“Selaku Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM), saya menegaskan kembali bahawa kita akan menaikkan had umur minimum perkahwinan kepada 18 tahun."
Bernama melaporkan, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dalam satu kenyataan memaklumkan kenyataannya berhubung perkahwinan kanak-kanak perempuan berusia 15 tahun baru-baru ini tidak bermakna menyokong perkahwinan bawah umur. "Perlindungan dan hak kanak-kanak adalah kepentingan utama bagi saya dan saya tidak akan sesekali berkompromi berkaitan hal ini," katanya. Tambah beliau, satu kertas Kabinet turut akan disediakan untuk menaikkan had umur minimum perkahwinan bagi bukan Islam kepada 18 tahun.
Jelas Datuk Seri Dr Wan Azizah, KPWKM dan Jabatan Kehakiman Syariah akan bekerjasama menggubal garis panduan yang lebih ketat dan menyeluruh bagi proses meluluskan perkahwinan kanak-kanak oleh Mahkamah Syariah di mana antara perkara yang diberi tumpuan ialah faktor risiko kehamilan dan kelahiran di usia muda. " Saya telah berbincang dengan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa dan Datuk Liew Vui Keong untuk menyemak kelompongan dan ketidakseragaman di antara undang-undang Syariah dan Sivil berkaitan perkahwinan kanak-kanak," ujarnya.
|
13
Bagus |
22
Marah |
34
Terkejut |
20
Sedih |
24
Lawak |
18
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ADVERTISEMENT