CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Tak Nak Hidu Asap Rokok, Makan Kat Rumah! Restoran Memang Tempat Kami - Perokok

15-10-2018 01:42 PM| Diterbitkan: Cari-Azza| Dilihat: 7239| Komen: 40|Original author: Oleh: Azza


Biarpun hanya akan dikuatkuasa bermula tahun hadapan, arahan larangan merokok di premis makanan diterima dengan perasaan bercampur baur. Bagi mereka yang anti perokok ini adalah peluang keemasan kerana sukar untuk menegur secara terus, manakala bagi golongan perokok pula, ia adalah suatu penindasan.

Bagi mereka, sudahlah di bangunan awam tidak dibenarkan merokok, kini di restoran pula. Alasan menganggu kesihatan orang lain dianggap tidak masuk akal hingga menyebabkan golongan minoriti ini berasa dipinggirkan.



Kredit foto: Twitter


Carian Internet

Bagi Firdaus, larangan merokok sepatutnya dikuatkuasakan di rumah bukannya di kedai. Ini kerana keluarga yang sihat datang dari rumah dengan hasil air tangan sendiri bukannya makan di restoran. Jadi, cadangan ini langsung tidak relevan. Cadangannya mendapat sokongan perokok yang lain.


Namun, idea Firdaus sebenarnya lebih banyak mendapat bantahan kerana umum mengetahui merokok sememangnya lebih banyak mendatangkan mudarat kepada penghidu berbanding perokok itu sendiri. Ini kerana keluarga yang makan di kedai mempunyai alasan lain seperti tidak sempat masak dan sebagainya. Jadi, ia bukanlah hujah baik menyatakan perokok berhak merokok ditempat terbuka hingga mengancam nyawa orang lain. Netizen juga berkongsi cerita ahli keluarga mereka yang sakit kerana menghidu asap rokok ini.



Carian Internet

Bagaimanapun, ramai juga perokok yang menyokong larangan ini kerana mereka juga memikirkan orang lain.

"Sapa cakap takda apa yang tinggal kat Malaysia ni? Ada lah. Orang bodoh macam kau."
Dek kerana marah dengan perokok yang masih menegakkan benang basah, ada juga netizen mencadangkan agar perokok membuat persatuan demi memperjuangkan hak mereka. Ironinya, anti perokok ini juga mahukan hak yang sama iaitu golongan perokok ini dibenarkan merokok sesama mereka sahaja.

"Rokok ni dah wujud beribu tahun, restoran ni benda baru. Orang mula sakit sejak ada restoran."

Namun, kecaman itu semua tidak mendatangkan kudis kepada Firdaus dan rakannya yang perokok. Bagi mereka jika mahu kuatkuasakan larangan merokok, perlu melarang penjualan alat solek dan ubat kurus yang mendatangkan mudarat kepada orang lain juga. Ini kerana alat solek banyak mengandungi toksik, merkuri dan vivisection.



Carian Internet

Dengan statistik hampir 20,000 rakyat negara ini meninggal akibat rokok pada 2017, ia jelas menunjukkan bahaya rokok itu sendiri kepada kesihatan. Jadi, larangan merokok di premis makanan harus disambut baik oleh semua golongan. Manakala bagi perokok pula mungkin perlu memikirkan alternatif lain bagi meneruskan hayat mereka. - CARI 
11

Bagus
21

Marah
19

Terkejut
5

Sedih
13

Lawak
9

Bosan

Friends Rank (78 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote meklalala 15-10-2018 01:54 PM
walaupun mek tak merokok tapi kan mek rasa benda ni macam tak boleh dipraktikan..susah nak kawal benda ni..nak nak lagi kalau lepak mamak, boleh kira tak meja yang takde rokok? emmm tapi apa apa pun good luck lah..
Quote weezerfan 15-10-2018 02:00 PM
Pdn muma perokok semua smg korang mampos cepat jgn membiak dah
Quote mieymiey 15-10-2018 02:18 PM
Maka bermula la protes dari PERSATUAN PEROKOK sekalian
Quote moonbug 15-10-2018 02:19 PM
Bodoh, kau nak mati pegi mati soranglah, hisap rokok 15 carton sehari pun takde sapa kisah. Jangan selfish, smoking merata affect kesihatan orang lain dengan asap rokok kau tu. Orang lain tak nak mati dengan kau
Quote kikuri 15-10-2018 02:19 PM
kosser sangat nak layan perokok nih... ko yang menyedut orang lain dapat penyakit tanak pulak ko pikir
Quote PristineOne 15-10-2018 02:21 PM
Hahahaha .... aku nak gelak ja.... berapa ramai penguatkuasa KKM ada? Berkongsi kuasa beri kompaun ke pada PBT tempatan? Kalao statistik bilangan penguatkuasa masih sama dan memang kuasa beri kompaun tidak dikongsi bersama PBT... maka peraturan larang merokok kat kedai mamak...kedai marhain..akan jadik peraturan lawak kerajaan PH.

Dengan peraturan selama ini pun...ramai yg langgar...dan terlepas...Apa lagik alasan selain penguatkuasa tak cukup?
Fokus pada kedai mamak...
Tarikan kedai mamak ni adalah ... orang nak bersembang...makan dan merokok...Pegilah mana mana kedai mamak.....majoriti pengunjung adalah laki laki kerja marhain dan kerja yg lasak....pomen..driver bas lori grab...dispatch motor...orang gomen...polis trafik...dan lain lain......Jarang sangat mamat hipstur seluar senteng dan baju sendat layan kedai mamak....dan jarang minah minah perasan cun yg nak makan kedai mamak kunun tak hygene...

Malam pulak...geng geng bola datang tenguk bola minum makan dan merokok...

Yang tak merokok baik laki dan pompuan jika dibuat kajian oleh mana mana badan tentang kategori pelanggan yg datang kedai mamak ...keputusannya dijangka perokok adalah majoriti pelanggan kedai mamak...Tak percaya? Ada 2 bulan lagi ni sebelum dikuatkuasa...cuba perati keliling jika berpeluang pekena teh tarik kat Mamak....sapa yg ramai di kedai mamak? Perokok atau bukan perokok?
Quote zulka 15-10-2018 02:46 PM
alahai..apa susah sgt, lepas minum pegi kat luar kedai...isap rokok pastu masuk balik..
Quote armin 15-10-2018 03:08 PM
Bodoh Firdaus ni kat rumah nak kuatkuasakan macam mana takkan nak KKM datang rumah cek satu2
Quote saviour_09 15-10-2018 03:10 PM
semua tempat jadi non smoking zone pun  boleeyyyy
masalahnya enforcement tu sis
cukup ke nak pantau???
Quote AbukRokok 15-10-2018 03:32 PM
kekekekekeke
Quote bungarose 15-10-2018 03:55 PM
Negara lain okay jer bab larangan merokok kat public. Rakyat aman jer follow the rules.
Selfish giler nak merokok dpn org then hembus asap toksik merata2. Ader perokok tak peduli org sekeliling.....baby.... org2 tua.... tak pasal2 sedut asap rokok ko  bagusler malaysia larang perokok merokok di public area
Quote ninjago 15-10-2018 04:08 PM
zulka replied at 15-10-2018 01:46 PM
alahai..apa susah sgt, lepas minum pegi kat luar kedai...isap rokok pastu masuk balik..

kan.. bole je dia lari pegi tempat lain nak isap rokok pastu masuk kedai balik.. dah tepu sgt ngan nikotin dlm badan tu, tahu nak melatah je takleh nak ada empathy kt org lain
Quote honeybee1802 15-10-2018 04:45 PM
Semoga bro dpt copd la bro.. Nak doakan bro dpt lung canxer trus kesian kt anak bini mak pak
Quote Foxey 15-10-2018 04:57 PM
dorang ni sedar tak the danger of second-hand smoke? heishh...
Quote whitePoison 15-10-2018 07:12 PM
Telan jelaa dengan rokok2 tu sekali..
Quote cikanggun 15-10-2018 07:24 PM
Yg protes ni sila mampus sekor2. Menyusahkan orang je hidup! Korang laa vavi sebenar
Quote renko 15-10-2018 07:58 PM
ahh si pundek tu acah2 mcm perokok tegar
padahal jenis merokok sorok2 belakang mak bapak
pastu jenis pau rokok orang
g kenduri rewang carik rokok wakaf
pastu nak berlagak mcm otai power sangat isap rokok
bebal pny komen
Quote umbut 15-10-2018 08:18 PM
Buat cam sporelah.. nak merokok boleh jer.. gi tempat terbuka.. lepas kau dah mkn tu gi merokok kat smoking area lah
Quote debab76 15-10-2018 09:34 PM
nampak tak perokok ni sejenis yg pentingkan diri dia je. mohon betina2 luar sana alert psl benda ni hurkey!!

Lihat semua komen(40)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-11-2024 03:09 PM GMT+8 , Processed in 0.110507 second(s), 49 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top