Penyanyi Nombor 1 tanah air, Datuk Seri Siti Nurhaliza sekali lagi muncul dengan gaya unik dan rare dalam majalah Glam terbaharu. Menampilkan dua sisi berbeza iaitu ibu dan ikon, solekan Siti dirias sangat berbeza dengan solekan polos buat sisi ibunya manakala sentuhan glamor Siti yang menjadi ikon anak muda Malaysia. Hal ini membuatkan ramai yang memberi pendapat masing-masing di ruangan komen dan yang pasti ia sangat unik. Sebagai majalah yang menampilkan high fashion sebagai intinya, adalah tidak menghairankan Siti dirias sebegitu rupa. Maklumlah sebagai ibu kepada Siti Aafiya, Siti juga seperti ibu-ibu lain yang lebih senang polos tanpa sebarang solekan keterlaluan ketika menjalankan tugas sebagai ibu. Namun, apabila perlu beraksi menjadi penghibur, ketrampilan Siti terus bertukar kepada aura anggun dan glamor. Ternyata ramai netizen yang menyukai solekan edisi terhad ini. Bagaimanapun, adalah lumrah jika ada yang tidak menyukai solekan seperti ini. Bagi mereka ia tidah ubah solekan yang tidak siap hingga ada yang mengatakan Siti kelihatan seperti seperti makhluk asing. "Kalau nak tengok Tokti mekap dan pose biasa, berlambak di Instagram. Jadi, tak perlu bising pada sekeping gambar yang mungkin sekali dalam tempoh sedekad gambarnya. Akan tetapi, ramai yang membela konsep penghias muka depan sebegini lalu mendakwa mereka yang mengutuk itu sebenarnya lah 'alien'. Maklumlah seni itu kreatif, jadi tidak semua orang dapat mentafsirkan pada satu perkara sama. Bagaimanapun ia tidak bermakna yang semua pendapat boleh diterima pakai. Dalam hal ini, sebenarnya ia bukanlah kali pertama buat Siti menjadi penghias majalah yang unik dan tersendiri. Satu ketika dahulu, Siti pernah dirias dalam empat gaya yang mengambil inspirasi gaya Madonna sebagai tema. Siti Nurhaliza yang menjadi bintang hati rakyat Malaysia sudah bersedia ke arah fesyen yang lebih versatile. Anda pula bagaimana? - CARI |
24
Bagus |
17
Marah |
12
Terkejut |
17
Sedih |
12
Lawak |
24
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
eddysheddy replied at 28-9-2018 02:33 AM
I rasa akan jadi lebih menarik kalau gincu di bibir pun cuma sebelah hihi
blinkmos replied at 28-9-2018 10:37 AM
me too....
sebelah mekap, sebelah polos..
kakiah12 replied at 28-9-2018 10:49 AM
Tokti ni akak rase kalau tak kaye muka sheols mcm siti saerah jah.tgk kulit siti saerah berkerak je ...
kakiah12 replied at 28-9-2018 10:49 AM
Tokti ni akak rase kalau tak kaye muka sheols mcm siti saerah jah.tgk kulit siti saerah berkerak je ...
eddysheddy replied at 28-9-2018 10:33 AM
I rasa akan jadi lebih menarik kalau gincu di bibir pun cuma sebelah hihi
Dadadi replied at 28-9-2018 11:07 AM
lamer tu berkesan ke??
tok t pakai simplycity la
ADVERTISEMENT