Dalam Islam, perintah menutup aurat adalah wajib ke atas setiap muslim, tidak kira sama ada bagi lelaki atau perempuan. The Jakarta Post melaporkan, seorang atlet dari Indonesia, Miftahul Jannah dilaporkan hilang kelayakan menyertai pertandingan judo di Asian Pra Games 2018 kerana enggan membuka hijabnya.
Orang ramai bersimpati dengan Miftahul yang hilang kelayakan bertanding, tetapi memuji pendirian gadis itu yang enggan mendedahkan aurat di khalayak. Gadis yang berusia 21 tahun itu kelihatan menitiskan air mata selepas pengadil membatalkan kelayakannya dalam acara judo wanita kategori 52 kilogram yang berlangsung di Jakarta International Expo Kemayoran Isnin lalu.
Difahamkan, pembatalan itu dilakukan selepas mesyuarat jawatankuasa teknikal memutuskan pengharaman hijab sehari sebelum pertandingan, atas alasan keselamatan. “Apa pun risiko, saya tetap tidak akan membuka hijab. Saya sedih kerana sudah berlatih selama 10 bulan, dan bekerja keras hingga pernah mencederakan tangan." “Namun, inilah hasilnya (hilang kelayakan). Dan keputusan telah pun dibuat,” kata Miftahul. Sementara itu, jurucakap pertandingan, Ahmad Bahar berkata, pemakaian hijab berpotensi digunakan pihak lawan untuk mencekik leher atlet dan boleh membawa kepada kematian. Jelas Ahmad Bahar, hal yang perlu ditekankan bukan kerana juri tidak membenarkan orang Islam menyertai pertandingan. Tetapi peraturan antarabangsa menetapkan sejak 2012, bahawa setiap atlet judo dilarang mengenakan tudung bagi acara itu.- CARI
|
57
Bagus |
27
Marah |
20
Terkejut |
34
Sedih |
23
Lawak |
30
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ADVERTISEMENT