CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

"Tak Suka Tak Apa, Artis Bukan Badut" Lagu Syura Dihina Bodoh

9-10-2018 05:08 PM| Diterbitkan: Cari-Amirah| Dilihat: 8826| Komen: 44|Original author: Oleh: Amirah

Siapa yang tidak kecewa apabila dihina menyanyi lagu bodoh bukan? Begitulah nasib Syura apabila membaca komen netizen tentang lagu terbarunya, Ego yang dikatakan lagu yang bodoh dinyanyikan.


Memang sakit hati jika terus membaca komen negatif netizen namun jika seseorang artis itu tidak kuat mental memang mudah terguris.

Foto: IG Syura
Seharusnya juga netizen perlu memberi sokongan kepada Syura kerana setelah sekian lama menyepi dalam industri muzik dia berani membuat kemunculan semula.

"Sekarang, saya muncul dengan lagu di luar zon selesa, lain pula ceritanya hingga sanggup hina ia lagu bodoh. Ia membuatkan saya berasa sangat kecewa.

"Saya jenis yang suka baca komen. Malah, saya okey saja kalau nak kritik atau tegur, tetapi bukan dengan cara sebegitu. Tak suka tak ada masalah, tetapi jangan hina. Artis bukan badut. Kami pun manusia biasa macam anda juga," katanya kepada Harian Metro.



Lagu Ego yang bergenre rancak itu merupakan lagu ciptaannya sendiri termasuklah lirik sekali. Itu merupakan percubaan pertamanya untuk karya terbaru.

"Sejujurnya, saya berasa 'down' apabila karya sulung ini dihina. Saya baru saja nak mencuba sesuatu yang baru dalam bidang seni. Kalau beginilah sikap orang kita, sampai bila-bila pun susah nak maju.


"Namun, saya anggap ini cabaran baru. Saya juga tidak pernah terfikir untuk menghasilkan lagu sendiri. Apabila mendapat sokongan orang sekeliling dan rakan artis lain, saya beranikan diri," jelasnya lagi.

Moga Syura tidak mudah berputus asa dan tidak perlu peduli dengan kata-kata hinaan orang. Jangan mudah terasa dan teruskan berkarya memeriahkan lagi industri muzik. - CARI

27

Bagus
16

Marah
11

Terkejut
13

Sedih
20

Lawak
22

Bosan

Friends Rank (109 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote budakshinchan 9-10-2018 05:30 PM
Ok je lagu tu..  lg sedap compare ngan lagu baru Siti..  kenapa compare ngan Siti?  sbb dlm lagu Ego tu sejibik mcm suara Siti
Quote buapakperut 9-10-2018 05:39 PM
badut pun artis juga. btw baju yg corak campur2 tu mcm badut
Quote Leeanne88 9-10-2018 05:53 PM
Ok je meols dengar lagu tu
Quote September14 9-10-2018 05:58 PM
Dah dpt 1 view dr iol.. tarian dia very kelakar x kna lngnsg dgn lagu. Lpstu lgu dia mcm lgu despacito ckit. Ntahla x suke syura ni sjk dia masuk gv n gigi dia jd besar tu
Quote Suchi 9-10-2018 06:18 PM
September14 replied at 9-10-2018 05:58 PM
Dah dpt 1 view dr iol.. tarian dia very kelakar x kna lngnsg dgn lagu. Lpstu lgu dia mcm lgu despaci ...

Lagu ni mcm tak puas maksud iols bila tgk tarian tu igt ade part yg rancak ke apa tp xde.
So tarian tu mmg tak sesuai
Quote Suchi 9-10-2018 06:18 PM
budakshinchan replied at 9-10-2018 05:30 PM
Ok je lagu tu..  lg sedap compare ngan lagu baru Siti..  kenapa compare ngan Siti?  sbb dlm lagu Ego ...

Ha betul suara sama ngan ct, lain tul muka syura skrg ni pipi dah cengkung
Quote abangadek 9-10-2018 06:21 PM
dia ni try hard sgt.. suara tu boleh tak jadi diri sendiri je, zaman sekarang tak valid dh kot tiru2 suara ct lijah.. kau tengok yg mana suara ala2 siti lijah mcm intan sarafina, liza hanim semua tu dh melingkup sejuk beku
Quote Rhyno 9-10-2018 09:14 PM
sedap jah lagu tu. urban dan fresh. better dari lagu leman Nana Sendayan skala nguapan 8.5/10.
Quote whitePoison 9-10-2018 09:26 PM
Jadi artis kena hati kering hadap semua kencaman..Dulu suka je dengar lagu syura ni. Antaranya lagu2 raya la..
Quote ariellin 9-10-2018 09:27 PM
Nampak tua dia ni muka pun pelik
Quote damian_lee 9-10-2018 09:51 PM
OK jer lagu ni
Lenggok tak mendayu sangat
Tapi very the mendatar and xde wow sangat

Paling xleh bla .. tarian mcm leman ronggeng
Off aku

Lagu : 6 /10
Lirik : 5.8 /10
Video clip (tarian, jalan cerita, cinematography etc) : 4.41
Wardrobe : 5.765 /10
Quote damian_lee 9-10-2018 09:53 PM
PEMBETULAN : BADUT ITU ARTIS YACHHH ...
Koseee sangat memperkecilkan badut

Aku panggail retis nanti marah plak
Ishhh
Hargailah pengkarya2 seni
Kalau nak jadi anak seni
Quote RatuDunia94 9-10-2018 10:13 PM
Suara dia ni mmg x sesuai nyanyi lagu2 rancak feeling2 budak subang jaya.
Sheols sesuai nyanyi lagu2 irama malaysia je..
Quote annadonna 9-10-2018 10:24 PM
Lagu tu ok takde masalah.
Masalahnya kalau ko bukan agnes monica atau stacy atau mimifly atau beyonce JANGAN SEKALI KALI menari macam tu. BURUKKKK!! Punggung kau berat, tetek kau berat, tangan kau berat, semua berat tak tertanggung. Bila ko jumping tu dah macam terkinja angkat punggung tapi punggung tetap tertinggal kat bawah. Linda jasmin bunuh diri tengok. Tu yang org kata badut tu. Kalau tak mampu jgn buat syura. Bughukkkk... Buatlah pesyen lain. Ada aje mv yg ada jalan cerita. Baik ko lakonkan aje. Pinjamlah mana mana jantan jadi model. Biar penari aje menari. Nganga aku tengok ko menari menggelebeh tak sharp sana sini.
Quote alien88 10-10-2018 02:15 PM
bru hbs layan mv Syura ni.. suara ok
lagu biasa2 ja.. tarian? hancusssss
mohon praktis betul2 sebelum buat mv tu
even bdk kpop bertahun2 praktis utk dance
Quote yeos 10-10-2018 02:26 PM
ok lah... try harder next time.

dah menyumbang 1 view sebab baca kat sini

lagi prefer dia nyanyi tradisional but hak dia la kan untuk cuba genre lain...
Quote lovelytouch 10-10-2018 02:44 PM
Nak sangat mood 'current music' kannn.. ha hadaplaaa. Cuba kau buat lagu leman or kekal irama malaysia pasti top top melethopp
Quote fushimi 10-10-2018 02:46 PM
sheol ni gigih nak upkan diri tapi totap sendu
Quote red_velvet 10-10-2018 02:59 PM
Lagu ok dah..suara tu please lah... Try hard sangat nak tiru cdk ..nak buat comeback macam siti nana pun haus ......era beramai2 artis jadi clone ct ni dah ketinggalan zaman kot..dan kesemua clone ct sendu jua dipinggiran lombong sudahnya.....  

Lihat semua komen(44)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 07:41 AM GMT+8 , Processed in 0.078812 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top