Baru-baru ini tular di laman sesawang facebook, seorang pemilik akaun facebok yang juga merupakan mangsa Scammer rumah sewa telah memuatnaik identiti dan perbualan di antara beliau dengan 2 orang disyaki pemilik rumah sewa di Subang Bestari. Pemilik sewa itu menggelarkan dirinya dengan panggilan mesra "Ana" atau nama sebenar Sri Farhana Nabila bte Muhammad Kamal dan Muhammad Rezwan yang dikenali dengan adik kepada "Ana" yang juga merupakan individu yang bertanggungjawab mencari mangsa.
Dalam kenyataan mangsa menerusi whatsapp juga menunjukkan pemilik rumah sewa itu menyediakan borang hitam putih sebagai bukti antara penyewa dan pemilik dan meletakkan bayaran pendahuluan bagi "booking" supaya membuktikan rumah tersebut telah di tempah.
Sumber facebook :Bilik/Rumah Sewa Subang Bestari Walau bagaimanapun, beliau mula mencurigai kata-kata pemilik rumah tersebut. Menurutnya lagi, beliau berasa syukur kerana nyaris menjadi mangsa kepada kedua-dua pemilik rumah sewa tersebut. Setelah memuatnaik status tersebut, ramai yang menyatakan yang Sri Farhana Nabila dan Muhammad Rezwan adalah Scammer. Malah ada juga yang menyatakan mereka sudah membuat pembayaran online bank kepada Muhammad Rezwan tetapi akhirnya pemilik rumah sewa itu menghilangkan diri. Tambahan lagi, mangsa terbaru telah membuat pembayaran sebanyak RM400. Berikut adalah komentar dari mangsa-mangsa pemilik rumah sewa Subang Bestari: Nampaknya, aktiviti scammer ini makin rancak ya, bukan seorang atau dua yang tertipu tetapi ramai dan ada juga yang telah membuat laporan polis. Ini mangsa-mangsa yang bernasib sama :- Berhati-hati jika hendak menyewa, pastikan anda melihat rumah tersebut dahulu dan pastikan dokumen itu adalah sah.
Semoga ccammer ini ditangkap dengan segera oleh pihak kuasa dan dapat memulangkan kembali wang yang telah diambil. Amboi- amboi orang Melayu ni hebat ya jadi scammer, tak ingat balasan tuhan ke? - CARI
Dapatkan lebih banyak info terkini di Channel Rasmi Cari Dot My
|