CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Gosip Socmed Lihat artikel

Stesen TV Asyik Tayang Iklan Produk, Mana Program Cerita Kami?

5-10-2018 02:40 PM| Diterbitkan: Cari-Azza| Dilihat: 8495| Komen: 22|Original author: Oleh: Azza


Sejak revolusi dunia digital semakin dekat di hati kita, nampaknya televisyen (TV) bukanlah satu-satunya medium penyampaian maklumat serta pengiklanan. 

Hal ini menyebabkan dunia pengiklanan sendiri berubah wajah, tidak lagi semata-mata diselitkan dalam program, sebaliknya dijadikan sebuah program khas untuk khalayak sasaran.

Yang menjadi masalahnya apabila program pemasaran produk ini mengambil masa berjam-jam lamanya hinggakan slot drama atau animasi dan program lain umpama terus 'ghaib'. 

Menerusi laman Twitter, netizen ini tidak berpuas hati kerana terlalu banyak waktu siaran untuk program CJ Wow Shop berbanding program yang dinanti-nantikan penonton keseluruhannya.


Kredit foto: Twitter

Ramai netizen memahami program pengiklanan tersebut adalah cara stesen televisyen (TV) menjana pendapatan, tetapi janganlah sampai menghilangkan program lain. 

Jika mereka memberi alasan bahawa bajet tidak mencukupi untuk mendapatkan drama atau program baru, netizen ini mencadangkan agar stesen TV menyiarkan kembali drama bersiri yang popular pada awal tahun 2000 hingga 2009. 

Selain mengimbas memori penonton di zaman itu, mungkin dengan cara ini iklan akan masuk seperti dahulu.



Selain Dunia Baru, ada satu lagi drama yang mempunyai genre sama iaitu Kami the Series yang mempunyai kelompok peminat tersendiri. 

Barisan pelakon dua drama ini seperti Elyana, Iqram Dinzly, Piere Andre, Liyana Jasmay, Juliana Evans, Nas T, Almy Nadia antara pelakon yang meletup ketika itu.


Drama Kami dan Dunia Baru
Kredit foto: Twitter

Tidak hanya genre remaja, stesen TV juga mempunyai pilihan untuk menayangkan drama unik seperti Ghost lakonan Cherly Samad dan Kopitiam yang membawakan unsur perpaduan kepada penonton.

Selain drama Malaysia, pihak stesen TV juga boleh mengulang tayang drama yang pernah menjadi fenomena dan ada antaranya masih menjadi trending hingga kini seperti Supernatural ataupun drama One Tree Hill dan Gillmore Girls

Manakala, peminat era akhir 90-an pula pasti mengimbau kembali drama Spanar Jaya. Tidak lupa program popular kanak-kanak iaitu Di Mana Joe Jambul


Kredit foto: Twitter



Kredit foto: Twitter

"Kalau tak tayang semua cerita ni pun takpa. Yang penting gantikan dengan rancangan TV, bukannya iklan membebel berjam-jam mengenai produk hingga membosankan penonton."

Namun, netizen berandaian cadangan ini tidak akan ke mana-mana kerana semua stesen TV mempunyai program sebegini untuk menambah pendapatan. 

Apatah lagi sasaran mereka ialah suri rumah dan pesara yang mempunyai kuasa membeli walaupun kebanyakan barangan tersebut boleh dibeli menerusi laman sesawang beli-belah.


Kredit foto: Twiter

Ramai juga netizen yang mengimbau kembali betapa seronoknya zaman ketika program produk belum meluas di kaca TV.



Bagaimanapun, segelintir netizen tidak bersetuju dengan cadangan tersebut kerana program produk ini banyak membantu pembeli dari segi masa dan tenaga. 

Selain itu, tidak boleh disamakan zaman dahulu dengan sekarang kerana segala keperluan sudah berbeza, jadi adalah tidak adil membanding-bandingkan kedua-duanya.


Tidak dinafikan banyak stesen televisyen menjana pendapatan menerusi program pengiklanan produk seperti ini. Namun, dalam masa sama mungkin pihak siaran boleh mempertimbangkan permintaan penonton untuk menayangkan program drama atau dokumentari lebih banyak berbanding sekarang. Anda pula bagaimana? - CARI
21

Bagus
10

Marah
26

Terkejut
16

Sedih
34

Lawak
13

Bosan

Friends Rank (120 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote kechikchomel 5-10-2018 02:54 PM
Spanar jaya n kopitiam tu ada je ntv7 tayang skrg.
Quote buragazz 5-10-2018 02:56 PM
Aku biasa layan rerun kat netflix sebab satunya takde iklan..  
Quote kucingitam 5-10-2018 03:09 PM
yes..kembalikan Dunia Baru...Wonderpets juga!!
Quote mizruncing 5-10-2018 03:26 PM
setuju ! sian mak iols kt kampung yg takde astro dok layan cter cj wow shop ni. pas tu call aku suh order brg byk je citer lama yg blh tyg balik. now ramai kan peminat korea. belambak kot citer korea yg top2 utk ditayangkan. beli jela kt web viu tu utk tayang kt tv
Quote MissVixen 5-10-2018 03:31 PM
Nak buat macam mana. Stesen tv pon nak cari makan. Iklan ni la untung mereka. Tv3 siap buat iklan tu produk iklan di tb3.
Quote umbut 5-10-2018 03:33 PM
Tutup jer lah.. skrg org layan online je
Quote Artemesiaa 5-10-2018 03:36 PM
Sebab tu stesen TV yang banyak menayangkan iklan dari programe tv tak minat nak layan elok tonton stesen lain atau channel lain je.  
Quote buapakperut 5-10-2018 03:36 PM
wow i like supernatural.
Quote buapakperut 5-10-2018 03:37 PM
nak wat gane, itu jela cara dorang carik duit. huhu. iols tgk series n movie kat online je, los movies, putlocker, etc
Quote duricinta 5-10-2018 03:41 PM
I teringin nk tgk cter silat pendekar lama2 dlu, zaman2 raja azura
Quote whadda 5-10-2018 05:03 PM
kerap sangat ke tayangan cj wow shop tu.. jarang tengok siang.. hari tu cuti tertengok cj wow shop siang sekali tersangkut beli air fryer.. pas terorder tuh trus tukar channel lain.. bahaya btol la diorang nih
Quote chicozinn 5-10-2018 08:48 PM
Semua batak ikut go shop lettew..pdahal brg2 yg dijual sume leh cri kat lazada shopee sume la..xpyah kcoh smpai berjam2 promot kt tv
Quote merrissa 5-10-2018 09:38 PM
chicozinn replied at 5-10-2018 08:48 PM
Semua batak ikut go shop lettew..pdahal brg2 yg dijual sume leh cri kat lazada shopee sume la..xpyah ...

haah lagi murah kalo dibeli di lazada and shopee

selalu yg percaya goshop ni bagus produknya ni pakcik2 je....
Quote makbedah 5-10-2018 10:25 PM
Netflix is better.
Quote RatuDunia94 6-10-2018 12:47 AM
Skrg kan zmn digital.. rasanya org lbh byk tengok phone dr tgok tv..
Quote slipar_jepon 6-10-2018 07:35 AM
Tau la tv free, tp jgn la 24jam dok tayang cjwow shop ni. Org nk tgk cite kot, bkn nk dgr ko bebel. Pastu ckp laju, pekik terlolong. Annoying gile.
Quote armin 6-10-2018 01:55 PM
Zaman dulu ceeita best2. Skrg kalau bukak tv drama melayu bernamah otak. Skrip cliche, jln cerita lembab, pelakon xhensem, xde tarikan. Bykkn cerita young adilts mcm Kami n Dunia Baru tu best la. 3R ke. Byk info. Ni balik2 drama bodoh. Layan series kat netflix lagi bagus
Quote putericahaya999 7-10-2018 03:55 PM
saya terkilan sangat tv9 tak siar cerita kartun dah petang2
dah la rumah takdak astro 611
skrg ni anak2 gila cjwow shop
kartun pun depa tukar sbb nak tengok periuk belanga bagai
tak tahannya suh mama beli
mama tak banyak duit nak oi
Quote serawadurian 8-10-2018 11:26 AM
putericahaya999 replied at 7-10-2018 03:55 PM
saya terkilan sangat tv9 tak siar cerita kartun dah petang2
dah la rumah takdak astro 611
skrg ni  ...

Hahahah...ini laka laka. Mcm x caya bdk2 suka tgk. Sian mak nya kena paksa beli.

Lihat semua komen(22)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 05:29 PM GMT+8 , Processed in 0.069497 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top