CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Lagi Lelaki Dalam Koc Wanita, Bila Masalah Ni Nak Selesai?

20-9-2018 04:53 PM| Diterbitkan: Cari-Azza| Dilihat: 3990| Komen: 14|Original author: Oleh: Azza




Masalah utama rakyat Malaysia ialah sukar mematuhi undang-undang yang telah ditetapkan. Selagi tidak dikenakan sebarang tindakan sama ada teguran, saman atau penjara maka golongan ini sewenang-wenangnya melanggar disiplin hingga menyusahkan orang lain.

Hal yang sama berlaku terhadap penumpang koc komuter di Lembah Klang yang mana sepatutnya koc tersebut khas untuk wanita sahaja tetapi disalahguna oleh kaum lelaki yang seolah-olah buta huruf.

Kesalahan ini mungkin dianggap kecil oleh mereka namun sebenarnya ia telah menyusahkan kaum wanita lain yang mungkin terpaksa berdiri sepanjang perjalanan. Lebih menyedihkan lagi ialah adanya penumpang yang mengandung, warga emas dan orang kelainan upaya (OKU) mungkin tidak mendapat tempat duduk kerana perangai lelaki seperti ini.


Kredit foto: Twitter

Dengan bukti sekeping gambar ini jelas menunjukkan empat penumpang lelaki memonopoli tempat duduk. Walhal terang-terangan tulisan di atas kepala mereka ialah 'INI KOC WANITA. WANITA SAHAJA'. Secara tidak langsung ia mencerminkan ketidakpekaan segelintir kaum Adam ini dalam menyalahgunakan kemudahan yang telah disediakan.

 

Namun, menurut sesetengah netizen, peraturan ini tidak boleh digunapakai di semua stesen komuter. Ini kerana komuter menghala ke utara tidak mengaplikasi peraturan sebegini disebabkan perkara-perkara tertentu. Hal ini menimbulkan salah faham dalam kalangan penumpang.

Kredit foto: Twitter
Biarpun begitu, sebagai penumpang juga, setiap individu harus peka dengan papan tanda atau sebarang info supaya tidak berlakunya salah faham. Ini kerana pihak Keretapi Tanah Melay Berhad (KTMB) sudah mengeluarkan bahawa semua koc adalah umum (kecuali di Lembah Klang).

"Aku kalau tempat duduk kosong dan takda perempuan, memang duduk pun. Gila dari Sungai Buloh ke Tanjung Malim berdiri macam orang bodoh semata-mata itu koc wanita, sedangkan takda penumpang pun."
Bagaimanapun, ada juga penumpang lelaki yang mengatakan boleh melanggar peraturan tersebut dengan syarat tertentu. Antaranya ialah melihat situasi semasa sama ada waktu puncak atau waktu lengang. Jika waktu puncak, mungkin ramai wanita mengandung atau golongan OKU yang memerlukan tempat duduk, jadi perlu bagi keutamaan. Jika tiada orang maka bolehlah duduk.
Kredit foto: Twitter

Hal ini menimbulkan perbagai persoalan. Adakah rakyat Malaysia sengaja melanggar peraturan kerana tahu tiada tindakan diambil ke atas mereka? Jadi apakah yang perlu dilakukan oleh pihak berwajib bagi menangani masalah ini?


Kredit foto: Google

Dengan pelbagai kejadian yang seringkali berlaku, nampaknya peraturan semata-mata tidak mencukupi. Malahan penguatkuasaan undang-undang menerusi pegawai KTM juga mungkin tidak boleh dijadikan harapan tunggal. Adalah menjadi tanggungjawab kita sebagai warga Malaysia untuk memberi teguran kepada mereka yang menyalahi peraturan ini, bak kata pepatah Berani kerana benar, takut kerana salah. - CARI 
14

Bagus
18

Marah
13

Terkejut
12

Sedih
24

Lawak
8

Bosan

Friends Rank (89 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote zulka 20-9-2018 04:59 PM
idea yg tak berapa nk bernas, kalau koc wanita kosong takkan takleh masuk gak...kalau tak boleh gak alamat melingkupla KTM tu  
Quote Skuau 20-9-2018 05:04 PM
dah pompuan sendiri x nak duduk kat "koc wanita'...dan penuhkan tempat yg lelaki/pompuan sumer blh duduk tu.....dah kenapa????...Bila dh penuh...LELAKI... korang nak LETAK MANA???{:laugh
Quote bakingsoda 20-9-2018 05:25 PM
kenapa ada jantan bimbo kat atas tu sebut koc lelaki? bila pulak ada koc lelaki?
Quote duri_durians 20-9-2018 05:50 PM
bakingsoda replied at 20-9-2018 05:25 PM
kenapa ada jantan bimbo kat atas tu sebut koc lelaki? bila pulak ada koc lelaki?

kan.,. mengata women always right.. tapi diri sendiri tak berapa bijak. hmm..

pengguna ktm mmg ramai wanita pun. susah kalau org masih tak faham bahasa dan menegakkan benang basah.
Quote lovelytouch 20-9-2018 06:53 PM
Yg perempuan pon akaq tgk sibuk nak penuhkan koc lain walhal koc wanita tu kosong. Ksian laki tu!
Quote Jorja 20-9-2018 09:02 PM
I perasan indian ladies aja yg berani tegur jantan naik koc wanita
Quote salmon-suki 20-9-2018 11:42 PM
Ada je tegur tp dorg bt derk..dah ler time tu peak hour...bengong betul..2ekor jantan x gune..y lain2 tgk aje...
Quote Foxey 20-9-2018 11:53 PM
No enforcement, then macam tu lah
Quote Eva_yy_Ellin 21-9-2018 08:54 AM
bakingsoda replied at 20-9-2018 05:25 PM
kenapa ada jantan bimbo kat atas tu sebut koc lelaki? bila pulak ada koc lelaki?

Sama.
Terfikir juga. Koc lelaki? Apakah? Ada ke termaktub koc yang bukan kaler pink tu koc lelaki? Itu koc unisex, sesiapa pun boleh masuk
Kalau ada wanita dalam tu mestilah dia berteman dengan bf ke, suami ke, keluarga ke...
Bengong betul komen tu.
Quote leylapple 21-9-2018 09:07 AM
tak payah wujudkan koc wanita tu la... senang cerita.. yang si pompuan pun nak berkepit dgn laki dia....
Quote FOTHER-MUCKER 21-9-2018 09:26 AM
Lain kali tak perlu di asingkan lelaki dan perempuan.

Dan lagi satu saya tengok di malaysia ni parking bays pun nak asingkan single lady lah. Tapi macamana dengan parking bays untuk golongan tua? Saya fikir golongan tua lagi berhak parking hampir dengan lift ataupun pintu masuk shopping di carpark tu.

Dapat sorang ketua management bodoh shopping complex maka semua shopping complex ikut sama.

Quote krustykrab 21-9-2018 10:36 AM
FOTHER-MUCKER replied at 21-9-2018 09:26 AM
Lain kali tak perlu di asingkan lelaki dan perempuan.

Dan lagi satu saya tengok di malaysia ni p ...

ko tak pernah dgr ke kes pompuan memandu sorang2 dirogol/ dicabul dlm kat parking lot dlm bangunan? sbb tu dibuat lot khas utk mereka, tp aku perasan lot ni di abuse olh ramai org.

yg golongan tua spt saranan ko tu, agak2 brp umo dikategorikan tua? 50? 60? maksud ko pemandu tua dtg sorg2 ke or tak kisah dia as a passenger?


Quote kroit92 21-9-2018 07:42 PM
sedarlah diri~
sedarlah dari mimpi-mimpi~
Quote ally9970 24-9-2018 10:55 AM
Ada gazetted tak dlm mana2 akta/undang2 tak pasal koc wanita ni, i.e. akta ktm ke? (ada ke?).
Kalau takde, susah gak nak enforce..

Lihat semua komen(14)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 07:19 AM GMT+8 , Processed in 0.042578 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top