CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Sushi Ulat Mulong - Dah Sah Makanan Tradisi Kadazandusun Tapi Kenapa Orang Lain Terasa?

2-10-2018 02:06 PM| Diterbitkan: Cari-Azza| Dilihat: 7768| Komen: 20|Original author: Oleh: Azza





Sebut sahaja menu sushi, pasti ramai terbayangkan ikan mentah atau pun separa masak yang dinikmati bersama nasi atau pulut. Tidak semua orang menggemari makanan sebegini, namun semestinya sushi mempunyai kelompok penggemarnya sendiri.

Dibahagikan kepada lima jenis sushi iaitu nigiri, maki, temaki, utamaki dan sashimi yang pelbagai rupa bentuk tetapi intinya adalah makanan laut sama ikan salmon, udang, tuna dan sotong.

Namun, sebuah restoran di Sabah, D'Place Kinabalu membuat kelainan dengan menghidangkan sushi bersama ulat mulong/ulat sagu yang mana ulat itu sendiri adalah makanan tradisi kaum Kadazandusun. Ternyata menu tersebut iaitu Sushi Butod menerima pelbagai reaksi berbeza-beza daripada netizen.

Kredit foto: Twitter


Bagi netizen yang peka dengan hukum Islam, mereka menyatakan ulat sagu adalah haram dimakan kerana tergolong dalam kategori benda-benda kotor. Walaupun ia pernah difatwakan halal, namun hukum tersebut berubah-ubah mengikut keadaan semasa.


Bagaimanapun, bagi masyarakat Sabah sendiri, ulat sagu tersebut adalah makanan tradisi Kadazandusun, jadi tidak perlu timbul soal jijik. Apatah lagi soal halal yang menjadi masih menjadi perdebatan.


Akan tetapi, itu semua tidak mematahkan semangat penggemar sushi tegar yang ingin mencuba kelainan sushi butod ini. Persoalan seperti adakah ulat tersebut itu hidup ketika dihidangkan, bagaimana rasanya menjadikan ia sesuatu yang menarik.

Sebagai info, nama pun sushi, jadi pastinya ia tidak dimasak dan anda perlu memakannya hidup-hidup bersama sos yang disediakan. Ada yang memberi komen ianya lembut dan rasanya seperti daging ayam.


"Aku lagi rela makan ulat tu dari sushi purple."
Lebih melucukan, ada yang cuba membayangkan sushi butod seperti meratah ayam goreng.


Mungkin bagi sesetengah warga Semenanjung, memakan ulat sagu adalah di luar jangkaan, namun tidak perlulah memberi komen keterlaluan seperti 'geli, jijik' dan sebagainya hingga membuatkan orang lain terasa.



Kredit foto: Twitter

Jika yang dipersoalkan itu adalah halal haram, maka ia perlu diberi perhatian serius oleh umat Islam untuk mengelakkan makanan tersebut. Namun, jika ia membabitkan makanan tradisi masyarakat berbilang kaum di Malaysia, maka adalah tidak wajar bangsa lain memberi komen yang menyakitkan hati si penerima. Jadi, ada sesiapa teringin menikmati sushi butod? - CARI 
27

Bagus
24

Marah
36

Terkejut
25

Sedih
30

Lawak
28

Bosan

Friends Rank (170 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote chicozinn 2-10-2018 02:28 PM
rasa dia cam kacang bakar cm tu la..penah makan skali kat pasar satok lama 20 thun dlu la..
Quote idakamaruddin 2-10-2018 02:29 PM
tibe2 rasa tegak bulu tengkuk tgk gmba susu ulat ni..terkatuk mcmtu... kalau dh masak dibuang kepala dia ok lg kot

but i am not against borneo pny culture...

i really love sushi... nyum nyum
Quote mzzenma 2-10-2018 02:29 PM
Gendut-gendutny ulat tersebut. Btw macam mana hukum halal haram boleh kejap berubah-ubah?
Quote buapakperut 2-10-2018 02:37 PM
tak nampak mcm sushi pun, macam california roll.
Quote kikuri 2-10-2018 02:38 PM
bila tengok ulat tu kena ikat kat sushi teringat pulak kartun lava... comey ja... tp nak makan memang tak lah kot
Quote Sham143 2-10-2018 02:52 PM
Haram di makan..Mana dalilnya? Jgn sekadar orang mulayu tk makan kita jatuhkan hukum haram dimakan.. Mcm tu siput sedut pun haram dimakan la..
Quote CardiGans85 2-10-2018 02:53 PM
Tak rasa ngeri tgk ulat ini. Ngeri lagi tengok orang makan balut.
Quote serawadurian 2-10-2018 03:49 PM
Buncit buncit ulatnya. Boleh ke nak telan.
Quote Artemesiaa 2-10-2018 03:51 PM
Betul kalau kurang berkenan tak perlu nak euww sana sini dah itu makanan tradisi mereka.  Jadi kalau tak suka abaikan je biarkan yang minat menikmatinya
Quote paz 2-10-2018 03:59 PM
Aku nampak ulat tu macam sit-up plak.

Anyway kawan-kawan Borneo aku ramai suka makan ni. Maybe sedap lah kot.
Quote hyie 2-10-2018 04:43 PM
ulat ni kena dimakan masa idup2 ye? tak menyiksa ke? tanya je sebab nak tau dan tak pernah makan
Quote umbut 2-10-2018 04:53 PM
Sibuk je haram bagai.. dah tu mkn kadazan.. biarler.. ulat tu pun dok dlm pokok bkn ulat sampah. sibuk je
Quote insulin 2-10-2018 04:54 PM
Edited by insulin at 2-10-2018 05:07 PM

@chazey Serius sedap?
Quote kucingitam 2-10-2018 05:24 PM
idakamaruddin replied at 2-10-2018 02:29 PM
tibe2 rasa tegak bulu tengkuk tgk gmba susu ulat ni..terkatuk mcmtu... kalau dh masak dibuang kepala ...

gambar susu ulat?

Quote Foxey 2-10-2018 05:53 PM
My Melanau friend yang makan ulat ni kata rasa dia lemak, sedap. Ulat sago/mulong ni dapat dari pokok sago.
Quote armin 2-10-2018 06:04 PM
Majoriti mmg tak mkn aku pun geli tp kedai pun kt sabah. Dah kalau local sana suka mkn why not?
Quote whitePoison 2-10-2018 06:55 PM
Teringin nak rasa
Quote bbasir 2-10-2018 09:27 PM
penah mkn ni masa dok sarawak dlu... depa goreng haha.. actually sedap gak.. bau dia sedap.. lemak2 ckit... tp masa makan tu mmg i ttup mata la hahaha
Quote GigaMom 3-10-2018 10:41 AM
Klu ulat ni haram
serupa jah wartawan ci promo daging babi.
Bezanya atas dasar tradisi.

Lihat semua komen(20)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-11-2024 04:25 PM GMT+8 , Processed in 0.057497 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top