulmukminin posted on 12-9-2013 09:02 AM
Lain tu boh... Kalu isteri rakan maknanya kompom bini orang... tapi kalu rakan isteri ada kem ...

ko nak anak dara indon spesies mana? indon ada spesies jawa,spesies minang,batak,aceh,papua?
Quote nurfariezza 12-9-2013 09:04 AM
namirulmukminin posted on 12-9-2013 08:53 AM
Isteri rakan atau rakan isterinya??

mula2 i da phm...
ble bce ayat u, trus jd pening..
Quote namirulmukminin 12-9-2013 09:20 AM
nurfariezza posted on 12-9-2013 09:04 AM
mula2 i da phm...
ble bce ayat u, trus jd pening..

Sebabnya tajuk asal thread ni TT buh "ngeho'oh dgn bini rakan...." bila aku komplen camtu, dia edit balik tajuk tu... tu pasai ko konpius...
Quote namirulmukminin 12-9-2013 09:23 AM
the_killer posted on 12-9-2013 09:04 AM
ko nak anak dara indon spesies mana? indon ada spesies jawa,spesies minang,batak,aceh,papua?

Mikha Tmbayong etnik apa ek??
Quote jazaa 12-9-2013 09:35 AM
namirulmukminin posted on 12-9-2013 09:02 AM
Lain tu boh... Kalu isteri rakan maknanya kompom bini orang... tapi kalu rakan isteri ada kem ...

Yang tak de beza, dua dua pompuan tu orng Indon......
Quote putr@polo 12-9-2013 10:42 AM


Wanita itu ditemui dalam keadaan separuh bogel.
Quote sekngucing 12-9-2013 10:56 AM
Quote the_killer 12-9-2013 12:36 PM
namirulmukminin posted on 12-9-2013 09:20 AM
Sebabnya tajuk asal thread ni TT buh "ngeho'oh dgn bini rakan...." bila aku komplen camtu, dia edi ...

aku pon konpius...so aku letak tajuk umum jela
Quote kenarikelabu 12-9-2013 12:40 PM
wakakaaaa!! ngeho óh. hadoiii....bahasa menunjukkan bangsa...hahaa
Quote shernazz 12-9-2013 12:43 PM
rasa karipap lain pula
asik kentang je
nak juge rasa yang keledek + sardin
Quote lolipopmanish 12-9-2013 12:46 PM
ish ish..
Quote prettyuglybabe 12-9-2013 12:46 PM
ramai juga yang suka mengintai rumah orang lain ek.. bagus sangat
Quote asher 12-9-2013 12:54 PM
prettyuglybabe posted on 12-9-2013 12:46 PM
ramai juga yang suka mengintai rumah orang lain ek.. bagus sangat

rakyat mesia amat suker mengambil berat antara satu sama layen..
Quote kadijot 12-9-2013 12:56 PM
sekngucing posted on 12-9-2013 10:56 AM

hahhahhaa...aiyoooo bogel ke?
Quote mziskandar 12-9-2013 12:59 PM
asher posted on 12-9-2013 12:54 PM
rakyat mesia amat suker mengambil berat antara satu sama layen..

niat ambik kesempatan

Lihat semua komen(53)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 05:54 AM GMT+8 , Processed in 0.048953 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top