CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Tertuduh Ketujuh Mengaku, Najib Tawar RM3.5 Juta Jika Mengaku Bunuh Kevin Morais

3-10-2018 11:09 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2822| Komen: 11|Original author: Oleh: Myra Rozi

Tertuduh ketujuh yang didakwa membunuh Datuk Anthony Kevin Morai, mengaku yang dia ditawarkan wang RM3.5 juta oleh bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk mengaku bersalah membunuh Timbalan Pendakwa Raya itu.


S Ravi Chandaran, 47, juga mengakui tawaran tersebut dibuat melalui pegawai penjara.

mStar Online melaporkan, tertuduh juga menerima tawaran dari adik Kevin Morais sendiri iaitu Datuk Richard Morais untuk membuat pengakuan sama.

 Kevin Morais
Pada prosiding membela diri hari ke-24, Ravi Chandaran yang juga saksi pembelaan keenam berkata demikian ketika pemeriksaan balas peguam, Datuk N.Sivananthan yang mewakili pakar patologi tentera, Dr R. Kunaseegaran.

Sivananthan: Kamu katakan Dr Kunaseegaran tawar wang RM1.5 juta untuk kamu mengaku salah. Ini dibuat pada 29 Disember 2017.

Ravi Chandaran: Benar

Sivananthan: Kamu juga ada buat satu laporan polis bahawa pada 26 Januari 2018, Richard Morais tawarkan RM2 juta untuk kamu mengaku salah.

Ravi Chandaran: Ya, benar.

Sivananthan: Dalam laporan yang sama, pada Februari 2018, kamu kata ada pegawai penjara yang menawarkan kamu RM3.5 juta untuk mengaku salah bagi pihak Najib Tun Razak.

Ravi Chandaran: Ya, benar.

Ravi Chandaran juga bersetuju bahawa jumlah keseluruhan wang yang ditawarkan adalah sebanyak RM7 juta.

Bagaimanapun Ravi Chandaran berkata dia tidak bersetuju Kepada cadangan Sivananthan bahawa tertuduh telah mereka cerita berhubung tawaran wang itu sehingga ia kelihatan tidak masuk akal.

Tertuduh juga tidak bersetuju dengan cadangan peguam itu bahawa tidak ada sebab untuk kesemua individu itu menawarkan wang kepadanya.

Tertuduh juga menjadawab tidak, kepada soalan soalan Sivananthan mengenai adakah Dr Kunaseegaran mengarahkannya melakukan sesuatu seperti menculik Kevin Morais.

Pada prosiding sebelum ini Ravi Chandaran mendakwa Dr Kunaseegaran menawarkan wang RM1.5 juta jika mengaku bersalah membunuh Kevin Morais.

R. Dinishwaran, A.K Thinesh Kumar, M. Vishwanath; S. Nimalan, Ravi Chandaran, dan Dr Kunaseegaran, mengaku tidak bersalah atas pertuduhan membunuh Kevin Morais di dalam perjalanan dari Jalan Dutamas 1, Sentul ke No.1 Jalan USJ 1/6D, Subang Jaya, antara pukul 7.00 pagi dan 8.00 malam, 4 September 2015 mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama yang membawa hukuman mati mandatori, jika sabit kesalahan.

Dinishwaran, 26, Thinesh Kumar, 25, Vishwanath; 28, Nimalan, 25, dan Ravi Chandaran, diwakili peguam Rajehgopal manakala pendakwaan diketuai Timbalan Pendakwa Raya Saiful Edris Zainuddin.

Perbicaraan di hadapan Hakim Datuk Azman Abdullah bersambung 5 Oktober.-CARI
25

Bagus
10

Marah
23

Terkejut
24

Sedih
9

Lawak
9

Bosan

Friends Rank (100 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Orix 3-10-2018 11:36 AM
Wowwww habis lah najib kena buat tabung lagikkkk nak bayar 3.5 juta dekat dia ni
Quote namirulmukminin 3-10-2018 11:44 AM
Hahahahaha.. ini jam semua benda bleh letak kesalahan atas Najib... badi suwey Anwar dh jatuh kat Najib dah.. kalu dulu, semua salah Anwar... Kes lahad Datu kena ceroboh dgn Suluk pon salah Anwar... Ini salah Anwar... itu salah Anwar.. ekonomi meleset tahun 1998 pon salah Anwar.. Tok Det tercirit dlm seluar pon salah Anwar.. Mata Anwar lebam pon salah Anwar sebab tumbuk diri sendiri.. tak lama lagi, Najib kena sontot bontot dalam jail pon salah Najib sebab lipat kotey sontot bontot sendiri... Wakakakakaka..
Quote albedah 3-10-2018 11:53 AM
Tapi katanya laporan berkenaan tawaran najib dibuat pada feb 2018 iaitu masa najib masih berkuasa.  Kenapa semua ini x didedahkan...?  
Quote chicozinn 3-10-2018 12:45 PM
kambing itam kah yinni worang??
Quote mieymiey 3-10-2018 01:01 PM
albedah replied at 3-10-2018 11:53 AM
Tapi katanya laporan berkenaan tawaran najib dibuat pada feb 2018 iaitu masa najib masih berkuasa.   ...

Kalau didedahkan, karang dia pula yang mati kena bunuh.
Quote jofizo 3-10-2018 01:08 PM
habislah naa dah kena petik.......
Quote leftrani_kel 3-10-2018 01:15 PM
Kesian Najib
Quote JohnnySins 3-10-2018 01:20 PM
harga diri seorang rentung adalah rm 3 .5 juta...mungkin populasi rentung kat ataih muka bumi ni ramai sangat sampai boleh letak value rm 3.5 juta...wakakakakakakakkakak
Quote amon_79 3-10-2018 01:33 PM
yenna ni ckp xbole pakai langsung..semua nama di petiknya..
Quote idakamaruddin 3-10-2018 02:41 PM
pegawai penjara mana la byk duit sgt suruh dia ni mengaku byr jota2...

Quote cmf_kunyit 3-10-2018 02:51 PM
Menchester United kalah pon salah najib

Lihat semua komen(11)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-11-2024 02:17 PM GMT+8 , Processed in 0.050154 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top