CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

DS Najib Razak Masuk Lokap, Anak-Anak Luah Perasaan Menyayat Hati

20-9-2018 10:53 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 8801| Komen: 65|Original author: Oleh: Myra Rozi

Penahanan Datuk Seri Najib Tun Razak oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada petang Rabu semalam telah mengundang kesedihan anak-anaknya.

Menerusi Instagram, anak bongsunya, Norashman menyatakan yang dia setia menunggu bapa kesayangannya yang ditahan ketika ini.


“Saya duduk di sini di luar tempat penahanan ayah saya dipenuhi dengan kebimbangan. Saya tidak dapat membayangkan kesusahan yang kamu hadapi di dalam sana. 

“(Saya) berdoa kamu diberi layanan yang adil dan untuk undang-undang Malaysia perlu ditegakkan,” tulisnya.

Sementara itu anak perempuannya, Nooryana Najwa juga berkongsi perasaanya yang menyayat hati.


“Daddy (panggilan buat Najib) sebelum saya tidur, saya menghantar gambar saya dan Adam (Adam Razak, cucu Najib) mendoakan yang terbaik dalam perjumpaan kamu di SPRM pada pukul 3 petang (waktu Malaysia).

“Kamu tidak membaca atau membalas mesej saya dan kemudian pada pukul 5 pagi, Ashman (panggilan buat Norashman) menghubungi saya untuk memaklumkan mereka telah menahan kamu, sekali lagi.

“Ia menyakitkan kerana saya berada di seberang dunia dan tidak di sana di sisimu.... tetapi kamu sentiasa menegaskan bahawa jangan melepaskan (pengajian) Harvard, tanpa mengira betapa sukarnya keadaan yang berlaku.”

Dia mendoakan kesejahteraan Najib yang bakal dihadapakan ke mahkamah Khamis nanti.

Najib ditahan oleh SPRM berhubung kes 1Malaysia Development Berhad (1MDB), membabitkan dana RM2.6 bilion yang didakwa disalurkan ke akaun peribadi beliau.

Dalam perkembangan terkini, Datuk Seri Najib Tun Razak tiba di Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Ibu Pejabat Polis Bukit Aman pada 9.20 pagi selepas ditahan semalaman di lokap Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Beliau akan merekod kenyataan di ibu pejabat tersebut sebelum dibawa ke mahakamah. -CARI
10

Bagus
6

Marah
12

Terkejut
9

Sedih
15

Lawak
14

Bosan

Friends Rank (66 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Bedah.Cun 20-9-2018 10:57 AM
Hamboi tulih bi jer yea kau dalam2 kena tahan
Quote makita 20-9-2018 11:01 AM
Idong rosmah ori melekat kt ank pompuan dia.
Quote auntyaya 20-9-2018 11:02 AM
bukan passport anak dia kena pegang tuk ikat jamin ker ? mcm mana leh ke oversea lak ?
Quote BoLapciOus 20-9-2018 11:15 AM
sedihla jgk..apak an..tp tula..every action have their consequences..hadap la ko!
Quote tumpanglalu74 20-9-2018 11:15 AM
makita replied at 20-9-2018 11:01 AM
Idong rosmah ori melekat kt ank pompuan dia.

Takpe..  Ujian DNA lebih tepat..
Quote tumpanglalu74 20-9-2018 11:15 AM
makita replied at 20-9-2018 11:01 AM
Idong rosmah ori melekat kt ank pompuan dia.

Takpe..  Ujian DNA lebih tepat..
Quote sarahmirza 20-9-2018 11:21 AM
Takpe la...
Anggap pengorbanan bapa untuk bagi kesenangan hidup anak cucu..

Quote noor2 20-9-2018 11:22 AM
Hukuman manusia masih ada rasa belas. ....tapi kalau hukuman tuhan bila kita mati nanti....tiada level...tiada darjat. .hukumannya sama. ..kalau amalan tinggi maka itu yang membezakan. ...


Jgn tuduh aku ustazah pulak. ....ni bila aku tengok sedara aku mati baru ni...terfikir lah benda2 ni....
Quote summerguy 20-9-2018 11:22 AM
Dah korang semua melantak cukup2 duit curi tak pulak rasa sedih...
Quote becir 20-9-2018 11:37 AM
Pempuan tu belajar Kat Harvard duit Sapa? Dpt scholarship ke? Don't tell me MIL from hell dia yg bayarkan.
Quote naina 20-9-2018 11:50 AM
Redha la..susah2 korang at least makan,pakai,tempat tinggal,tido,kesihatan semua cukup dan mewah. Cume ditarik nikmat gembira ckit je ni..
Cuba bayang orang lain yang dahla susah nak makan pon kais2, anak2 plak sakit, suami sakit, sedara2 menjauh.. Haihhhh.
Quote Orgkgdukobesi 20-9-2018 11:55 AM
Harap kluarga ini berubah, buang ego dan sombong. Juga kpd mereka2 yg berkuasa di dunia ini, jika ia boleh berlaku kpd mereka tak mustahil akan berbalik kpd kamu dan kaum keluarga kamu juga
Quote cm_matjawasp 20-9-2018 11:57 AM
Doakan yang terbaik untuk DS Najib , kalau bersalah terimalah hakikatnya.
Quote roy3 20-9-2018 12:00 PM
kes dulu

Wan Azizah doa keadilan buat Najib
WARTAWAN SINAR HARIAN 4 JULAI 2018
Wan Azizah doa keadilan buat Najib
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail ketika menyampaikan ucaptama pada Persidangan Peringkat Menteri Asia Bagi Pengurangan Risiko Bencana (AMCDRR) hari ini. - Foto Bernama
A-A+ (Ubah saiz teks)
MONGOLIA - Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mendoakan keadilan buat bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang didakwa atas tiga pertuduhan hari ini.

Beliau berkata, proses undang-undang perlu dibiarkan berjalan dengan sewajarnya.

[ARTIKEL BERKAITAN: Najib didakwa tiga pertuduhan pecah amanah, satu kes rasuah]

Wan Azizah turut berharap Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) melayan Najib dengan hormat dan bermaruah.

“Kami menghormati undang-undang. Kami berharap SPRM melayan Najib dengan hormat dan bermaruah.

“Saya berdoa untuk keadilan bagi Najib dan keluarganya. Biar proses undang-undang yang wajar berjalan, " katanya dalam kenyataan hari ini.

Wan Azizah kini sedang menghadiri Persidangan Peringkat Menteri Asia Bagi Pengurangan Risiko Bencana (AMCDRR) di Ulaanbaatar, di sini.

Najib hari ini didakwa tiga pertuduhan pecah amanah dan satu pertuduhan rasuah membabitkan wang berjumlah keseluruhan RM42 juta.
Quote Buritan 20-9-2018 12:07 PM
naina replied at 20-9-2018 11:50 AM
Redha la..susah2 korang at least makan,pakai,tempat tinggal,tido,kesihatan semua cukup dan mewah. Cu ...

Emm betul.. susah susah pun duk obersea.. rumah tetap beso.. senang senang kite.. mkn pakai je cukup.. lebih sikit.. poket kosong..terlebih sikit belanja sbb teringin mulalaa poket sakit perut tgh bulannn..
Quote kucingitam 20-9-2018 12:09 PM
makita replied at 20-9-2018 11:01 AM
Idong rosmah ori melekat kt ank pompuan dia.

black head detected! rasa nak picit2 bagi keluar..

Quote teky 20-9-2018 12:16 PM
kesedihan tu berlaku kepada semua org atas ape2 kehilangan sekali pun.. tpi kesedihan tu bukan suatu alasan untuk mengampunkan segala salah guna kuasa atau ape2 pencabulan dan kezaliman yang dilakukan..

org yg kehilangan kucing pun rase sedih.. org yg terpaksa cabut gigi kekal pun rase sedih... so korg bersedih mmg kena laa.. x salah pun nak rase sedih.. korg nak nangis berbakul2 sila laa..

tpi kene la ingt guilty until proven.. in between byk lah dugaan.
Quote zidane_ziege 20-9-2018 12:18 PM
Pengikut terpekik terlolong suruh tommy keling cakap melayu..hujung2 nk tulis surat ke bapak  pun pakai english..
Quote abas8888 20-9-2018 12:41 PM
sedihnya bila masih ramai tak tahu bahawa Jibby ni dah memang asal kaya..pak dia dulu PM kalau hangpa tak tau...dan jibby ni ada pangkat di negerinya sendiri...kira orang besar jajahan something like that...dan keturunan Noah memang ada dalam senarai Genting, sykt yg kaya gila tu..

cuba bandingkan kekayaan jibby dgn kekayaan seorang bekas PM yg paknya hanya gurubesar sekolah...haaa tepokk...

Lihat semua komen(65)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-11-2024 08:17 PM GMT+8 , Processed in 0.066470 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top