CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Kepala Zakar Terputus Ketika Berkhatan, Bayi Dibayar Ganti Rugi RM128 Juta

27-9-2018 06:06 PM| Diterbitkan: CARI-LTS| Dilihat: 5006| Komen: 16

Seorang kanak-kanak berumur lima tahun berjaya memenangi perbicaraan bagi kes berhubung dakwaan ibunya ke atas doktor dan jururawat di sebuah klinik rawatan yang cuai terpotong kepala zakarnya.


Akibat itu, kanak-kanak tersebut berjaya menerima bayaran ganti rugi bernilai AS $31 Juta atau bersamaan RM128 juta.

Kredit foto: www.thecover.cn

Memetik laporan New York Post, kejadian itu berlaku di Georgia, Amerika Syarikat. 

Dilaporkan ketika kejadian, kanak-kanak itu baru dilahirkan dalam tempoh 18 hari dibawa ke sebuah klinik untuk pembedahan berkhatan. 

Kredit foto: www.thecover.cn


Difahamkan, jururawat yang bertugas menggunakan sejenis alat yang dipanggil sebagai 'Mogen Clamp' untuk berkhatan, namun secara tidak sengaja terpotong putus kepala zakar bayi berkenaan. 

Yang mengecewakan, bayi yang berlumuran darah akibat kepala zakar terputus hanya dihantar balik ke rumahnya. 

Jururawat terbabit dikatakan tidak berusaha untuk mencantum semula kepala zakar bayi itu.

Lebih teruk lagi, doktor dan jururawat tersebut bertindak menyimpan kepala zakar itu di dalam peti sejuk tanpa memaklumkan kepada ibu bayi itu.

Kredit foto: carian internet

Selepas beberapa bulan kemudian, apabila keluarga bayi itu bersedia membawa kes itu ke mahkamah, kepala zakar yang disimpan itu didapati telah hilang.

Dalam pada itu, bayi yang kini sudah berumur lima tahun itu dilaporkan berkemungkinan keupayaan beranak boleh dipulihkan pada masa akan datang. 

Difahamkan juga pada awalnya, pihak klinik hanya ingin membayar ganti rugi sebanyak AS $1 juta sahaja atau bersamaan RM4.14 juta.

Namun ianya tidak disetujui keluarga mangsa, sehingga kini berjaya memenangi perbicaraan dan dibayar ganti rugi yang bernilai tinggi.- CARI
19

Bagus
12

Marah
29

Terkejut
30

Sedih
26

Lawak
13

Bosan

Friends Rank (129 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote EvieWanKenobi 27-9-2018 06:20 PM
kesian budak ni.. harap ada sinar baru..
Quote meteorspeed 27-9-2018 06:48 PM
So aper solusinya u tuk budak nie..sian Plop.. So dia tak leh nak ermm ermmm ker or tak leh dpt anak..iols nak tanya ajor
Quote jazaa100 27-9-2018 06:51 PM
Kepala je kan terpotong....

Knp pulak tak blh dpt anak?...
Duit byk tu, blh je cari solution lain....
Quote saladin780 27-9-2018 06:56 PM
Mampu ke klinik nak bayar sampai 30 juta usd tu?
Quote Andyscenes 27-9-2018 07:01 PM
Teringat kes kat malaysia, apa citer klinik tu?
Quote iwan007 27-9-2018 07:04 PM
Yg kes kat malaysia pun lebih kurang mcm ni jugak. Doktor tu terlaser kepala zakar bdk tu masa berkhatan.
Quote insulin 27-9-2018 07:09 PM
meteorspeed replied at 27-9-2018 06:48 PM
So aper solusinya u tuk budak nie..sian Plop.. So dia tak leh nak ermm ermmm ker or tak leh dpt anak ...

Boleh je dapat anak cuma kat situ ada saraf2 penting. So bila dah terpotong ni.... entahlah...

Quote sharlenetexas 27-9-2018 07:32 PM
Mungkin akan berlaku breakthrough lepas ni. Sape tahu kan?
Quote sarahmirza 27-9-2018 08:26 PM
Masa i sekolah dulu teringat juga ada kes terpotong masa sunat...
Dah puluh tahun ni agaknya budak tu macam mana eh... yg tu doktor siap jahit balik
Quote MsKathryn 27-9-2018 09:54 PM
Kesian baby... padan muka doktor dgn jururawat tu..
Quote obses_budak 28-9-2018 08:18 AM
jazaa100: Kepala je kan terpotong....Knp pulak tak blh dpt anak?...Duit byk tu, blh je cari solution lain....


Kalu kpla tpotng..tk leh naik kan... Ble tk leh naik..sperm tk leh kluar kn..
Quote kaklimahcomot 28-9-2018 10:14 AM
sian baby tu. yg parents tu satu hal.kot ye pun, tggu la umo 5 ke 6 tahun ke, baru la khatan.ni masih baby.risiko.kan dah mendapat.duit ganti rugi tu xkan sama dgn kepala anu yg hilang.harap dewasa nanti budak tu bukan kelompk lgbt
Quote matkpop 28-9-2018 11:01 AM
kesian nya
Quote Modngengade 28-9-2018 11:17 AM
tak per dekk...dgn uang itu boleh buat zakar bionic...lagi power kan
Quote Foxey 28-9-2018 01:26 PM
kesiannyaaaa...
Quote DARSITA 28-9-2018 01:37 PM
kaklimahcomot replied at 27-9-2018 06:14 PM
sian baby tu. yg parents tu satu hal.kot ye pun, tggu la umo 5 ke 6 tahun ke, baru la khatan.ni masi ...


Anak aii umur 2 minggu terus hantar sunat. Sunat time baby memang mudah dan cepat sembuh. Time umur 12 tahun (mcm umur di Malaysia) bakal menakutkan kanak kanak termasuk juga parents!


Lihat semua komen(16)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 06:43 AM GMT+8 , Processed in 0.035621 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top