Bangunan 27 tingkat dianggarkan bernilai RM5.45 bilion di India ini dikatakan rumah paling mahal di dunia dan didiami lima penghuni termasuk 600 pembantu yang ditugaskan melayani keluarga tersebut. Menurut METRO, rumah termahal dimiliki lelaki terkaya di India, Mukesh Ambani itu dilengkapi dengan tiga helipad, beberapa kolam renang dan teater. Pengusaha billionaire berusia 61 tahun itu tinggal bersama isterinya, Nita dan tiga anak mereka Anant, Akash dan Isha dalam rumah dengan ketinggian menjangkaui 570 kaki berkenaan. Ambani yang mempengerusi dan mengendalikan syarikat minyak dan gas gergasi, Reliance Industries, hari ini mengungguli carta Hurun India Rich 2018 untuk kali ketujuh berturut-turut. Pada 2017, beliau juga dinamakan lelaki terkaya di India dalam senarai Forbes dengan pendapatan bersih sebanyak RM185.32 bilion. Selain Reliance, dia juga pemilik pasukan kriket Liga Perdana India, Mumbai India dan sebuah universiti. Rumah itu dinamakan Antilia sempena nama sebuah pulau mitos dan disifatkan sebagai harta kediaman persendirian paling mahal di dunia pada 2014. Manakala, pada 2010 ia dinamakan rumah persendirian 'bilion dolar' pertama di dunia. Dalam temu bual pada 2012 dengan Vanity Fair, Nita Ambani mendedahkan 80 peratus daripada siling bangunan itu dihiasi dengan candelier. “Kami membuat rumah betul-betul di puncak kerana kami menginginkan sinar matahari, jadi ia adalah rumah yang tinggi di atas taman,” katanya seperti dipetik daripada Vanity Fair. - CARI
|
26
Bagus |
34
Marah |
24
Terkejut |
31
Sedih |
25
Lawak |
25
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
myakayina replied at 26-9-2018 02:54 PM
sekali imbas dari luaran design nya mcm buku yg ditimpa timpa gitu..interior nya takde pic ke?
tikusmontok replied at 27-9-2018 03:07 PM
nah buat cuci mata
A report by Fly Abu Dhabi has valued Antilla at $2 billion and named it the ...
ADVERTISEMENT