CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Panduan Tangani Stres, Hidup Perlu Diteruskan. Cuba Kaedah 10B Ini..

2-11-2018 05:15 PM| Diterbitkan: monolog| Dilihat: 4019| Komen: 6|Original author: Oleh: monolog

Pada pendapat penulis stres ialah tindakbalas fizikal (badan), emosi (perasaan) dan mental terhadap semua masalah yang dihadapi dalam hidup. Bila kita berasa lapar, bil yang tinggi, tertekan dengan tugas yang banyak atau gagal dalam peperiksaan antara satu contoh tindakbalas ini. 


Jika kita lapar tapi kita tidak boleh bersabar, maka kita boleh jadi stres dan mungkin mengambil tindakan yang tidak bijak seperti memarahi orang lain tanpa alasan munasabah.


Bagaimanapun stres boleh juga mengarah kita kepada perkara yang positif . Antaranya ialah memberi dorongan dalaman untuk lebih berusaha bagi mencapai cita-cita dan meningkatkan potensi diri.


 


Kredit foto:google


Tangani Stres dengan bijak

Namun selalunya stres menjerumuskan kita ke arah negatif kerana tidak dapat mengawal dengan bijak. Bagi penulis menangis adalah satu cara untuk mengawal atau meredakan rasa stres. Akan tetapi sekiranya terlebih menangis juga boleh memudaratkan diri. Kesederhanaan itu penting.


Kesan Stres

Antara kesan fizikal stres ialah denyutan jantung yang tidak normal, rasa gelisah, kemurungan, panas baran, sakit kepala malah pelbagai penyakit boleh hadir jika tidak ditangani.


 

Kredit foto:google

Memetik dari sumber myhealth.com di bawah adalah kaedah 10B, dikatakan boleh mengurangkan stres :

1.Bertenang

Bawalah bertenang, ia membantu mengurangkan kitaran stres negative pada peringkat pemulaan

2.Bernafas dengan dalam

Lakukan latihan penafasan yang boleh meningkatkan pertukaran oksigen dan karbon diaoksida dalam sel tubuh.

3. Berkata 'Relaks..lah'

Cuba tenangkan hati dan bisik pada diri sendiri dengan berkata , Relakslah... ketika stres. Ucaplah kata-kata yang baik pada diri sendiri.

4. Beribadat

Zikir dan solat merupakan sokongan emosi yang boleh melegakan perasaan. Bagi bukan beragama Islam mungkin ada ibadat yang agama mereka sendiri unjurkan untuk berasa tenang.

5.Berkongsi perasaan dengan seseorang

Bercakaplah dengan ahli keluarga atau kawan rapat yang boleh dipercayai dan memahami anda. Luahan perasaan ini boleh mengurangkan tekanan yang anda hadapi  kerana anda akan merasai dihargai, disayangi dan dihormati.

6.Berurut

Bila keadaan stres otot-otot di bahagian leher dan bahu akan menjadi tegang. Urutan kaki juga boleh mengurangkan stres. Jadi belajarlah berurut atau  dapatkan khidmat pakar urut aromaterapi  untuk kelegaan.

7.Berehat dan mendengar muzik

Apabila stres cuba bawa berehat dan dengarlah alunan muzik yang lembut. Muzik dapat membantu mengurangkan denyutan jantung yang laju. Ia membantu mengembalikan pernafasan yang normal supaya diri menjadi lebih tenang.

8.Beriadah

Luangkan sedikit masa melakukan aktiviti di luar rumah samada bersama keluarga atau rakan-rakan.Bagi penulis, bercuti atau makan angin cara yang sesuai untuk beriadah. Ianya supaya kita dapat merasa suasana baru buat seketika  agar muncul perasaan gembira serta menghilangkan stres.

9.Bersenam

Otat yang tegang dapat dikurangkan dengan bersenam.

10. Berfikiran Positif

Pelajari cara berfikiran positif .Melihat kebaikan terlebih dahulu daripada keburukan.

Kredit foto:google

Tepuk dada tanya selera, pelbagai panduan yang boleh kita cuba bila mengalami stres. Kita perlu bijak menanganinya supaya tidak membinasakan diri sendiri.

Hanya  kita sendiri mengenal diri, hanya kita sahaja dapat membantu diri sendiri. Kembali kepada-Nya, berdoalah. Nescaya semua akan kembali sediakala. - CARI 

17

Bagus
20

Marah
16

Terkejut
12

Sedih
18

Lawak
15

Bosan

Friends Rank (98 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote CiliPadiSedap 3-11-2018 02:40 AM
Bergosip bod gossip dapat hilangkan stress acik bawang kepam{:smile
Quote Catpaw 3-11-2018 05:04 PM
Bersenam/sukan memang buat iols lega, balik dah penat malam pun senang nak tido
Quote ana_una 3-11-2018 08:55 PM
Klu ai kdg masuk bod lawak jenaka...
Xpun dgr muzik atau bwk moto lelaju..
Quote fly_in_d_sky 4-11-2018 12:55 PM
layan tv series ... music pergi balik kerja
buku sudah pasti ... takkan berhenti baca ... hehehe
cuma aura dah hilang kena cari benda lain ...
and senam during weekend ... weekdays tak mampu
Quote puanbintang 9-11-2018 04:33 PM
share dengan kawan rapat yang sekepala...mg best
Quote kucing02 27-11-2018 01:07 PM
share mslh dgn org yng positif n rasional

Lihat semua komen(6)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 02:25 AM GMT+8 , Processed in 0.034074 second(s), 21 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top