Tiada siapa yang mahu dilahirkan dalam keadaan cacat atau kekurangan anggota badan tetapi jika itu sudah ditakdirkan, seseorang itu terpaksa menerimanya. Lebih menyayat hati apabila dilahirkan dalam keadaan sempurna tetapi mengalami nasib malang sehingga menyebabkan kehilangan anggota badan. Pasti terasa dunia gelap seketika dan pergerakan menjadi semakin terbatas. Itulah yang berlaku ke atas seorang wanita yang kehilangan sebelah kakinya akibat kemalangan motorsikal baru-baru ini. Seorang rakannya terasa begitu sebak dan kagum dengan semangat yang dimiliki oleh rakannya dan dia telah memuat naik status di akaun twitter miliknya. Status tersebut mendapat banyak respon daripada netizen kerana wanita yang baru kehilangan kaki itu dilihat begitu reda dan mampu bergelak ketawa dan membuat lawak bagi menghiburkan hatinya.
Wanita ini menceritakan bagaimana berlakunya kejadian malang yang menimpa dirinya sehingga kehilangan sebelah kaki. Baru lepas pembedahan potong kaki dah boleh melawak ajak kawan-kawan yang nak ke Mall supaya senang dapat parking OKU. Ramai netizen yang membaca status twitter lelaki ini berasa sebak dan ada yang mengalirkan air mata melihat semangat wanita yang masih muda ini. Bagaimana wanita itu begitu mudah untuk reda atas nasib yang menimpa dirinya sedangkan dia kini sudah bergelar seorang OKU? Rata-rata netizen berasa kagum dengan semangat kental yang dimiliki oleh wanita ini. Dia masih mampu tersenyum, bergelak ketawa dengan rakan-rakannya malah membuat lawak di media sosial. Mungkin itu sikap dan perangai wanita ini yang suka berfikiran positif dan menghiburkan orang disekeliling mereka. Netizen turut mengambil semangat wanita ini untuk disematkan dalam kehidupan masing-masing agar turut kuat menghadapi cabaran dan dugaan hidup. Bukan senang nak 'move on' dan reda Beberapa orang netizen yang pernah mengalami kemalangan, kesakitan dan kesukaran dalam hidup juga mengakui yang bukan mudah untuk mereka menerima takdir tersebut. Mereka pernah berasa putus asa dan lemah semangat tetapi terpaksa bangkit demi meneruskan kehidupan seperti biasa. Inilah dinamakan kehidupan. Kita tidak dapat meramal apa yang akan berlaku dan menimpa diri kita pada masa akan datang tetapi kita boleh bersedia dan melatih diri untuk menerima dan reda dengan apa yang berlaku. Setuju tak?- CARI |
18
Bagus |
25
Marah |
30
Terkejut |
30
Sedih |
29
Lawak |
23
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Elle_mujigae replied at 1-10-2018 04:37 PM
Yes she is...kuatnya semangat beliau..woww...
Kita pun baru accident last week,motor langgar kere ...
manjalara_01 replied at 1-10-2018 05:28 PM
owh yea ke u? u x ape2?
mcm i jek dulu..motor pernah langgar kreta i..i pernah langgar org naik m ...
Elle_mujigae replied at 1-10-2018 05:43 PM
Hi manja... Alhamdulillah kita okay sekarang..kereta je la part sisi depan kiri ter ...
ADVERTISEMENT