“Kami percaya bahawa Datuk Seri Anwar Ibrahim telah melanggar Seksyen 10 (a) dan (b) Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 yang berkaitan dengan penyongokan."
Calon bebas Pilihan Raya Kecil (PRK) Port Dickson, Stevie Chan Keng Leong membuat laporan polis terhadap calon Pakatan Harapan (PH) Datuk Seri Anwar Ibrahim. Memetik Kosmo! Online, Keng Leong mendakwa Anwar melanggar peraturan pilihan raya dengan mencuba untuk menyogok pengundi di kawasan parlimen berkenaan. "Pada 30 September lalu dalam ceramah perdana di Sri Tanjung dekat sini, Anwar memberitahu hadirin beliau telah memperoleh tiga projek untuk rakyat Port Dickson iaitu projek pelancongan lima bintang, program latihan penerbangan dan program pendidikan.
"Pada 4 Oktober lalu, Anwar melancarkan program tuisyen dalam laman web percuma dan laman web pdtuition.com jelas menyatakan ia ditaja Anwar serta mendapat liputan meluas media," katanya pada sidang akhbar. Sementara itu, Sinar Harian melaporkan Anwar sebagai menjawab tuduhan berkenaan berkata, semua yang dilakukannya adalah untuk membantu warga Port Dickson dan bukannya sogokan. "Projek tuisyen yang dilancarkan sebelum ini tidak ada kena mengena dengan kerajaan. "Dia (Stevie) buatlah apa pun, dia patut terangkan apa yang harus dibuat untuk warga Port Dickson. "Kita tak boleh ke tolong orang Port Dickson?" katanya. - CARI
|
21
Bagus |
31
Marah |
38
Terkejut |
16
Sedih |
17
Lawak |
19
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ADVERTISEMENT