Memetik laporan Astro Awani, sekumpulan pelajar dilaporkan diserang tebuan di Kampung Tanjung Genting, Mersing pada jam kira-kira 5.15 petang semalam.
Ketua Polis Daerah Mersing, Superintendan Cyril Edward Nuing berkata, salah seorang pelajar berusia 12 tahun yang dikenali Mohd Faiz Hatim Zaidi maut dipercayai disengat tebuan berkenaan. “Dipercayai kumpulan kanak-kanak itu membaling pokok kelapa dengan kayu untuk mendapatkan buahnya apabila kayu yang dibuat balingan telah terkena sarang tebuan berdekatan pokok kelapa itu." “Akibatnya, tebuan menyerang kumpulan kanak kanak berkenaan yang semuanya murid tahun enam di Sekolah Kebangsaan (SK) Sawah Datuk, Mersing.”
Tambah Cyril, Mohd Faiz disahkan meninggal dunia semasa dirawat di Hospital Mersing manakala seorang lagi rakannya masih ditahan di hospital sama untuk rawatan lanjut. Manakala tiga lagi mangsa selamat dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.- CARI
|
16
Bagus |
22
Marah |
17
Terkejut |
18
Sedih |
12
Lawak |
15
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ADVERTISEMENT