CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

9 Jam Tahan Gatal Digigit Pijat

13-9-2013 03:48 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 19023| Komen: 106

TEMERLOH – Seorang penumpang bas ekspres terpaksa menahan gatal seluruh badan selama sembilan jam apabila diserang berpuluh ekor pijat dalam bas yang dinaiki dari Alor Setar menuju ke Temerloh, 8 September lalu.

Penumpang terbabit Agos Salim Mohd Som, 32, mendakwa, akibat serangan pijat itu seluruh badannya mengalami gatal yang teruk dan bengkak pada kaki dan belakang badan.


Beberapa ekor pijat yang ditangkap Agos sebagai bukti disimpan di dalam botol.

Menurutnya, turut sama diserang serangga tersebut ialah enam lagi penumpang lain yang menaiki bas sama.

“Kejadian berlaku semasa saya bersama seorang rakan dalam perjalanan pulang selepas mengadili kejohanan mountain bike kebangsaan di Kedah.

“Saya naik bas berkenaan dari Jitra dan apabila sampai di Alor Setar, penumpang bas yang menuju ke Temerloh dan Kuantan diarah pengurusan syarikat bas itu untuk menaiki sebuah lagi bas berasingan.

“Selepas berada 10 minit dalam bas itu, saya terasa digigit di belakang badan. Pada mulanya saya ingat nyamuk, tetapi selepas beberapa kali digigit saya terpaksa menanggalkan baju dan dapati ia adalah pijat,” katanya.


Bahagian kaki Agos yang bengkak selepas diserang berpuluh ekor pijat dalam bas dinaiki dari Alor Setar ke Temerloh.

Agos berkata, dia kemudian mengadu masalah itu kepada pemandu bas tersebut, namun pemandu tidak percaya sehinggalah dia menunjukkan bukti beberapa ekor pijat yang ditangkap.

“Apabila berhenti di sebuah hentian, pemandu bas itu menyembur racun serangga, tetapi keadaan tetap sama malah semakin ramai penumpang mengadu gatal seluruh badan.

“Saya terpaksa menahan rasa tidak selesa dan gatal selama sembilan jam hingga sampai ke Temerloh,” katanya.

Menurutnya, pada 10 September lalu, dia membuat laporan polis di Balai Polis Temerloh mengenai kejadian yang menimpanya.

“Hingga hari ini saya masih gatal seluruh badan termasuk bengkak buku lali. Saya harap syarikat terbabit ambil tindakan segera dengan membunuh pijat itu supaya tidak berulang kepada penumpang lain terutama pelancong luar negara.

“Saya turut sertakan bukti, termasuk pengesahan klinik 1Malaysia dan laporan polis dibuat bagi menunjukkan rasa tidak puas hati saya,” katanya.


Leher Agos turut bengkak dan masih gatal selepas beberapa hari digigit pijat.

10

Bagus
3

Marah
12

Terkejut
6

Sedih
6

Lawak
4

Bosan

Friends Rank (41 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote yipun_78 13-9-2013 12:31 PM


harap2 dia dah basuh baju dia pakai dgn air panas dan beg dia x de pijat ikut balik... sekali dh berpijat umah, susah nak hilangkan...
Quote noor2 13-9-2013 12:32 PM
astagaa......teruknya bas...negara india ke hape ni
Quote aqissa 13-9-2013 12:33 PM
gasaklah pemilik bas..... pijat payah nak hapus....
kena cari mana sarang bertelurnya baru settle masalah....
setakat sembur racun x kena pada tempat...hampeh jer....
Quote peachRose 13-9-2013 12:34 PM
aaaa..makhluk ni..
sinonim dgn asrama...
dulu time spm...amboi...mentang2 dah kurang populasi budak yg duk asrama..dema bantai serang kitorg yg duk periksa ni..choiii sgt..
sib baik kulit iols bukan jenis sensitip..kena gigit pun takde parut..
kawan2 iols yg kulit manja..abis bersyiling betis..
Quote batmana 13-9-2013 12:34 PM
kesiannye.......
Quote boyagombak 13-9-2013 12:38 PM
ptt tukar nma syt bas tu SYT BAS PIJAT MEMIJAT SDN BHD khas utk yg suka dipijat2 badannya
Quote rikiruj 13-9-2013 12:43 PM
masa duk asrama dulu bila agak2 dah teruk sgt kena attack, nanti satu bilik akan adakan pesta pijat cleansing.. berbekalkan lilin utk tutup lobang2 celah2 kayu & besi katil... yg over skit pakai ridsect & cucuh lighter kasi bako pijat & telor2nya... tapi bila pijat dah start bertelur kat tilam getah tu dah payah skitla.. kena tuko tilam.  Tapi ada gak yg dah lali, buat tak reti je, macam baby tido nyenyak dibuai mimpi.. kalu tengok bedsheet & sarung bantal penuh dgn percik darah.. aku memang tak tahan, kalu skit2 bole la tolerate..
Quote rospinki 13-9-2013 12:50 PM
meremang tengkuk nengok pijat..malam2 dia keluar merayap gigit isap darah kita
Quote stars83 13-9-2013 12:52 PM
pgusaha bas tu ternak pijat ke hapa dlm bas tu..geli tekak tgk pijat2 tu..
Quote stars83 13-9-2013 12:52 PM
pgusaha bas tu ternak pijat ke hapa dlm bas tu..geli tekak tgk pijat2 tu..
Quote AbukRokok 13-9-2013 12:53 PM
pijat adalah menatang yg chomel
Quote yipun_78 13-9-2013 12:56 PM
xde nama syarikat bas ni? baik hebahkan kat semua berhati2 atau kalo boleh jgn naik bas ni ... geli bila ingat pijat ni yuccckkss
Quote cmf_rambutan 13-9-2013 12:56 PM
masa aku bujang aku ada tersewa rumah ada pijat.... abih celah2 tikar... dlm port tipon.. celah2 bantal dia duduk... masa pindah kuar aku buang segala mak nenek beg tilam semua... tak sanggup haku membawa sedara-mara dia keluar.. memang hazab la takleh tidur mlm kalau terlepas sekor..... baju2 semua kena rebus baru puas ati...
Quote puterikhaleeda 13-9-2013 12:58 PM
psatu nak saman ke bas tu?
Quote H猷L鰃頧 13-9-2013 01:09 PM
rikiruj posted on 13-9-2013 12:43 PM
masa duk asrama dulu bila agak2 dah teruk sgt kena attack, nanti satu bilik akan adakan pesta pijat  ...

eww, symbiotik betul tidur ngan pepijat,
Quote malaywood.NET 13-9-2013 01:11 PM
Ishhh...cian pak cik tu.
Quote shi_jewel 13-9-2013 01:15 PM
kalau kutu ade skali kat situ, mau saman terus syarikat tu.
Quote nicuya 13-9-2013 01:22 PM
arghh...x suka!!....ms sewa rumah kt cheras..mula2 duduk ok je pastu ade sorg hamba Allah tu kluarkan tilam dr bilik die n park kat ruang tamu..sejak tu dhhhhh abih gatal2..lantai plak parque..mme bersarang la kt celah2 lantai,kelepet bantal, tilam abih semua...dlm setaun jgak la menahan..abih lengan berparut..nk jemput membe dtg umah pon x sanggup...tp ade sorg member ni duk sehari...sehari tu je abih lengan die...gi klinik kne inject..sian..la ni xtau cemane dh umah tu...nsb baik dh pindh...pheww...

p/s: gne la penyembur serai...bekesan la jgak utk kurgkan mentang pijat nih...
Quote lepapilon 13-9-2013 01:32 PM
pestime tgk pijak ha

Lihat semua komen(106)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 10:27 AM GMT+8 , Processed in 0.167058 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top